Monday, June 29, 2009

Perjuangan Tidak Bermusim

Sedang aku mengemas bilik, tiba-tiba kuterlihat sebuah buku nota yang kubawa ke KL pada hujung minggu lepas. Aku menyelak helaian demi helaian, lantas kuketemukan catatan berharga ini. Aku teruja untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian khasnya para pendokong kebenaran.Kata-kata ini terbit dari seorang sifoo yang amat aku kagumi, Ustaz. Nasruddin Tantawi, dalam satu program yang aku dan suami hadiri.

"Kenapa kita pendokong kebenaran ini bersikap sambil lewa sedangkan musuh yang menyokong kebatilan begitu serius dalam gerak kerja mereka?"

"Perjuangan tidak bermusim"

"Pembentukan syakhsiah mungkin ada mulanya tapi tiada akhirnya"

"Pentarbiahan itu suatu yang hidup dan tak habis dengan habisnya muqarrar (silibus)"

Aku cukup terkesan dengan kata-kata ini. Semoga Allah tidak memalingkan kita daripada jalanNya..ameen!

Beramallah selagi boleh beramal!
Infaqkanlah dirimu selagi nyawa dikandung badan!

P/S: Pilihanraya kecil (PRK) DUN Manek Urai, Kelantan bakal menyusul. Apakah sumbangan kita, wahai pendokong kebenaran?

Wednesday, June 17, 2009

KB-Seremban-Melaka

Sekarang aku & suami sedang menantikan kehadiran….surat lantikan sebagai penjawat awam daripada SPA. Lambat juga ye? Sambil menunggu, kami buatlah apa yang patut..Jalan-jalan makan angin, ziarah saudara mara di kedua-dua belah pihak, memenuhi jemputan kenduri di sana-sini dan mendalami hati budi serta tabiat masing-masing.

Hujung minggu lepas, kami ke majlis perkahwinan sahabat-sahabat seperjuangan kami di Melaka; Dr. Rif’an & Dr. Sarah. Dari Kota Bharu, kami menaiki bas (nak jimat sebab tak kerja lagi) ke Seremban dan menumpang di rumah Badri (ex-president IPhA 2006/2007) seketika untuk khidmat diri & sarapan sebelum Bad membawa kami ke Melaka menaiki keretanya. Apabila dua ex-presidents IPhA bertemu, banyaklah benda yang dibualkan (suamiku ex-president IPhA 2007/2008). Sementelah pula, Bad telah kami kenali sewaktu kami menuntut ilmu di Darul Quran. Emak Bad menyambut kedatangan kami di luar rumahnya yang dipenuhi dengan bunga-bungaan daripada pelbagai jenis. Cantik!

Ternyata, kenangan bersama almarhum Ustaz Kudos (ayah Bad) masih kukuh tersemat di ingatan emak Bad. Beberapa kali beliau menitiskan air mata tatkala bercerita tentang almarhum. Beliau bercerita dengan rela tanpa kami pinta.

“Atas kerusi inilah, ustaz duduk pagi-pagi sebelum subuh, baca Quran”, cerita emak Bad sambil mengunjukkan jari ke sebuah kerusi yang terletak di dapur.

“Dia selalu bangun lebih awal daripada makcik. Segan makcik dibuatnya. Makcik selalu juga berlumba-lumba untuk bangun dan mengaji lebih awal daripadanya tapi selalu kalah”, sambung emak Bad.

“Selepas ustaz dah tak ada ni, makcik cuba baca Quran sebanyak yang mungkin. Kadang-kadang, makcik duduk dalam pondok kat luar tu sambil baca Quran. Setiap kali makcik khatam, makcik akan tanda tarikhnya. Kita baca Quran ni, jangan sekadar baca. Cuba fahamkan maksudnya. Jangan sekali-kali tinggalkan Quran walaupun sehari”, pesan makcik kepada kami dan Bad.

“Dah 6 bulan arwah pergi tapi makcik masih sedih. Bukannya tak meredhai pemergiannya tapi makcik sayu..sedih.. Arwah ustaz sangat-sangat hormatkan makcik”, emak Bad meluahkan rasa di hati sambil mengesat air mata yang tumpah.

“Pernah dulu arwah ustaz suruh makcik mengajar di masjid untuk kaum ibu. Makcik tak nak..segan sebab ilmu pun tak banyak. Tapi, ustaz suruh juga..yelah, kena berkongsi apa yang kita ada walaupun tak banyak. Jadi makcik pun bersetuju. Ustaz datang juga menemani makcik semasa makcik mengajar tapi dia duduk di ruang solat jemaah muslimin la. Dia akan dengar dan meneliti apa yang makcik sampaikan. Kalau ada yang salah, ustaz akan tegur bila dah balik rumah..Dia begitu hormatkan makcik..”

Allahu akbar! Segala jasa baik almarhum begitu dikenang. Semoga Allah menempatkan ruhnya di kalangan para solihin. Ameen!

“Fuuh..”, suamiku mengeluh tatkala kami berada di dalam bilik penginapan sementara di rumah Bad setelah selesai bersarapan bersama Bad dan emaknya.

“Kenapa abang mengeluh?”, aku menduga apa yang bermain di fikiran suamiku.

“Begitu dalamnya cinta seorang isteri! Takut betul abang dibuatnya..”, ujar suamiku.

“Takut?”, aku bertanya menginginkan kepastian.

“Iyalah..takut sebab tanggungjawab seorang suami itu sangat besar. Alhamdulillah, arwah Ustaz Kudos dah berjaya mendidik isteri & keluarganya”, suamiku melontarkan penjelasan.

“Insya Allah, abang. Kita sama-sama berusaha”, aku memujuk hati suami, berusaha memasakkan keyakinan kami kepada pertolongan yang Maha Esa.

Perjalanan kami kali ini agak menyeronokkan walaupun di akhirnya kami tidak berkesempatan untuk bertemu mata dengan kedua-dua mempelai. Barakallahu lakuma wa baroka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair!

Terima kasih, Bad dan makcik, kerana sudi menerima kedatangan kami! Kami sangat-sangat menghargai layanan yang kalian berikan :) Apa yang lebih penting, kalian telah mengajarkan kami satu pelajaran yang sangat berharga. Jazakumullahu khairan kathira!

Sunday, May 31, 2009

Dulu & Sekarang

Semenjak kahwin ini, hampir semuanya berubah..perubahan ke arah yang lebih baik. Harapnya, perubahan ini berkekalan dan bertambah baik seiring meningkatnya usia perkahwinan kami.

