Friday, December 25, 2009

Tentang Mata

Buka, tutup. Buka, tutup.. Itu sahaja yang dapat kulakukan terhadap blog kesayanganku ini. Betulkah kekakangan masa menjadi penyebab? Atau akukah sebenarnya yang tidak bijak menguruskan masa? Mungkin persoalan yang kedua itulah jawapannya. Untuk saat ini, usah dibicarakan kesibukan di tempat kerja kerana ia akan lebih membebankan jiwa. Aku ingin berkongsi tentang salah satu topik yang dibincangkan dalam usrahku pada minggu ini..TENTANG MATA..

Dalam kitab Penawar Hati, perihal menjaga mata diletakkan dalam bab yang pertama, menunjukkan betapa pentingnya kita menjaga pandangan mata demi memelihara kesucian hati. Orang yang memelihara pandangannya daripada melihat perkara yang diharamkan oleh Allah akan dikurniakan kemanisan dalam beribadah dan gembira melakukannya. Alangkah baiknya jika anugerah mata ini digunakan sebaik-baiknya hanya untuk merenung kejadian alam semesta & bertafakur tentang kebesaranNya. Moga-moga terbit kalimah Subhanallah! di akhir pemerhatian kita.

Namun, sebagai manusia biasa yang serba dhaif, kita tak lari daripada sifat alpa, leka atau lalai. Kita sering dan terlalu mudah untuk lupa. Bisa sahaja kita bertenggek di hadapan peti televisyen berjam-jam lamanya kerana ingin menyaksikan berabak-babak lakonan dalam drama bersiri kesukaan atau rancangan realiti TV yang semakin mendapat tempat di stesen-stesen penyiaran. Akhirnya, kita terleka dengan keseronokan dunia dan menghabiskan masa dengan sia-sia.

Masa yang terbuang itu sudah pasti tidak akan kembali. Jika penyalahgunaan mata seperti ini sering sahaja kita lakukan, cepat-cepatlah beristighfar (Astaghfirullahal 'azim!) meminta keampunan daripada Allah sebaik sahaja kita tersedar daripada kelalaian. Benar, kita tidak ma'sum sebagaimana para Nabi tetapi kerana sayangnya Allah kepada kita, dibukaNya pintu keampunan untuk kita selama mana nyawa masih belum tersekat di halkum.

Tatkala ada terdetik di dalam hati untuk melihat perkara yang haram atau sia-sia, pesanlah kepada diri:
  • Bukankah Allah yang menjadikan mata ini dan seluruh alam serta isinya yang amat cantik? Sudah tentu yang menjadikan semua ini lebih cantik & lebih mulia serta maha agung daripada segala-galanya!
  • Tidakkah kita ingin memandang wajah pencipta kita nanti?
  • Layakkah mata ini memandang wajah Allah yang Maha Mulia di akhirat kelak seandainya di dunia ini ia sering memandang perkara-perkara yang ditegahNya?
  • Bukan semua manusia akan diberikan kenikmatan melihat wajah Allah di akhirat kelak. Jadi, berusahalah untuk menjadikan diri tergolong dalam golongan yang dianugerahkan nikmat yang terindah ini!

Saturday, November 14, 2009

Ada Apa Pada Nama?

Banyak yang ada pada nama. Bukan senang ibu bapa kita membuat keputusan untuk memberikan nama kepada kita. Itu juga yang aku & suami alami setiap kali kami berbincang tentang nama yang akan diberi kepada zuriat kami yang sedang dikandung..sekadar persiapan. Antara kriteria yang diletakkan oleh kami, nama tersebut hendaklah:
  • mempunyai maksud yang baik
  • tidak terlalu panjang
  • kalau boleh bermula dengan huruf A
Apapun kriterianya, keputusan akhir bergantung kepada hasil istikharah kami nanti. Hmm, kalau ada cadangan, bolehlah panjangkan kepada kami ye..terima kasih.

Apabila berbicara soal nama, teringat aku kepada salah satu ayat yang disampaikan oleh suami sewaktu talkshow kami bersama adik-adik Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah tempoh hari.

Katanya, "Kalau kita buat sesuatu yang tak elok, orang bukan sahaja menyebut-nyebut nama kita sebagai pelakunya. Orang akan tanya balik, dia budak sekolah mana? Oh, Maahad Tahfiz Sains. Macam ni hafiz/hafizah? Sekarang, nama sekolah dah pun tercemar. Orang akan tanya lagi, dia ini anak siapa? Heret pulak nama mak bapak kita sekali. Jadi, jagalah akhlaq kita sebagai huffazul Quran".

Maruah. Itulah yang ada pada nama. Nama itu jugalah yang akan diseru di akhirat kelak untuk menerima kitab amalan sama ada dengan tangan kiri atau tangan kanan. Jika maruah dijaga dengan baik di dunia ini, pemilik nama itulah yang bakal berbahagia di akhirat nanti. Semoga kita tergolong dalam golongan ini..ameen!

