Allahumma solli wasallim 'ala Muhammad, wa 'ala aali Muhammad..
Segala pujian dipanjatkan kepada Allah kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk bernafas dalam nikmat Iman dan Islam, alhamdulillah. Syukur jua kerana hasil perjuangan & pengorbanan junjungan besar baginda Nabi s.a.w. kita pada hari ini dapat mengenal 2 kalimah syahadah
Kita berkata, kita beriman dan percayakan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Saban waktu, kita berulang-ulangkali melafazkan syahadatain itu. Namun, adakah kita mengetahui tuntutan-tuntutannya? Sudahkah kita benar-benar merealisasikan ikrar kita itu dalam kehidupan seharian? Adakah kita mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang sebenar yang diutuskan oleh Allah melalui Rasulnya?
Justeru, jadikanlah 5 perkara di atas sebagai tugasan yang kita perlu selesaikan dalam menyempurnakan misi kita: memburu redha Tuhan. Bertindaklah kerana itu akan menjadi bukti kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya!

"Asyhadu allailaha illallah wa asyhadu anna muhammadarrasulullah"
Kita berkata, kita beriman dan percayakan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. Saban waktu, kita berulang-ulangkali melafazkan syahadatain itu. Namun, adakah kita mengetahui tuntutan-tuntutannya? Sudahkah kita benar-benar merealisasikan ikrar kita itu dalam kehidupan seharian? Adakah kita mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang sebenar yang diutuskan oleh Allah melalui Rasulnya?
- Kita sebagai individu muslim - dari sudut aqidah, ibadah, akhlaq, menguasai diri, mewakafkan diri dalam perjuangan menegakkan Islam
- Rumahtangga kita sebagai rumahtangga muslim - tanggungjawab sebelum & setelah berumahtangga, mendidik ahli keluarga, melindungi mereka dari siksa api neraka
- Masyarakat kita sebagai masyarakat muslim - menyuruh yang baik, mencegah yang buruk (al-amru bil ma'ruf wan nahyu 'anil munkar), budaya 'pedulisme'
- Negara kita sebagai negara muslim - menjadikan al-Quran & as-sunnah sebagai sistem perundangan tertinggi negara, bukannya perlembagaan hasil rekaan manusia
- Khilafah islamiyyah menguasai alam - seluruh pelusuk alam dapat merasai rahmat Islam, tiada lagi penindasan & kezaliman bermaharajalela
"Aslim, taslam"
Justeru, jadikanlah 5 perkara di atas sebagai tugasan yang kita perlu selesaikan dalam menyempurnakan misi kita: memburu redha Tuhan. Bertindaklah kerana itu akan menjadi bukti kecintaan kita kepada Allah dan RasulNya!
"Love is a verb"
No comments:
Post a Comment