Kalau dulu, solat subuh secara berjemaah sangat jarang aku tunaikan. Sekarang, Alhamdulillah, suami jadi imam, aku jadi makmumnya.

Dulu, selalu juga aku tertinggal bacaan ma'thurat sebagai zikir harian. Sekarang, Alhamdulillah, ma'thurat dah jadi rutin setiap pagi selepas solat subuh..baca bersama-sama suami.

Dulu, sangat jarang beli & baca surat khabar Harakah, sekadar menjenguk secara online sahaja. Sekarang, Alhamdulillah, suami selalu bawa balik Harakah edisi terbaru ke rumah. "Sekurang-kurangnya kita tolong parti dengan cara ini," itu prinsip suamiku.

Dulu, mengaji Quran sendirian. Kekadang, tak perasan salah baca itu ini. Sekarang, Alhamdulillah, ada suami tolong betulkan bacaan & berbicara tentang al-Quran.

Dulu, hanya menjaga harta & maruah sendiri serta keluarga. Sekarang, wajib jaga harta & maruah suami serta keluarga mertua. Tanggungjawab bertambah berat.

Dulu, banyak perkara yang terpaksa dipendamkan sendirian. Tak terluahkan. Sekarang, Alhamdulillah, suami di sisi sebagai peneman. Berkongsi rasa, berkongsi rahsia.

Inilah nikmat sebuah perkahwinan. Memberi & menerima. Alhamdulillah!

Wednesday, May 20, 2009

Akad Nikah

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jua menggagahkan diri utk mencuci sawang-sawang yang berada dalam ruangan maya ini. Satu pencapaian bagiku di saat diri diulit bunga-bunga kebahagiaan setelah bergelar seorang isteri. Alhamdulillah 'ala kulli haal, majlis akad nikah selamat dilangsungkan di rumahku selepas Isyak, dihadiri sanak-saudara serta sahabat handai.



Hmm, sekarang ada dua blog. Jadi, kenalah kemaskini kedua-duanya kan? Huhu.. Sebenarnya aku tengah menantikan gambar-gambar daripada "official photographer" kami. Cuba teka siapa? En. Amin Mansor kitalah. Baiklah, atas permintaan ramai, insya Allah aku cuba usahakan untuk muat naik di sini beberapa keping gambar yg telah ditangkap oleh adik-adikku & adik-adik iparku semasa majlis akad nikah kami pada 15 Mei lepas. Gambar-gambar yang Amin tangkap, aku akan letak di blog aku & suami tercinta, insya Allah.

Di kesempatan ini, aku mengucapkan..TERIMA KASIH..kepada sahabat-sahabat yang bertandang ke rumah tempoh hari. Kehadiran kalian amat bermakna!

  1. Rafidah Supar: pertama kali menjejakkan kaki di Kelantan, bersusah payah datang dari Kuantan dengan bas seorang diri. Thanks a lot for your help! May Allah bless you all the way..ameen. Jangan serik untuk datang lagi ye. Maaf sebab tak sempat bawa Fida jalan-jalan. Huhu..
  2. Nurul 'Ain Kamaluddin & the gang (Wani, Zatil, Erni): sahabat-sahabat dari UIAM Gombak yang begitu bersemangat dalam mengharungi perjalanan yang begitu jauh. Aku sangat-sangat menghargai kedatangan kamu semua!
  3. IIUM future pharmacists (Mai, Duwe, Buzak, Wadi & Amin the photographer): sambil-sambil tenangkan pengantin, sambil-sambil ambil feel ya..terima kasih kerana sudi datang!
Ucapan terima kasih tidak terhingga aku ucapkan juga kepada semua ahli keluarga yang terlalu banyak membantu diri ini..Ummi, adik-adik, nenek, mak cik-makcik, pakcik-pakcik dan sepupu sepapat. Indeed, I feel GREAT! Thank you, Allah!


Istimewa buat suami tersayang: Terima kasih kerana menerima diriku seadaNya. Moga pelayaran hidup kita sentiasa diredhaiNya, di dunia & akhirat.. ameen!

Tuesday, May 05, 2009

Pengumuman Paling Penting!

Dengan penuh takzim, hamba yang dhoif ini menjemput tuan hamba sekalian ke majlis kesyukuran sempena perkahwinan hamba, NUR ASIYAH MUSTAPHA KAMIL dengan putera pilihan, MOHD AZREEN MUSTAPA yang akan diadakan pada hari Jumaat, tanggal 5 Jun 2009 di teratak hamba yang terletak di Negeri Cik Siti Wan Kembang.


Layari blog kami:
http://permatamustofain.blogspot.com/

Doakan agar kami diberkati & diredhai Allah di dunia dan di akhirat. Ameen ya rabbal 'alamin!

Walimah Hidayah & Elmi

Alhamdulillah, seorang lagi sahabatku, Nurhidayah Mokhtar telah pun selamat diijabkabulkan dengan mujahid pilihannya, Elmi Baharuddin pada 1 Mei 2009. Tahniah buat kalian! Baarakallahu lakuma!


Kenduri di rumah Hidayah diadakan pada keesokan harinya dalam suasana yang meriah sekali. Tetamu yang hadir cukup ramai. Hujan yang turun renyai-renyai di sebelah paginya bagaikan satu rahmat yang dianugerahkan di tengah-tengah kepanasan yang melanda sehari dua ini. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Sebenarnya, aku dan seorang junior, Mariah, telah pun berkampung di rumah Hidayah selama dua hari satu malam untuk membantu apa yang patut. Tugas terakhirku di sana ialah sebagai "AJK unit pengangkutan". Menggunakan kereta BFX Hidayah, aku berkesempatan untuk "meneroka" jalan-jalan di sekitar Sepang tatkala pergi dan pulang daripada menghantar sahabat-sahabat ke perhentian bas Bandar Baru Salak Tinggi. Terima kasih kepada Mariah kerana tak serik untuk menjadi "co-pilot"ku..hehe..

'Ala kulli haal, pandai-pandailah aturkan masa untuk memenuhi jemputan ke majlis-majlis perkahwinan yang berderet di pertengahan tahun ini ;)

Wednesday, April 29, 2009

The Release Is A Relief

The final exam result was just released.
Alhamdulillah 'ala kulli haal, I passed all the subjects.
So, I can graduate.
But it is so sad to know that my target is not achieved.
The Dean's List status is not mine.
Allah knows BEST.