Sunday, October 18, 2009

Convo 09

Sudah seminggu majlis konvokesyen berlalu. Namun, kepenatan & keriangan yang dikutip sepanjang perjalanan masih lagi terasa. Dek kerana badanku yang agak lemah disebabkan asyik muntah-muntah, aku & suami tidak berpeluang untuk membawa ahli keluarga meronda-ronda di sekitar ibu negara. Kami sekadar membawa mereka berjalan-jalan & membeli belah di pesta Convest 09, makan-makan di restoran di Greenwood & mandi-manda di sungai bersebelahan Chalet Sri Raudhah yang kami sewa selama 3 hari 2 malam. Masa luang yang selebihnya kami gunakan untuk berehat.

Konvo kali ini sangat bermakna buatku..konvo versi seorang isteri & momma-to-be. Aku, suami dan zuriat kami, ketiga-tiganya menaiki pentas yang sama pada hari yang sama di dewan yang sama. Disaksikan oleh suami tercinta, ummi, abah, mek, adik-adik, ipar duai, para pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan, aku dipanggil lagi untuk naik ke pentas buat kali kedua untuk menerima anugerah Best Student (Overall) Kulliyyah of Pharmacy & Best Student (Co-curricular) Kulliyyah of Pharmacy. Kedua-dua anugerah ini sesungguhnya aku dedikasikan untuk mereka!

Haza min fadhli robbi! Jutaan terima kasih kepada semua yang telah membentuk diriku sama ada secara langsung atau tidak. Tanpa kalian, tiadalah seorang insan yang bernama Nur Asiyah Mustapha Kamil seperti yang kalian lihat pada hari ini. These awards are for you! Thank you very much!

P/S:
  • Thank you, Abang, for being by my side during my ups & downs!
  • Thank you, Ummi, for everything that you've done since the first time I see this world!
  • Thank you, Abah (may his soul rest in peace, ameen..) for inspiring me all the time!
  • Thank you, Mek & Abah, for your presence & support!
  • Thank you, Diah, for your help since the beginning until the end of the convo!
  • Thank you, Jah, for being our photographer!
  • Thank you, Daus, for taking care of those little girls!
  • Thank you, Hanin & Izzah, for being good little girls & enhancing the joy of togetherness!
  • Thank you, everybody! Thank you very much!

Thursday, October 08, 2009

Back to Normal

Alhamdulillah, selepas 6 hari mendapat urticaria rashes di seluruh badan, garu sana, garu sini sampai kaki tangan jadi kebas..dengan izin Allah, akhirnya kesihatanku kembali pulih. Sungguh, kesakitan itu satu ujian untuk menguji kesabaran dan tahap kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Di saat itu, kita akan mengerti siapakah yang benar-benar ikhlas bersama kita di waktu senang, jua di waktu susah.

Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada semua yang sudi mengambil berat terhadap diri ini: suami tersayang yang tak cukup rehat kerana sabar menguruskan keperluan isteri, ibu dan mertua yang tak jemu-jemu menghulurkan penawar dan doa, serta sahabat-sahabat yang selalu bertanyakan khabar. Terasa diri ini begitu bertuah kerana berada di sisi kalian!

Sejak usia kandungan memasuki second trimester ini, barulah diri ini merasa keperitan seorang ibu mengandung. Bukan senang untuk mengharungi segala alahan yang tak pernah dialami sebelum ini. Semalam, sewaktu memandu kereta pulang dari tempat kerja, tak semena-mena aku termuntah di atas riba..unknown cause. Sejurus sampai di rumah dan mencuci pakaian yang terkena kotoran tadi, aku termuntah lagi tapi kali ini di dalam tandas. Nasib baik! Lagi bernasib baik sebab suami tolong bersihkan kesan muntah di kusyen kereta dengan rela hati (thank you very much, my sweetheart!).

Hari ini, aku dan suami serta beberapa orang ahli keluarga yang lain akan mula bermusafir ke Gombak untuk menghadiri majlis konvokesyen kami. Satu perjalanan yang jauh dan tentunya mencabar! Majlis penganugerahan ijazah untuk graduan dari Kulliyyah of Pharmacy akan berlangsung pada sesi pagi, 10 Oktober 2009 (Sabtu). Huu..tak sabar rasanya untuk bertemu mata dengan sahabat-sahabat seperjuangan! Aku benar-benar rindukan celoteh mereka. See you there, guys! Congratulations!

Saturday, October 03, 2009

Ucapan Selamat

Mungkin ada yang terlambat, tapi nak ucapkan juga kepada semua..
  • SELAMAT HARI RAYA!
  • SELAMAT BERPUASA 6!
  • SELAMAT BERHARI RAYA 6!
  • SELAMAT MENGUNDI DI BAGAN PINANG!
  • SELAMAT BELAJAR!
  • SELAMAT BEKERJA!
  • SELAMAT MAJU JAYA!
Sekadar mengemaskini blog yang sudah agak lama bersawang. Insya Allah, kalau diikutkan jadual, esok aku akan mula bekerja di bahagian farmasi pesakit luar (out-patient department,OPD) & bertugas di kaunter setiap hari selama 5 minggu. Melihatkan keadaan diri yang kurang sihat sekarang ini, aku terfikir, adakah aku mampu mengharungi segala kepenatan berada di OPD? Moga selamat semuanya..ameen!

Saturday, September 05, 2009

Busyra! Busyra!

Busyra bermaksud kegembiraan.
Ada 2 kegembiraan yang baru sahaja menjengah ke dalam hidupku, alhamdulillahi rabbil 'aalamiin..syukur tak terhingga!

