Tuesday, March 13, 2007

Sunnah Berjuang


Sedang asyik menguruskan dunia yang tak pernah henti karenahnya, aku terpana seketika… Bebanan yang dipikul di pundak ini manakan sama beratnya dengan dugaan yang diterima oleh para pejuang kebenaran yang terdahulu, mustahil juga akan mampu menandingi peritnya rintangan yang ditempuhi para utusan Rabbul ‘Alamin. Lalu, wajarkah diri ini terus mengeluh resah sedang Dia telah menganugerahi nikmat yang tak terhitung banyaknya? Sedarlah, wahai diri yang alpa!

SUNNAH BERJUANG (Hijjaz version)

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela Tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia ‘uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasul-Nya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga
(picture: My family members during a picnic at pantai Irama Beach, Bachok)