Sunday, April 26, 2009

Kembara di Bumi Tuhan

Teringat kepda serangkai kata-kata yang pernah kubaca:

"Kamu boleh buat maksiat kepada Allah jika kamu boleh mencipta Bumi lain untuk kamu duduki sama seperti kamu berada di Bumi ini.."

Begitulah lebih kurang kata-katanya. Teramat mendalam maksud yang ingin disampaikan, menyedarkan diri ini bahawa kita hanyalah hambaNya yang dianugerahkan secubit kurniaan cuma. Kita sekadar makhluk ciptaanNya, tiada upaya untuk mencipta makhluk lain setanding Dia meskipun hanya seekor lalat, inikan pula sebuah planet yang dilengkapi komposisi seimbang daripada semua elemen sesuai untuk manusia. Justeru, kenapa mahu membongkakkan diri mengingkari perintahNya?

Ini sekadar renungan yang terdetik di mindaku tatkala kembaraku di bumi Kuantan berakhir secara rasminya semalam. Subhanallah! Detik-detik terakhir di Kuantan aku nikmati secara optima. Alhamdulillah, syukur kerna diberikanNya kudrat & peluang untuk berjalan serta bermusafir di BumiNya..kupohon agar pelajaran yang kukutip sepanjang perjalanan bisa menjadi bekalan untuk sebuah penghidupan. Ameen!

Sebelum.... April 16, 2009:

1- Hospital attachment terakhir bersama Dr. Haniki
2- Group-mates
3- Bilik kuliah mahasiswa Kulliyyah of Pharmacy 2008/2009
4- Bangunan Kulliyyah of Medicine & Kulliyyah of Pharmacy
5- M3: Tempat bermastautin selama 4 tahun
6- Pintu gerbang utama UIAM Kuantan
7- Bangunan Kulliyyah of Pharmacy sedang dalam pembinaan
8- Mahallah Maimunah
9- Tasik UIAM Kuantan

April 17, 2009:
Makan malam terakhir bersama adik-adik usrah Dentist yang "chantek bergaya" di Santai, Tanjung Lumpur.

April 18, 2009:
10- Air Sungai Lembing yang cukup jernih..subhanallah!
11- Berusaha memasang khemah di tebing Sungai Lembing
12- Khemah yang telah dipasang dibawa ke tempat yang lebih strategik
13- Masa untuk makan! Berkelah melepaskan tekanan selepas peperiksaan akhir
14- Kami terpaksa mencari tempat yang lebih redup
15- Memanjakan kaki merasai kedinginan air sungai
16- Satu lagi ciptaan Allah yang Maha Agung..Subhanallah!
17- Teknik bayang-bayang! Satu formasi yang mantap
18- Muzium Sungai Lembing: menyimpan kisah perusahaan bijih pada zaman dahulu
19- Penggunaan cermin besar membawa kami ke terowong bijih
20- Antara jenis-jenis batu serta logam yang dipamerkan
21- Muzium ini pada asalnya merupakan rumah kepada tauke bijih berbangsa British
22- Muka lombong: terowong menuju ke lombong bijih

April 19, 2009:
23- Meraikan profesor anatomi kami yang dikasihi
24- Dua jenis kek sedia untuk dibaham!
25- Sesi suap-menyuap yang terakhir di UIAM Kuantan
26- Prof. Jalaluddin," the iron man", "the teaser"
27- Ada persamaankah antara kami? Mungkin..
28- "Menara jam"

April 20, 2009:
29- Future-Pharmacist Edu Day, Swiss Garden Spa & Resort, Kuantan
30- Makanan tengahari yang sangat BEST!
31- Ambil angin di tepi pantai
32- Sebelum sukaneka bermula
33- Terompah gergasi a.k.a. "sand skating"
34- Pemandangan dari bilik penginapan
35- Acara makan malam bermula
36- Bandung pun bandunglah!
37- Prof. Noriah, pensyarah fisiologi kami
38- Geng library?
39- Kami pemenang hadiah cabutan bertuah :)
40- 4th Batch students of Kulliyyah of Pharmacy
41- "Kami tahu, kami bukan yang paling bijak..kami tahu, kami memang yang paling nakal.." Thank you, teachers!

April 23, 2009:
Tidak berkesempatan untuk mengambil gambar dek terlalu asyik berada dalam "syurga buku"!

April 25, 2009:
Dalam perjalanan pulang ke rumah..huh, akhirnya! Kami konvoi dua kereta dan berhenti makan tengahari di KFC cawangan Dungun. Alkisahnya, kami isi minyak di salah sebuah stesen minyak Petronas dan dihadiahkan 3 baucer diskaun KFC. Jadi, tunggu apa lagi!

Home sweet home..I'm coming!

Wednesday, April 15, 2009

Merdeka!

Alhamdulillahi 'ala kulli haal! Peperiksaan sudah tamat. Aku sudah merdeka! Aku serahkan segala-galanya kepada Dia..moga-moga Dia mengurniakan yang terbaik untukku & sahabat-sahabat. Ameen ya Rabb!

Nak buat apa ya? Ini senarai semak perkara-perkara yang perlu dibereskan sebelum keluar dari UIA Kuantan..heee, tak sabarnya nak balik!

  1. Siapkan domiciliary sevice report. Tarikh akhir untuk hantar kepada Mdm Halimah: 18 April 2009.
  2. Kemaskan segala jenis barang yang ada di dalam bilik untuk diangkut balik. Alamak, muat tak nak masukkan ke dalam Kancil aku ni? Macam tak.
  3. Ambil gambar panorama UIA Kuantan terutamanya bangunan baru Kulliyyah of Pharmacy.
  4. Keluar makan-makan untuk kali terakhir dengan anak-anak usrah Dentistry. Sedihnya..
  5. Cari hadiah hari lahir untuk adik bongsuku.
  6. Jemput-menjemput mereka yang berkenaan untuk ke "big event"
  7. Bayar saman & bayar segala jenis hutang kalau ada. Bercakap bab saman memang mendukakan hati.
Perasaan sekarang ini bercampur-baur:
  • Gembira kerana telah pun selesai menduduki peperiksaan akhir dan akan keluar dari UIA tak lama lagi.
  • Sedih kerana akan berpisah dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Aku sangat sayangkan ukhuwwah Islamiyyah ini! Jangan lupa ya, sebut namaku dalam doa kalian. Aku juga akan sentiasa mendoakan keberkatan hidup kalian, insya Allah.
  • Risau kerana terasa diri ini belum bersedia untuk menjadi seorang ahli farmasi. Pengetahuan klinikal yang sangat cetek, peribadi yang masih belum mencapai standard seorang muslimah sejati. Ya Allah, kuatkanlah aku!