  1. Rayuan suamiku untuk ditempatkan di Kelantan berjaya. Alhamdulillah, diterima bekerja di Jabatan Farmasi HUSM, Kubang Kerian & akan melapor diri untuk bertugas dalam masa yang terdekat..sekarang tengah tunggu surat tawaran sampai. Terima kasih tak terhingga atas doa kalian! Sekurang-kurangnya kami tak perlu tinggal berjauhan untuk tahun pertama ini.
  2. Seorang cahaya mata pengikat kasih bakal mewarnai hidup kami. Berdasarkan keputusan urine pregnancy test & imbasan ultrasound, aku disahkan hamil 7 minggu. Kelahiran dijangka pada bulan April 2010. Alhamdulillah! Semoga zuriat ini bakal menjadi salah seorang ansorullah..ameen.
Bermula pada esok hari, aku akan ditempatkan di Therapeutic Drug Monitoring (TDM) Unit selama 4 minggu. Selamat tinggal CDR! Aku juga bakal bekerja shift petang pada hari Jumaat ini dari jam 4 petang hingga 12 malam (Oh, no weekend for me!) Ini satu cabaran dan pengalaman yang baru bagiku. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan..ameen.

Friday, August 28, 2009

Rutin Impian

Ramadhan Kareem!

Hari ini hari jumaat. Inilah penghulu segala hari. Bagiku, hari Jumaat mempunyai auranya yang tersendiri yang begitu menenangkan jiwa. Hari ini aku tidak bekerja. Masa diperuntukkan untuk bersama suami dan ahli-ahli keluarga. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup pada pagi ini menambahkan lagi ketenangan. Setelah selesai bertadarus al-Quran, aku dan suami turun ke halaman rumah untuk membersihkan persekitaran sambil mengeluarkan peluh. Segar!

Memang benar bagai dikata orang, memasuki alam pekerjaan itu sangat meletihkan, tak sama dengan penat yang kita alami sewaktu bergelar pelajar. Justeru, bagi yang bekerja, hari minggu amatlah dinanti-nantikan. Aku pernah berangan-angan, alangkah indahnya jika setiap hari adalah hari jumaat. Ah, mana mungkin! Ini angan-angan yang pasti tak akan menjadi kenyataan.

Dalam berangan-angan itu, sedar tak sedar, sudah hampir sebulan aku bergelar pegawai farmasi (PRP). Rutinku setiap hari bekerja ialah:
  • 7.15 pagi: bertolak ke tempat kerja (setakat ini, suami yang tolong hantar & ambil..terima kasih, abang!)
  • 8.00 pagi: screening prescription slips di farmasi satelit
  • 9.30 pagi: bergegas ke unit CDR untuk membuat worksheets berdasarkan pesanan yang dipesan oleh doktor, melabel dan menyediakan bahan-bahan untuk proses rekonstitusi
  • 1.00 petang: rehat, solat
  • 2.00 petang: masuk semula ke unit CDR, monitor pesakit-pesakit kanser yang menerima rawatan kemoterapi di wad-wad tertentu & memberikan kaunseling kepada mereka
  • 5.00 petang: dibenarkan pulang =) tapi, solat asar dululah..takut-takut terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas dalam perjalanan pulang ke rumah, lambat pula solat asar nanti.
  • 6.00 petang: sampai di rumah..KEPENATAN! Namun, penat berkurangan apabila dapat menatap wajah suami sepuas-puasnya & berehat bersamanya.
Aku terfikir, sampai umur berapakah rutinku akan terus begini? Ini bukanlah rutin impianku. Aku inginkan masa yang lebih lama di rumah bersama suami & ahli keluarga, lebih-lebih lagi kalau sudah punyai anak sendiri nanti. Dapat berkhidmat dengan baik kepada mereka memberikan satu kepuasan kepadaku. Mungkin, impianku ini juga dikongsi oleh wanita-wanita lain yang bekerjaya di luar sana..siapa tahu, kan?

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kareem!


Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan!

Alhamdulillah, akhirnya terubat jua rindu di dada untuk bertemu bulan Ramadhan yang mulia. Keasyikan beribadah sepanjang bulan ini menjadi lebih bermakna kerana aku kini mempunyai pesaing..pesaing yang menjadikan aku lebih bersemangat untuk mengerjakan kebaikan demi kebaikan. Suamiku adalah pesaingku.

"Fastabiqul khairaat!", cabar suamiku.

Insya Allah, dengan kekuatan kurniaan Allah, akan kucuba sedaya upayaku. Aku berdoa moga semua umat Islam dikurniakan kesabaran dalam beribadah walau di mana sahaja mereka berada, walau dalam apa jua situasi yang dihadapi. Ameen ya rabb!

