Sunday, March 15, 2009

MMP Melakar Sejarah Lagi!

Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) Kota Bharu meneruskan lagi kecemerlangannya. Kali ini dengan melakar sejarah dalam keputusan SPM 2008, lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Tahniah diucapkan kepada ukhti Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal kerana berjaya memperoleh 20A (19A1, 1A2)! Anda & sahabat-sahabat berjaya meneruskan legasi di MMP dan kami para alumni merasa sangat bangga dengan pencapaian ini.

Nah! Siapa kata pelajar sekolah agama lekeh? Siapa kata sekolah agama kerajaan negeri Kelantan tak mampu bersaing di peringkat nasional mahupun global? Ternyata, keberkatan daripada Tuhan itulah kunci kejayaan. Tanpa keberkatan, sekolah elit macam mana pun tak akan dapat melahirkan insan yang sejati. Bumi MMP merasa hangatnya kasih yang mengalir ikhlas daripada nadi para ilmuwan & agamawan sejak zaman berzaman. Biar tanpa bantuan penuh daripada kerajaan persekutuan, MMP tetap mara menongkah arus kemodenan kerna tertubuhnya MMP atas nama ketuhanan.

Oh, rindunya aku kepada MMP!

Maahad cemerlang budaya kita
Mari bersama kita buktikannya
Tiap detik adalah ibadah
Menabur bukti dan berjasa

Maahad cemerlang budaya kita
Kau mutiara kaulah pelita
Menyuluh derita anak bangsa
Melahirkan makrifat di mana berada

Maahad cemerlang budaya kita
Mula diri, keluarga, negara tercinta
Maahad mahkota cermin agama
Iman & taqwa matlamat utama

Maahad cemerlang budaya kita
Guru tercinta ikutan mulia
Putera puteri layar perjuangan
Maahad cemerlang budaya kita

2 comments:

Anonymous said...

salaam kak AC..
alhamdulillah.. Bumi kelantan sbnrnya sgt beruntung dan bertuah krn punyai mrk yg giat melaksanakan dakwah dari dulu lagi. nah, inilah hasilnya. Alhamdulillah3. mungkin kami di srwk kene jadi perintis utk buat revolusi dakwah di sana. mendekati masyarakat dgn penuh hikmah. moga bantuan Allah sentiasa bersama.. (sgt jeles dgn kelantan sbnrnya nih.. huhu..). tapi takpe, semuanya dah ditakdirkan. kenapa diri ini dilahirkan sbg anak srwk. yg perlukn byk tenaga kerja para pemuda yg memahami Islam.. (",)
Ayat, diet 3rd yr

Anonymous said...

I miss this song so much..

~Maahad cemerlang budaya kita.. Mari bersama kita buktikannya.. Tiap detik adalah ibadah..
Menabur bakti dan berjasa..~

Just evoking my memories of those good old days..