Monday, April 13, 2009

Sakitnya Hati!

Factors required to build professional competency. Hmm, apa kaitannya dengan Management of Research Project? Aku keliru. Aku bingkas bangun dari meja perpustakaan menuju ke arah sebuah PC yang berhampiran untuk meng'Google' istilah-istilah yang tidak kufahami ini. Sedang asyik melayari Internet, aku mendengar bunyi gegaran dari telefon bimbitku yang berada di atas meja. Ada SMS masuk. Aku biarkan seketika.

Begitu banyak maklumat yang aku perolehi dalam pencarianku di hutan yang bernama Google ini tetapi tidak ada satu pun yang betul-betul menolong aku untuk membuat perkaitan antara isu-isu yang ditimbulkan. Ya Allah, kenapalah susah sangat untuk aku memahaminya? Aku meninggalkan PC dengan hampa dan terus mencapai telefon bimbitku untuk membaca SMS yang baru diterima.

"Akak, kete akak kena saman" - Nadia, 3.46 pm, 13 April 2009.

Suhu dingin beku yang kurasakan sepanjang berada di perpustakaan ini sejak dari pagi tiba-tiba naik dengan mendadak.. PANAS! Amarahku menggelegak. Tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan keadaanku ini melainkan "Sakitnya hati!". 'Mood' untuk mengulangkaji terus terpadam secara automatik dan aku terduduk kaku di bangku perpustakaan ini.

"Ye ke? Kete kte parkg kat mn ek? Ade junior pnjm kelmarin", aku membalas SMS tersebut dengan hati yang sebal.

"Laa..yeke. Kat tepi jalan, yg leh nmpk dr bilik Wan..dia dah xletak ketas merah. Arini saman", balas Nadia.

"Huhu..thnx 4 da info nway :-/", aku mengucapkan terima kasih kepada Nadia.

Sudah dua hari aku tidak menggunakan keretaku. Semalam aku tidak ke mana-mana, hanya mengulangkaji di bilik. Sebelum aku melangkah keluar dari bilik untuk menuju ke perpustakaan pada pagi ini, ada juga terdetik di hatiku untuk menjenguk di manakah agaknya junior itu memakirkan keretaku. Namun, bisikan naluri itu kuabaikan dek kerana percaya bahawa kenderaan itu ditempatkan di tempat yang sepatutnya kerana menurut seorang lagi junior yang memulangkan kunci, keretaku diletakkan di tepi blok M3. Tepi, bukan belakang. Maknanya, keretaku di petak parkir yang betul. Lantas, aku berjalan kaki dari mahallah ke perpustakaan. Tak berbaloi bawa kereta ke KOM, bukannya ada tempat untuk kita parkir pun. Semuanya khas untuk STAF.

Aku memandang Diane yang berada di hadapanku dengan pandangan yang kosong serta nafas yang tertahan. Arrggh..aku sudah tidak tahan dengan birokrasi di UIA! Kenapakah ia berlaku di hari-hari terakhirku di sini? Kenapa di saat aku akan menduduki peperiksaan akhir untuk dua subjek sahaja lagi? Terasa ingin aku keluar dari UIA sekarang juga! Aku sudah tidak betah!

"Diane, kite nak balik biliklah. Dah takde mood dah nak study", aku mengucapkan salam permisi.

Sekarang, pengawal keselamatan semakin ramai di UIA Kuantan. Seiring dengan peningkatan bilangan itu, kes kecurian di mahallah juga semakin bertambah. Syabas, wahai sekalian "pak guard"! Tidak ada satu kes pun yang berjaya diselesaikan, samada kes baru atau kes lama yang bertimbun-timbun termasuklah kes yang menimpa aku dan teman-teman sebilik sewaktu kami di tahun 2. Bahkan, kecurian makin berleluasa. Dunia kampus kini sudah tidak aman!

Agaknya, kerana teramat sibuk menghalang mahasiswa daripada meletakkan kenderaan mereka di tempat parkir sekitar KOM pada siang hari, pengawal-pengawal ini terlalu letih untuk sentri di malam hari. Mungkin, kerana sepanjang waktu pejabat mereka terlalu tekun mengepilkan kertas amaran berwarna merah serta kertas saman pada "wiper" kereta-kereta yang diparkir di tepi jalan belakang mahallah mahasiswi dek kerana tempat parkir yang sedia ada tidak mencukupi, tugas mereka di malam hari terabai. Amaran buat mahasiswi, jangan bersenang-lenang di malam hari kerana keselamatan anda kini sudah tidak terjamin!

Hampir dalam segenap segi STAF lebih diutamakan. Petang-petang, ada Staffs' Games. Kereta mereka yang besar-besar itu diparkir di tepi gelanggang berhampiran mahallah mahasiswi sehingga melingkungi selekoh menyebabkan kenderaan-kenderaan mahasiswi yang keluar masuk seringkali hampir bertembung. Mereka menghalang lalulintas tetapi mengapakah tidak disaman? Kerana mereka itu STAF.

Ada mahasiswa meletakkan kereta di tepi jalan, tetapi tidak menghalang lalulintas. Mengapakah mereka disaman? Kerana mereka mahasiswa, bukan STAF.

STAF bebas menggunakan gelanggang sukan dan padang mahallah pada bila-bila masa kerana mereka adalah STAF. Kita "terpaksa mengalah" kerana kita bukan STAF, kita mahasiswa cuma.

Mahasiswa membayar pelbagai jenis YURAN. STAF menggunakan segala jenis kemudahan.. percuma!

Mahasiswa terpaksa merayu untuk memohon bajet bagi mengadakan aktiviti-aktiviti. STAF membelanjakan duit kita dengan bebasnya di sana sini..percuma!

Sakitnya hati!