SELAMAT MENGHIDUPKAN RAMADHAN AL-MUBARAK!

p/s: Berpuasa penuh pada tahun ini? Jika diizinkan Allah =)

Saturday, August 08, 2009

Minggu Pertama

1 Ogos 09:

Cepatnya masa berlalu. Esok dah kena lapor diri. Tiba-tiba rasa takut dan malas menyelinap ke dalam hati. Almaklumlah, sepanjang bercuti selama 3 bulan ini, buku-buku farmasi langsung tidak diselak. Selama 3 bulan ini jugalah aku berada dalam zon selesa. Boleh dikira berapa buah buku ilmiah sahaja yang aku sempat khatam dalam masa 3 bulan ini. Seingat aku 3 buah buku cuma..sungguh tidak mencapai sasaran. Sebulan sekali aku menghadiri usrah PAPISMA. Itu pun baru saja bermula pada Julai lepas. Harapnya, aku akan komited dalam hal ini. Ameen ya rabb!

2 Ogos 09:

Pada jam 8.30 pagi, aku melangkah masuk ke pejabat Kementerian Kesihatan Negeri Kelantan di Wisma Persekutuan dengan ditemani suami tercinta di sisi. Berdebar-debar! Tak tahu ke mana aku akan ditugaskan selepas ini. Di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kah? Atau di luar daerah?

Aku berkumpul di bilik mesyuarat bersama-sama dengan 11 orang graduan farmasi UiTM dan seorang lagi kawan sekelasku, Nini, yang juga berjaya ditempatkan di Kelantan. Kami memberi sepenuh perhatian kepada taklimat ringkas yang disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Sumber Manusia KKM Negeri Kelantan. Kemudian, surat arahan lapor diri di tempat bertugas diedarkan.

Di bahagian atas surat, tertera nama dan nombor kad pengenalanku. Aku meneliti isi surat. ".... anda dikehendaki melaporkan diri kepada Pengarah Hospital Kuala Krai dan seterusnya bertugas di Klinik Kesihatan Kuala Krai.." Begitu lebih kurang bunyi ayatnya. Kuala Krai? Tak ada pun nama hospital ini dalam senarai tempat untuk PRP. Biar betul! Pelbagai persoalan menerjah kotak fikiran dengan serta merta. Kuala Krai-Kota Bharu, lebih kurang satu jam lebih perjalanan. Mahu berulang dari rumah ke tempat kerja? Menumpang? Sewa rumah?

Kemudian, kami diarahkan supaya pergi ke Pejabat Pentadbiran Bahagian Farmasi di Pengkalan Chepa untuk sesi taklimat lain. Bergegaslah kami ke sana dengan menaiki kenderaan sendiri. Nasib baik suamiku sudi menghantarkanku ke sana. Terima kasih, abang! Di sana, kami ditempatkan dalam sebuah bilik mesyuarat. Sempatlah kami bertaaruf sesama sendiri. Sangkaanku tepat sekali. Ternyata, akulah yang paling tua di kalangan kami semua dan satu-satunya PRP di sini yang berstatus ISTERI.

Seorang pegawai perempuan masuk. Kami disapa dengan penuh mesra dan ucapan selamat datang dihulurkan kepada kami penjawat awam yang baru.

"Makluman, ada perubahan dalam surat yang adik-adik terima tadi"

Hah, perubahan? Apakah? Kuperhatikan setiap wajah PRP baru ini berkerut-kerut.

"Surat ini salah kan, kak?", salah seorang PRP bertanyakan pegawai tersebut.

"Ya, ada kesilapan yang telah kami lakukan dan kami mohon maaf banyak-banyak. Sebenarnya, adik-adik semua akan ditugaskan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ 2), Kota Bharu, bukan di hospital-hospital di daerah lain. Selepas ini, adik-adik dikehendaki berjumpa dengan ketua Unit Farmasi HRPZ2, Datin Ainon. Selamat bertugas!"

Di HRPZ 2, kami bertemu mata dengan Datin. Kemudian, kami diarahkan untuk ke pejabat pentadbiran Ketua Pengarah Hospital untuk menyerahkan segala dokumen yang berkaitan dan menyelesaikan perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan PRP. Wah, banyak sungguh borang yang perlu diisi! Berpinar-pinar mataku melihat kotak-kotak kecil ini.

Destinasi terakhir kami pada petang ini ialah Unit Farmasi HRPZ 2. Alhamdulillah, nikmatnya dapat duduk! Berjalan kaki ke sana ke mari dengan memakai kasut baru tentunya memenatkan..mujurlah kaki tidak melecet..lenguh-lenguh sahaja. Sesampai kami di sana, Mr. Raj, salah seorang penolong pegawai farmasi (PPF) menghulurkan punch-card kepada kami. Petang ni dah mula punch, esok wajib datang awal dan berada di sini sebelum jam 8 pagi. Itulah antara pesanan-pesanan yang ditinggalkan oleh Pn. Dir, pegawai farmasi bahagian in-patient, sebelum kami melangkah pulang. Hooraaayy, baliiiiiik!

3 Ogos 09:

Kerana tersilap perhitungan sewaktu keluar dari rumah menuju ke tempat kerja, aku punch kad tepat pada jam 8 pagi..huhu, nasib baik! Hari ini kami ke pejabat KWSP untuk membuka akaun. Kalau lambat buka akaun, lambatlah dapat gaji. Gaji akan dipotong sebanyak 11% untuk disimpan dalam akaun KWSP, dalam RM 4oo lebih juga tu. Tak apa, sebagai simpanan hari tua. Sebelum ini, aku dan suami pernah berbincang, kira-kira 2% pendapatan kami akan kami infaqkan untuk gerak kerja Islam, insya Allah. Mulai dari sekarang, haruslah pandai menguruskan wang!