Thursday, April 09, 2009

Kebaikan vs Dosa

Daripada al-Nawwas bin Sam'an r.a.: Aku bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang kebaikan dan dosa, lalu baginda menjawab:

"Kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala dosa ialah apa yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya"
(Hadith riwayat Muslim)

Andai sedar bahawa dosa telah dilakukan
Bertaubatlah sekarang sebelum pintu taubat ditutup Tuhan
Usah bertangguh dalam melakukan kebaikan
Kerana kebaikan akan menghapuskan kejahatan

Daripada Abu Dzar r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

"Takutilah Allah di mana sahaja kamu berada; ikutilah kejahatan dengan kebaikan, kerana kebaikan menghapuskan kejahatan; dan berakhlaklah sesama manusia dengan akhlak yang baik"
(Hadith riwayat al-Tirmizi & al-Hakim)

:: Setiap anak Adam tidak lepas daripada melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat ::

Tuesday, April 07, 2009

Bertasbihlah & Beristighfarlah

Allahu Akbar!
Subhanallah!
Astaghfirullahal 'azim!
Alhamdulillah!

Segala puja & puji kepada Allah Tuhan Sekalian Alam kerana dengan izinNya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan 2 bukit: Bukit Gantang & Bukit Selambau!

Tahniah kepada kedua-dua Yang Berhormat & tahniah juga kepada seluruh pendokong & penyokong PR.

Perjuangan PR tidak terhenti di dua bukit ini. Perjuangan yang lebih besar menanti di seluruh negara.

Bersiap-siagalah, wahai para pejuang kebenaran!

Mahu lari ke manakah lagi, wahai sekalian pedokong kezaliman?

Sunday, April 05, 2009

Final-Exam Mode

Inilah seorang aku di musim peperiksaan:
  • Tempat pertapaan = perpustakaan IMC
  • Tabiatku yang tidak dapat dielakkan = tidur awal walaupun belum habis ulangkaji
Jadual peperiksaan semester akhir, Kulliyyah Farmasi, Tahun 4 (2009):
  • 3/4/2009 (9 am) - Clinical Pharmacy III
  • 6/4/2009 (9 am) - Objective Structured Clinical Examination (OSCE)
  • 7/4/2009 (9 am) - Administration & Management in Pharmacy
  • 8/4/2009 (2.30 pm) - Pharmacotherapeutics II
  • 9/4/2009 (9 am) - Ethics & Law Pertaining to Pharmacy
  • 10/4/2009 (3 pm) - Multiple-Choice Question (MCQ)
  • 14/4/2009 (9 am) - Research Methodology & Biostatistics
  • 15/4/2009 (9 am) - Pharmaceutical Care
Allahumma rabbi yassir wa la tu'assir, ya Kareem!

Sunday, March 29, 2009

Tagged by Soalhati

Aiyyayy...Soalhati tagged me! Sebenarnya sudah beberapa orang yang tag aku tapi aku tak pernah respon, mohon ampun & maaf ya. Jadi, inilah serba sedikit 16 perkara tentang diriku.

  1. Aku anak sulong daripada 10 & antara "super seniors" di UIAM Kuantan. Huhu, dah tak boleh lari dah daripada gelaran ni.. (and the same will happen to him who's gonna be my life-partner..kikiki)
  2. Di rumah & di kampung, dikenali sebagai Kak Long. Kawan-kawan rapat sejak dari sekolah rendah memanggilku Asiyah.
  3. Kak Nik Aminah, naqibahku sewaktu aku di tingkatan 4 adalah orang yang mula-mula memanggilku sebagai AC. This nick name is used until now.
  4. Graf CGPA ku adalah kembar tak seiras "linear-pharmacokinetic graph". Semakin melangkah ke tahun akhir, semakin menurun gayanya. Sepatutnya, makin menaik. Aduhai, adik-adik jangan tiru graf ni ya! Bagi seiras betul-betul tau..
  5. Perkara yang akan mengurangkan tekanan bagiku ialah aktiviti fizikal termasuklah mengemas bilik& rumah sambil dengar bacaan Quran atau nasyid. Very soothing!
  6. Arwah atukku pernah menggelarkan aku & adik-adik sebagai "burung" sebab suka sangat makan buah & sayur. We can sense that something is missing if these two do not appear in the meals. Tapi kalau dah tak ada juga depan mata, tidaklah sampai meraung-raung minta dibelikan.
  7. Aku jenis yang cepat memahami sesuatu. Alhamdulillah, Haza min fadhli rabbi!
  8. My anger treshold is a little bit low but the climax point is a little bit high. Maksudnya, senang sahaja untuk merasa geram atau marah tapi masih boleh didiamkan. It's hard to explode.
  9. Lebih senang untuk berdiam diri jika merasa marah kerana dibimbangi tahap kemarahanku akan melonjak ke puncak apabila terus berkata-kata. Kesimpulannya, tidak semestinya diamku itu menandakan aku merestui segalanya. Huh, am I that complicated?
  10. Nevertheless, I can cool down from my anger rapidly and I think that is nice.
  11. Mempunyai sahabat-sahabat pena dari dalam & luar negara sejak dari tingkatan 2. Sharing coins & photographs is the best thing to do.
  12. Mempunyai impian untuk memiliki sebuah PDA yang canggih (senang untuk cari drug information sewaktu kerja nanti).
  13. Suka belajar pelbagai bahasa. Pernah juga belajar bahasa Mandarin, French & Germany, tapi separuh jalan sahaja. Oleh kerana, ilmu yang ada tak di amalkan, ilmu itu lesap daripada dada dengan senangnya. Astaghfirullahal'azim!
  14. Sangat-sangat mengkagumi semangat arwah abah dalam harakah Islamiyyah. Beliaulah yang memperkenalkan buku haraki & usrah kepadaku secara tak langsung. Aku paling gembira kalau abah jadi tuan rumah untuk usrahnya sebab pada masa itu rumah kami seolah-olah ada kenduri. Ramai kawan-kawan abah akan datang & ummi akan masak banyak-banyak.
  15. Aku berhasrat untuk mendalami tafsir Al-Quran supaya setiap kata & tindakanku ada dalilnya.
  16. Perancangan selepas bergraduasi:
  • membina baitul Muslim
  • menolong ummi menyara keluarga
  • meneruskan gerak kerja dalam gerakan Islam
  • bekerja dengan kerajaan sekurang-kurangnya 10 tahun
  • membuka farmasi sendiri untuk kepentingan jangka masa panjang
Sahabat-sahabat, tolong doakan ya semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Ameen ya rabb!

If you fail to plan, you plan to fail.

Manusia hanya bisa merancang. Namun harus diingat, perancangan Allah itu mengatasi perancangan makhluk-makhlukNya. Semoga perancangan kita selari dengan perancangan Allah.