Kami diberikan jadual rotation sebagai PRP sepanjang 52 minggu ini. Bermula pada minggu hadapan, selama 4 minggu aku ditempatkan di Department of Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR). Bosku merupakan seorang graduan farmasi dari UiTM, setahun lebih muda dariku. Berkaliber betul orangnya, baru setahun bergelar Fully Registered Pharmacist (FRP), beliau sudahpun diberikan amanah untuk mengepalai departmen ini. Sementara itu, terdapat dua orang graduan farmasi UIAM yang masih berada di HRPZ 2, Kak Huda (first batch yang juga merupakan senior sekolahku) dan Kak Yat. Senior PRP dari UIAM yang masih ada sekarang pula ialah Mira, Afzan, dan Nani. Mereka ini akan menamatkan tempoh sebagai PRP dalam masa yang terdekat.

Mohon tunjuk ajar kalian, ya!

Wednesday, July 22, 2009

Jauh

Hawa semulajadi yang agak sejuk dek hujan turun mencurah-curah pada malam itu menyebabkan aku sedikit liat untuk bangkit dari peraduan. Huargghh...geliat sikit, biar hilang liat tu! Mata yang berat terpaksa kubuka perlahan-lahan. Sedar-sedar, suami sedang merenungku sambil tersenyum. Aku jadi termalu sendiri pula.

"Alhamdulillahillazi ahyaana ba'da ma amaatana wa ilaihinnusyuur"
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah kami dimatikan dan kepadaNyalah tempat kembali.

Di pagi Rabu itu, aku mengikut suami pulang ke rumah mertua untuk menyambung kerja-kerja membuat rumah yang masih belum siap. Rumah diperbesar. Rumah asal sudah dirobohkan tak lama dulu dan digantikan dengan rumah batu, bukan lagi papan. Sesuailah dengan kehendak semasa, keluarga besar dan ramai yang sudah berumahtagga.

"Sayang, dah ambil broadband?", suamiku bertanya sedang kami beriringan menuruni tangga rumah.

"Dah, abang. Ini dia", kataku seraya mengunjukkan gajet putih biru yang berbentuk bujur itu kepadanya.

Broadband menghubungkan kami dengan dunia tanpa batasan walau di mana sahaja kami berada. Terima kasih, broadband! Huhu, walaupun kelajuannya tak seberapa tapi kami tetap bersyukur. Emel dan blog boleh dikemaskini selalu. Berita terkini boleh dicapai melalui mana-mana saluran yang kami suka. Boleh juga dipinjamkan kepada sesiapa yang memerlukan. RM 68 sebulan. Boleh dikatakan agak berbaloi.

Justeru, pagi ini, sementara suami menolong Abah membuat tangga hadapan, aku meneruskan penerokaan di dunia maya. Itu pun, setelah aku siap mengemas rumah.

'Waah..ramainya yang online di Facebook pagi ini!', ngomelku sendirian.

Sedang aku membaca segala macam updates & komen yang ditinggalkan di profilku, tiba-tiba mataku tertumpu kepada status Fikri, kawan sekelasku di UIA Kuantan.

"Yea, dpt keje kat penang! tp xtau spital maner...hmmm"

Maksudnya apa? Maksudnya, kami dah boleh tahu dimanakah kami bakal ditempatkan selama setahun sebagai provisionally registered pharmacist (PRP) tak lama lagi. Tak semena-mena, jantungku berdegup kencang. Moga-moga kami suami isteri ditempatkan dalam satu negeri. Tanpa berlengah lagi, aku mendapatkan suamiku di luar rumah. Bersungguh-sungguh nampaknya kesayanganku itu memunggah pasir sehinggakan manik-manik jernih turun membasahi dahi dan lehernya. Habis lencun baju yang dipakai.

"Abang, budak-budak ni ramai yang dah tahu boleh negeri mana. Abang tak nak call lagi ke?", ayat penyataan yang disusuli pertanyaan itu terus membuatkan suamiku menghentikan kerja-kerja yang sedang dilakukannya.

"Jom!", sambil menyeka peluh di dahi, suamiku bergegas masuk ke dalam rumah dan menerpa ke arah telefon bimbitnya di dalam bilik tidur kami.

Aku hanya sempat mendengar salamnya dan ucapan selamat pagi kepada orang yang bercakap di talian, diiringi dengan pertanyaan untuk mendapatkan maklumat tentang penempatan kami. Perbualan selepas itu tidak dapat aku dengar butir bicaranya dengan jelas kerana suamiku sudah bangun dan mundar-mandir di ruang tamu sambil telefon ditekapkan ke telinga. Agak serius perbualan itu. Oh, Tuhan!

"Abang, macam mana? Kita dapat negeri mana?", soalku sejurus suami masuk semula ke dalam bilik. Ada debar di hati.

"Sayang dapat KB", jawab suami. Alhamdulillah, dapat pilihan pertama, negeri sendiri. Namun, mengapa tiada nada ceria di situ? Tiada senyuman terukir.

"Abang?", aku masih menghujani persoalan kepada suamiku.

Senyap. Suami memandangku dengan pandangan yang semacam tidak bermaya. Mata itu kulihat sungguh keletihan. Lantas, suamiku tertunduk memandang lantai.

"Sayang, abang dapat Pahang", oh, jawapan yang sungguh menyesakkan dadaku. Terus, air mataku bergenang. Aku terpana.

"Abang, kenapa macam ni? Kenapa?", aku sudah mula merasakan betapa siksanya kejauhan yang terpaksa kami hadapi. Sungguh, aku tidak kuat untuk menghadapinya.

"Abang tak tahu, sayang. Abang sedih. Abang dah tulis semua alasan yang ada supaya kita ditempatkan di negeri yang sama. Sungguh abang tak sangka, diorang tak consider langsung!", mata suamiku turut mula kemerah-merahan lantas kami tersedu-sedan dalam dakapan masing-masing. Lama kami begitu, sungguh kami tidak sekali-kali mahu meleraikan dakapan yang erat ini.

Pasti! Kami pasti akan membuat rayuan supaya suamiku ditukarkan penempatannya ke Kelantan atau sekurang-kurangnya Terengganu. Alasan yang bakal kami kemukakan itu kukuh: status sudah berkahwin, mertuaku mempunyai masalah kesihatan yang membimbangkan dan perlu diberi perhatian sewajarnya sedang ipar-iparku yang lain berada jauh dari Kelantan, dan tiadanya orang lelaki yang boleh menjaga ummi dan adik-adikku di rumah yang sekarang ini semuanya didiami oleh kaum hawa.

Sejak dari tengahari itu, deretan panggilan dibuat oleh suamiku untuk mengetengahkan rayuan ini dan jika keadaan mendesak, kami akan ke Putrajaya untuk bersemuka dengan pegawai yang berkenaan.

Sahabat-sahabat, doakan kami ya! Doakan yang terbaik buat kami!! Doakan juga supaya kami kuat untuk menerima apa jua keputusannya nanti..

P/S: Seandainya kami terpaksa berjauhan juga, kami harus menerima bahawa itu hanyalah ujian kecil meski dikala ini sengsara sudahpun melitupi jiwa. Aku masih tidak mampu menduga bagaimanakah rasanya pahit getir ujian yang lebir besar. Perpisahan yang abadi serta SYAHID. Ya, Allah!

Monday, July 20, 2009

Empat Jenis Abu

Di suatu pagi yang hening, seusai aku dan suami menikmati juadah sarapan pagi di rumah mertuaku, suamiku menghidupkan suis komputernya di dalam bilik yang kami duduki. Satu fail kuliah agama dimainkan oleh windows media player. Tazkirah dhuha untuk hari ini sedang berkumandang mengisi ruangan bilik yang bersegi empat. Tanganku pula semakin ligat mengemas katil, menepuk-nepuk bantal dan membetulkan letak duduk cadar dan selimut.

"Siapa yang bagi kuliah ni, abang? Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kah?", aku meminta kepastian daripada suamiku yang sedang asyik di hadapan skrin.

"Ha'a, Ustaz Tuan Ibrahim", suamiku mengiyakan sambil menoleh ke arahku.

"Sayang suka dengar ceramah dia..best!", aku menghampiri suamiku setelah katil siap kukemaskan. Lalu, kuliah itu kami hayati bersama-sama.

Ya, tutur kata ustaz begitu teratur. Butir bicaranya bersendikan dalil, bersulamkan sirah nabawiyyah yang dikaitkan iktibarnya dengan isu-isu semasa..terus meresap ke dalam lubuk jiwa yang paling dalam.

"Sayang, abang nak pergi tolong abah buat kerja bancuh simen tu dulu..sayang dengarlah kuliah ni ye"

"OK, abang. Abang nak sayang bantu apa-apa? Sekejap lagi sayang nak mengemas ruang tamu"

"Sayang buatlah apa yang patut..dah siap nanti rehatlah"

"Baik!!", aku tersengih dan terus mengalihkan perhatian kepada kuliah setelah suamiku beredar.