Thursday, March 26, 2009

Feeling Misery & Happy

Should you have any answer or opinion regarding the situations below, please kindly respond. Thank you.
  1. Currently, checking for emails is somewhat problematic when I use Celcom broadband. I have to try many times to navigate from 1 page to another and more often than not, I end up in frustration. This does not occur when I use wireless connection.
  2. I can't sign in for my YM account when I use the broadband. Again, this does not happen if I use wireless connection.
  3. The connection speed using this broadband is too slow. This badly irritates me especially when I need to search for some information urgently. I've referred this to one of the promoters outside the Celcom center in Kuantan but his answer did not satisfy me.
Is there anyone here who experiences the same?

Regardless of the problems above, I am happy today & really thankful to Allah. Alhamdulillah, I passed all the papers in the previous mid-sem exam. Though my average marks are lower than those of my two room-mates', I am still happy that now I've got my "booster dose" to struggle for OSCE & final exam.

For those who have failed one or more subjects, I know what you guys feel at this moment because I've experienced the same..sadness, hopelessness, inferiority complex bla bla bla. Having these feelings is not wrong because we are normal human beings. However, we have to manage them properly. Don't get yourself drawn in these feelings for days and finally you do nothing for the final exam. Remember, you can't stop the countdown. Hey, failure in mid-sem exam is not the end of the world!

I've failed mid-sem but Allah had helped me to compensate in final exam for that two papers. Though I didn't get A, He gave me chance to have B-. I believe that you guys can do better than me. Come on, get up from your misery! Study, study, study!

"Do people think that they will be left alone because they say: 'We believe' and will not be tested?"
[Surah al-Ankabut: 2]
"..and never give up hope of Allah's Mercy. Certainly, no one despairs of Allah's Mercy, except the people who disbelieve"
[Surah Yusuf: 87]
"And when My slaves ask you (O Muhammad s.a.w.) concerning Me, then (answer them), I am indeed near (to them by My Knowledge). I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me(without any mediator or intercessor). So let them obey Me & believe in Me, so that they may be led aright"
[Surah al-Baqarah: 186]

Allah is always listening to you. Rise everytime you fail! That is considered as success.

Look, if you have some time, go get your lecturers who teach you the subject that you have failed. Ask them, which part you got the lowest mark and inquire for their opinion about the ways that you should take to improve. May be you have done very good in essays but too bad in MCQ. Who knows, may be you are one of the minus-marking-victims! That was what happened to me. Use this consultation hour to ask anything that you do not understand in the subject. If you are lucky, the lecturers will give some exam tips during the consultation hour.

Wishing you all the best!

O Allah, help us in making correct decision..
O Allah, shower us your blessing & assistance..
O Allah, grant us the success in this world & hereafter..

Ameen ya rabb..

Sunday, March 15, 2009

MMP Melakar Sejarah Lagi!

Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) Kota Bharu meneruskan lagi kecemerlangannya. Kali ini dengan melakar sejarah dalam keputusan SPM 2008, lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Tahniah diucapkan kepada ukhti Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal kerana berjaya memperoleh 20A (19A1, 1A2)! Anda & sahabat-sahabat berjaya meneruskan legasi di MMP dan kami para alumni merasa sangat bangga dengan pencapaian ini.

Nah! Siapa kata pelajar sekolah agama lekeh? Siapa kata sekolah agama kerajaan negeri Kelantan tak mampu bersaing di peringkat nasional mahupun global? Ternyata, keberkatan daripada Tuhan itulah kunci kejayaan. Tanpa keberkatan, sekolah elit macam mana pun tak akan dapat melahirkan insan yang sejati. Bumi MMP merasa hangatnya kasih yang mengalir ikhlas daripada nadi para ilmuwan & agamawan sejak zaman berzaman. Biar tanpa bantuan penuh daripada kerajaan persekutuan, MMP tetap mara menongkah arus kemodenan kerna tertubuhnya MMP atas nama ketuhanan.

Oh, rindunya aku kepada MMP!

Maahad cemerlang budaya kita
Mari bersama kita buktikannya
Tiap detik adalah ibadah
Menabur bukti dan berjasa

Maahad cemerlang budaya kita
Kau mutiara kaulah pelita
Menyuluh derita anak bangsa
Melahirkan makrifat di mana berada

Maahad cemerlang budaya kita
Mula diri, keluarga, negara tercinta
Maahad mahkota cermin agama
Iman & taqwa matlamat utama

Maahad cemerlang budaya kita
Guru tercinta ikutan mulia
Putera puteri layar perjuangan
Maahad cemerlang budaya kita

Wednesday, March 11, 2009

Salam Sejahtera ke atasmu, ya Rasulullah!

Allahumma solli wasallim 'ala Muhammad, wa 'ala aali Muhammad..

Segala pujian dipanjatkan kepada Allah kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk bernafas dalam nikmat Iman dan Islam, alhamdulillah. Syukur jua kerana hasil perjuangan & pengorbanan junjungan besar baginda Nabi s.a.w. kita pada hari ini dapat mengenal 2 kalimah syahadah

"Asyhadu allailaha illallah wa asyhadu anna muhammadarrasulullah"


Kita berkata, kita beriman dan percayakan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Saban waktu, kita berulang-ulangkali melafazkan syahadatain itu. Namun, adakah kita mengetahui tuntutan-tuntutannya? Sudahkah kita benar-benar merealisasikan ikrar kita itu dalam kehidupan seharian? Adakah kita mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang sebenar yang diutuskan oleh Allah melalui Rasulnya?

  1. Kita sebagai individu muslim - dari sudut aqidah, ibadah, akhlaq, menguasai diri, mewakafkan diri dalam perjuangan menegakkan Islam
  2. Rumahtangga kita sebagai rumahtangga muslim - tanggungjawab sebelum & setelah berumahtangga, mendidik ahli keluarga, melindungi mereka dari siksa api neraka
  3. Masyarakat kita sebagai masyarakat muslim - menyuruh yang baik, mencegah yang buruk (al-amru bil ma'ruf wan nahyu 'anil munkar), budaya 'pedulisme'
  4. Negara kita sebagai negara muslim - menjadikan al-Quran & as-sunnah sebagai sistem perundangan tertinggi negara, bukannya perlembagaan hasil rekaan manusia
  5. Khilafah islamiyyah menguasai alam - seluruh pelusuk alam dapat merasai rahmat Islam, tiada lagi penindasan & kezaliman bermaharajalela
Islam itu tinggi & tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam. Fahamilah maksud sebenar perkataan "MUSLIM" iaitu menyerahkan diri secara total untuk melaksanakan perintah Allah & menjauhi laranganNya. Jika kita berbuat demikian, nescya kita akan selamat di dunia & di akhirat, insya Allah.