Banyak yang diperkatakan oleh ustaz dalam siri kuliahnya ini. Salah satu perkara yang mahu aku kongsikan di sini ialah berkenaan tajuk di atas. Empat Jenis Abu. Ini bukanlah darihal abu rokok atau abu kayu bakar. Ini adalah fakta mengenai 4 jenis Abu yang wujud sepanjang zaman. Maksudku, sifat keempat-empat orang Abu ini boleh didapati pada setiap generasi manusia hingga ke hari kiamat.
  1. Abu Bakar: Salah seorang khulafa' ar-rasyidin, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling akrab dengan baginda, membenarkan apa sahaja yang baginda sampaikan meskipun pada ketika semua manusia menidakkannya, menyerahkan apa sahaja yang dimilikinya untuk Islam sehingga yang ditinggalkan untuk keluarganya hanyalah Allah dan Rasul, sentiasa bersama Nabi sewaktu senang dan susah, berjihad untuk meninggikan kalimah Allah dengan apa jua cara, beramal dan mengajak orang lain beramal bersama, memerangi orang-orang yang berpaling tadah daripada Islam dengan sepenuh usaha.
  2. Abu Sufyan: Di awal dakwah Nabi, dialah antara orang-orang yang lantang memusuhi Nabi dan ummat Islam. Di medan perang dia membunuh orang-orang Islam. Namun, setelah beroleh hidayah daripada Allah ta'ala, di episod akhir usianya, nikmat Iman & Islam dia berjaya kecapi. Lantas, dia bertukar fungsi. Dia akhirnya membenarkan segala seruan Nabi dan mula bersama-sama baginda dalam perjuangan yang murni.
  3. Abu Talib: Salah seorang bapa saudara Nabi yang sangat-sangat menyayangi Nabi, sanggup membela Nabi dan melindungi baginda hinggalah dia menemui ajalnya. Dia diseru oleh Nabi ke jalan Allah. Namun, hidayah itu bukan milik Nabi. Bapa saudara Nabi ini, walaupun sangat baik terhadap orang-orang yang memperjuangkan Islam, dia akhirnya mati dalam keadaan dirinya tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah.
  4. Abu Lahab: dialah sejahat-jahat manusia yang menzalimi Nabi dan pengikut baginda, namanya dilaknat dan seterusnya diabadikan dalam al-Quran sebagai pengajaran. Meskipun bergelar bapa saudara Nabi, dialah sang penentang agung kepada kebenaran yang hakiki. Baginya, "buatlah apa sahaja, asalkan Islam tidak bertakhta di hati manusia. Tawarkanlah harta, pangkat dan wanita kepada pejuang-pejuang Islam ini, nescaya kepalsuan teguh terpasak di muka bumi. Siksalah siapa sahaja yang menyekat usaha-usaha ini".
Sesungguhnya, mati itu amatlah pasti. Justeru, biar kita mati seperti matinya Abu Bakar as-siddiq yang sepanjang hidupnya tiada yang lain kecuali Islam, Allah dan RasulNya. Jika sebelum ini kita pernah tersasar seumpama Abu Suyfan, ingatlah, Allah itu Maha Pemberi Hidayah dan Maha Penerima Taubat. Bertaubatlah sekarang dan usah bertangguh untuk Islam.

Menerima Islam.
Mengamalkan Islam.
Menyebarkan Islam.
Menegakkan Islam.
Mendokong Islam.
Menjaga Islam.
Memelihara Islam.
...dulu, kini dan selamanya.
ALLAHU AKBAR!

Monday, July 06, 2009

Welcome Back to Your Campus Life!

It has been a long time since the last time I wrote an English post. Now, I'm back! Huhu..just want to refresh my English skill after some time being at home. I bet, all my juniors are busy now preparing for another new chapter in their student's life. Welcome back to your campus life!

Alhamdulillah, I've finished my undergraduates years in IIUM. 6 years of joy and fun. 6 years of struggle and fear. Luckily, the ending is soooo sweeeeet! I've finally found my L.O.V.E. there! And last two weeks, I have received a letter from Admission & Records Division of IIUM, seeking necessary informations about my academic and co-curricular activities. It's a miracle, a gift from the Almighty that my name is included in the list of top 5 graduating students (Kull. of Pharmacy) for 25th Convocation. Alhamdulillah!

Just now, I have said "Goodbye" and "Good Luck" to my younger sister, Rusydiah or we simply call her Diah, who is going to further her study in IIUM Gombak, majoring in Economics. She'll regist herself tomorrow morning and my mom, my younger brother & my other two younger sisters will accompany her all the way. Before they board the AirAsia plane, she seemed so reluctant to go back into her campus life..yeah, after 3 months being in the comfort-zone, at home, home sweet home! That's normal..and expected too.

"Long, which club do you recommend me to join? Is Maaruf Club is ok? I've heard that this club organizes many interesting activities", she asked for my opinion while packing her luggage at home.

"Yes, do join the Maaruf Club when you are in Gombak. We don't have Maaruf Club in Kuantan", I replied.

"Is there any usrah that the club coordinates?", another question from her which at least assured me that she knows what to do next and what to search for later.

"Of course, there is. I'll definitely join them if I were there"

Ohh, I really miss the moments while I was in campus! I really miss my friends especially my usrah-mates! How are you, all my sweet sisters? I hope you will be continuing any good legacy that we've left behind. Do guide the juniors to the right path even if you are in your toughest time, and sincerely for the sake of Allah, be the MOST ADORABLE seniors!

Wishing you, BEST OF LUCK!

Monday, June 29, 2009

Perjuangan Tidak Bermusim

Sedang aku mengemas bilik, tiba-tiba kuterlihat sebuah buku nota yang kubawa ke KL pada hujung minggu lepas. Aku menyelak helaian demi helaian, lantas kuketemukan catatan berharga ini. Aku teruja untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian khasnya para pendokong kebenaran.Kata-kata ini terbit dari seorang sifoo yang amat aku kagumi, Ustaz. Nasruddin Tantawi, dalam satu program yang aku dan suami hadiri.

"Kenapa kita pendokong kebenaran ini bersikap sambil lewa sedangkan musuh yang menyokong kebatilan begitu serius dalam gerak kerja mereka?"

"Perjuangan tidak bermusim"

"Pembentukan syakhsiah mungkin ada mulanya tapi tiada akhirnya"

"Pentarbiahan itu suatu yang hidup dan tak habis dengan habisnya muqarrar (silibus)"

Aku cukup terkesan dengan kata-kata ini. Semoga Allah tidak memalingkan kita daripada jalanNya..ameen!