"Aslim, taslam"

Justeru, jadikanlah 5 perkara di atas sebagai tugasan yang kita perlu selesaikan dalam menyempurnakan misi kita: memburu redha Tuhan. Bertindaklah kerana itu akan menjadi bukti kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya!

"Love is a verb"

Wednesday, March 04, 2009

Another TWO

Yesterday, I virtually chatted with a Texas lady. Today, I really talked to another Texas lady. Two totally different Texas ladies within two days in two separate occasions. Again, I'm wondering, what's so special about 2?

The former one, she was sneaking through blogs when she suddenly came across my Yahoo ID in bloggers list, so she decided to add me in her contact list, you know, just for some chit-chat. And that was how we started to know each other briefly. I'm glad that I've given something new to this lady, a new knowledge about Islam & Muslim that she never thought of before. It is a concept about relationship between males and females in Islam that she first said as "dumbo" the very moment I explained it to her.

I am not angry with her , not at all, as this is very much expected from the beginning. She's a typical Texas woman. I've presented to her an analogy after analogy which I thought were logic & rational. Alhamdulillah, finally she admitted that this new weird thing that I've mentioned to her was so interesting and she wanted to dig for more. I do hope that she'll finally find the true light in her life. May Allah guide her to the right path.. ameen!

I met the latter lady in a seminar today, Multaqa Institusi Tahfiz Kebangsaan 2009, which is held in Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan. This 42 years old Texas lady happened to sit next to me in the main hall after the lunch break. She who is married to a Kelantanese actually reverted to Islam when she was 24 years old. She was so excited finding someone like us in this seminar whom she can speak to with her mother tongue. Wearing a perfect Muslim attire, this English teacher was so eager to learn about tahfiz institution in Malaysia.

"Owh, this is only the first day but there are so many input!," she said as she was scribbling words after words on her paper. Another thing that she mentioned as we were giving a big applause in the hall, "We shouldn't clap our hands like this (palm-to-palm) but when we clap like this (palm-to-back of hand), the sounds don't come out loud. They say, it's like we are calling for shaitan. Uhh, I should have find the hadith about this. I can't believe it until I see it myself".

Although one is a non-Muslim and the other is Muslim, there is something similar that I can learn from both of them: their thirst for knowledge. They know what they need and they are very decisive, yet very determined.

Monday, March 02, 2009

Black Sheep In The Family

Here is one of the common questions asked by Non-Muslims, to be answered by Muslims:

Muslims pray 5 times per day, more than people in other religions do. But why there are many Muslims who still involve in the bad deeds; the bribery, the corruption? If Islam can not prevent them from doing such evil things, then, what are the differences between being Muslims & Non-Muslims? Even some Non-Muslims are better than Muslims.

Nah! My dear brothers & sisters in Islam,

What do you feel when you are asked about that, do you have any brilliant answer? Indeed, you who claim yourself to be Muslim but do not act the way Muslim should be, you are the "black sheep" in Islam! Should we choose you to be our leader while you yourself never represent Islam? Do you still want to draw our attention by saying that "by electing us, only then Islam will be protected"? Will Islam be protected by those who are corrupt, selfish and arrogant? Islam never teaches us so.

By the way, Allah is always the Most Gracious & the Most Merciful to his servants. Once we are wrong for not totally submitting ourselves to His commands, He still opens widely the door of repentance for us. He'll forgive us if we really want to be forgiven, wholeheartedly. If we "walk" towards Allah, He'll "run" towards us. It's only the matter of.. do we want it or not? Let's grab this golden chance!

P/S: Congratulations to all my fellow friends for successfully organizing such wonderful programs this weekend! Inter-Faith Dialogue (IFD) 2009 and Seminar on Early Marriage. Thanks, guys..for giving me the opportunity to grab the invaluable knowledge!

Wednesday, February 25, 2009

Temuduga SPA: Satu Pengalaman

Alhamdulillah 'ala kulli haal..akhirnya aku berjaya mengharungi temuduga SPA! Semua pelajar tahun akhir jurusan farmasi di UIAM Kuantan ditemuduga secara berkelompok, dibahagikan kepada 3 kumpulan dan berlangsung sepanjang 3 hari (24, 25, 26 Feb 09). Susun atur dalam kumpulan adalah mengikut tarikh lahir. Yang paling tua akan mula dulu. Aku ditempatkan dalam kumpulan kedua dan merupakan orang yang kedua ditemuduga pada hari kedua. Huh, ada apa dengan nombor 2? Tak ada apa-apa.
Aku menanti giliranku dengan penuh debar di hadapan Seminar Room bersebelahan dengan bilik kuliah kami sambil membelek-belek BNF. Semua sijil telah disusun dalam satu display folder. Satu resume mengenaiku telah pun aku keluarkan daripada folder dan dikepilkan bersama satu salinan fotokopi kad pengenalan, surat beranak, sijil SPM, surat pengesahan dan juga senarai semak dokumen. Pakaian yang dipakai adalah pakaian formal: baju kurung & tudung kosong senada, kasut berwarna gelap yang bertutup, dan kad matrik. Urmm..agaknya, apakah soalan-soalan yang akan dikemukakan nanti?

20 minit berlalu setelah Jiman melangkah masuk ke dalam bilik temuduga sebagai orang pertama dan akhirnya dia keluar juga. Kring! Loceng berbunyi. Aku bangun dari tempat duduk dan..Bismillahirrahmanirrahim..masuk menghadap. Sebaik sahaja aku menghampiri meja, aku menyerahkan folder dan resume kepada penemuduga. Penemuduga ada dua orang kesemuanya. Seorang dari SPA dan seorang lagi ialah pegawai farmasi HTAA yang mewakili KKM. Kedua-duanya berbangsa Cina.

Aku mengucapkan terima kasih setelah dipelawa duduk dan sesi temuduga dimulakan oleh Pengerusi dan diikuti oleh pegawai farmasi. Yang banyak menguasai temuduga adalah Pengerusi. Lojikla kan, sebab dia pengerusi..apa daaa..

Sambil meneliti resume dan melihat sijil-sijil yang ada, pengerusi bertanyakan beberapa soalan seperti: Nama & asal, latar belakang pendidikan, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan peranan farmasis dalam sektor kerajaan. Ok, jawab, jangan tak jawab! Jika soalan diajukan dalam ibunda, maka jawablah dengan bahasa yang sama. Sekiranya soalan dikemukakan dalam Bahasa Inggeris, maka jawablah dengan Bahasa Inggeris juga. Berikut adalah sebahagian daripada dialog yang berlaku. Semoga kalian, terutamanya yang bakal menempuhi mana-mana sesi temuduga, beroleh manfaat darinya. Aku paparkan di sini tidak sekali-kali bertujuan untuk berbangga diri (na'uzubillah).

Awak memang belajar di sekolah agama sejak dari sekolah rendah hingga ke universiti?

Ya, saya mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah di sekolah agama, kemudian melanjutkan pelajaran ke Darul Quran, seterusnya ke Pusat Matrikulasi UIAM PJ dan sekarang di UIAM Kuantan.

Quite religious! Semua sekolah agama separate gender kan?

Tak semua, tapi sekolah saya ya.

So, how do you find mixing with other gender in university and later in career? Adaptation? Boleh masuk dengan semua orang ke?

So far, I can mix with people, there's no problem with adapting to new situations. And I like interacting with people.

No problem? Really?

Yes (with a confident look)

I asked that because more often than not, religious people used to become withdrawn. They don't like mixing, itu tak boleh, ini tak boleh. But I really like those religious people who can adapt and mix well with others, terutamanya sewaktu kerja nanti.

Ya, we should be professional. I'll try my best!

Ya, tak semua orang sama dengan kita, macam-macam ada. Ada yang putih, ada yang hitam, ada yang kuning..tapi semuanya diciptakan oleh satu Tuhan (sambil mengangkat jari telunjuknya). There are three things that we should practice: tolerance, understanding and respect. Tak kiralah bangsa apa, agama apa sekali pun.

Yes, I agree..we have to respect the diversity of human being.

Ya, ingat 3 perkara yang saya sebutkan tadi. It's our right to be religious but don't make it as a barrier. Religious people should be more open-minded. Well, we should not discuss about religion too much in this interview. So, it's quite good of you then. Bagaimana pula dengan tahap penguasaan Bahasa Inggeris?

Saya boleh kata..baik.

Ya, untuk SPM, English dapat A1. Awak punya akademik bagus, agama pun bagus. Bagaimana cikgu di sekolah agama menekankan Bahasa Inggeris? Siapa yang mengajar?

Di sekolah saya, Bahasa Inggeris memang ditekankan sebelum pelajar menduduki PMR lagi..bla bla bla.. Cikgu saya..bla bla bla..

Oleh kerana Bahasa Inggeris awak ok, could you please explain in English what are the roles of government pharmacists?

As government pharmacists, our role should be parallel with the vision and mission of MOH..bla bla bla.. In hospital setting, we play roles as.bla bla bla.. In community setting..bla bla bla.. While in enforcement, we should...bla bla bla..

Ok, I can see your ideas but they are all jumble-up, you were jumping here and there. You should organize your thoughts systematically. Anyway, I can see that you understand well what your functions are..but again, arrange your ideas. You are good in English.

(Uhuks! Smile..) Thank you for the advice. I will try to improve it.

One thing about enforcement division: the integrity. Please put this at the highest place, no compromy, avoid corruption.

Yes, that should be the main concern. Is that like check and balance?

No, no balance, check only. If there is balance, then there is compromy. We don't want any compromy in following the standards that have been set up. But there are people out there who are compromising these standards. That's not right at all. It's too risky for all people. (The pharmacist beside him were nodding his head repeatedly)

Yes, I understand about that. Integrity is number one!

OK, ke mana awak mahu pergi selepas habis belajar?

Saya berminat untuk masuk hospital setting

Where do you want to..ermm..(pause)

To be placed?

Ya, where do you want to be placed?

The first choice is my hometown.

Kota Bharu, Kelantan? Nak balik kampung la ni? (Synical smile)

Yes, actually that's because I'm the eldest of 10 siblings, my dad had passed away more than 5 years ago and my mother is the only breadwinner in the family currently. I would like to be placed closer to my family so I can help them more.

Hmm, but you won't really be able to do that once you start working (Synical smile again). Well, I know that you now understand what are the situations that you will be going through. Knowledge and skills are very important.

Uhmm.. where we can get the knowledge, get it. Then, apply it in our daily life and share it with others. Isn't it right?

Right! OK, that's all from me.

Kemudian, penemuduga dari KKM mengambil alih sesi temuduga.

You've said about clinical pharmacy just now. What is clinical pharmacy?

Clinical pharmacy involves..bla bla bla..

Among hypertension, diabetes and asthma, which part are you good in?

Hypertension.. uhmm, no, no.. diabetes. Yes, DM (sebab belajar sem ni & baru je jawab dlm midsem exam)

In Type 2 Diabetes Mellitus, what are the mainstay of the treatment?

For DM type 2, the mainstay of the treatment are monitoring the diet, take less food with high sugar content, performing physical activities..bla bla bla. If after several weeks, the blood glucose level still does not reach the target value, then a drug is indicated. Drug also should be started immediately if patients are symptomatic. The first-line is metformin especially for the overweight and obese patient, unless it is contraindicated.

What are the contraindications for metformin?

For example, severe liver imparment or chronic kidney disease.

Ok, then what are the alternatives?

We can give other type of oral antidiabetic agent such as thiazolidinedione, acarbose, sulphonylureas etc. Insulin is the last choice.

Why insulin is the last choice?

Because it is in injection form and it is invasive. The general principle is, initiate oral drug first, single therapy. If it does not work, increase the dose and if it still doesn't work, combine with other oral antidiabetic agent. When these steps fail, only then, the patient should be given insulin plus the mainstay of the treatment...bla bla bla..

Alright, your knowledge is quite good. Like what have been said just now, knowledge and skills are very important especially in clinical setting. I hope you can keep on searching for knowledge and apply it. Thank you. That's all from us.

OK then. Thank you, Mr... Thank you, Mr... (smile)

Sambil tersenyum, aku bangkit dari kerusi dan mara sedikit ke hadapan mereka untuk mengambil folderku, dan terus menapak untuk keluar dari bilik temuduga. Alhamdulillah, selesai sudah satu step. Kelegaan! Harap-harap, dapat kerja di negeri sendiri. Ameen!

Kesimpulannya,

  • Buktikan bahawa orang yang belajar agama BOLEH!
  • Tolerate, understand and respect others!
  • Arrange your ideas systematically!
  • Equip yourself with knowledge & skills, no matter where you go!
  • Usaha + doa + tawakkal!