Beramallah selagi boleh beramal!
Infaqkanlah dirimu selagi nyawa dikandung badan!

P/S: Pilihanraya kecil (PRK) DUN Manek Urai, Kelantan bakal menyusul. Apakah sumbangan kita, wahai pendokong kebenaran?

Wednesday, June 17, 2009

KB-Seremban-Melaka

Sekarang aku & suami sedang menantikan kehadiran….surat lantikan sebagai penjawat awam daripada SPA. Lambat juga ye? Sambil menunggu, kami buatlah apa yang patut..Jalan-jalan makan angin, ziarah saudara mara di kedua-dua belah pihak, memenuhi jemputan kenduri di sana-sini dan mendalami hati budi serta tabiat masing-masing.

Hujung minggu lepas, kami ke majlis perkahwinan sahabat-sahabat seperjuangan kami di Melaka; Dr. Rif’an & Dr. Sarah. Dari Kota Bharu, kami menaiki bas (nak jimat sebab tak kerja lagi) ke Seremban dan menumpang di rumah Badri (ex-president IPhA 2006/2007) seketika untuk khidmat diri & sarapan sebelum Bad membawa kami ke Melaka menaiki keretanya. Apabila dua ex-presidents IPhA bertemu, banyaklah benda yang dibualkan (suamiku ex-president IPhA 2007/2008). Sementelah pula, Bad telah kami kenali sewaktu kami menuntut ilmu di Darul Quran. Emak Bad menyambut kedatangan kami di luar rumahnya yang dipenuhi dengan bunga-bungaan daripada pelbagai jenis. Cantik!

Ternyata, kenangan bersama almarhum Ustaz Kudos (ayah Bad) masih kukuh tersemat di ingatan emak Bad. Beberapa kali beliau menitiskan air mata tatkala bercerita tentang almarhum. Beliau bercerita dengan rela tanpa kami pinta.

“Atas kerusi inilah, ustaz duduk pagi-pagi sebelum subuh, baca Quran”, cerita emak Bad sambil mengunjukkan jari ke sebuah kerusi yang terletak di dapur.

“Dia selalu bangun lebih awal daripada makcik. Segan makcik dibuatnya. Makcik selalu juga berlumba-lumba untuk bangun dan mengaji lebih awal daripadanya tapi selalu kalah”, sambung emak Bad.

“Selepas ustaz dah tak ada ni, makcik cuba baca Quran sebanyak yang mungkin. Kadang-kadang, makcik duduk dalam pondok kat luar tu sambil baca Quran. Setiap kali makcik khatam, makcik akan tanda tarikhnya. Kita baca Quran ni, jangan sekadar baca. Cuba fahamkan maksudnya. Jangan sekali-kali tinggalkan Quran walaupun sehari”, pesan makcik kepada kami dan Bad.

“Dah 6 bulan arwah pergi tapi makcik masih sedih. Bukannya tak meredhai pemergiannya tapi makcik sayu..sedih.. Arwah ustaz sangat-sangat hormatkan makcik”, emak Bad meluahkan rasa di hati sambil mengesat air mata yang tumpah.

“Pernah dulu arwah ustaz suruh makcik mengajar di masjid untuk kaum ibu. Makcik tak nak..segan sebab ilmu pun tak banyak. Tapi, ustaz suruh juga..yelah, kena berkongsi apa yang kita ada walaupun tak banyak. Jadi makcik pun bersetuju. Ustaz datang juga menemani makcik semasa makcik mengajar tapi dia duduk di ruang solat jemaah muslimin la. Dia akan dengar dan meneliti apa yang makcik sampaikan. Kalau ada yang salah, ustaz akan tegur bila dah balik rumah..Dia begitu hormatkan makcik..”

Allahu akbar! Segala jasa baik almarhum begitu dikenang. Semoga Allah menempatkan ruhnya di kalangan para solihin. Ameen!

“Fuuh..”, suamiku mengeluh tatkala kami berada di dalam bilik penginapan sementara di rumah Bad setelah selesai bersarapan bersama Bad dan emaknya.

“Kenapa abang mengeluh?”, aku menduga apa yang bermain di fikiran suamiku.

“Begitu dalamnya cinta seorang isteri! Takut betul abang dibuatnya..”, ujar suamiku.

“Takut?”, aku bertanya menginginkan kepastian.

“Iyalah..takut sebab tanggungjawab seorang suami itu sangat besar. Alhamdulillah, arwah Ustaz Kudos dah berjaya mendidik isteri & keluarganya”, suamiku melontarkan penjelasan.

“Insya Allah, abang. Kita sama-sama berusaha”, aku memujuk hati suami, berusaha memasakkan keyakinan kami kepada pertolongan yang Maha Esa.

Perjalanan kami kali ini agak menyeronokkan walaupun di akhirnya kami tidak berkesempatan untuk bertemu mata dengan kedua-dua mempelai. Barakallahu lakuma wa baroka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair!

Terima kasih, Bad dan makcik, kerana sudi menerima kedatangan kami! Kami sangat-sangat menghargai layanan yang kalian berikan :) Apa yang lebih penting, kalian telah mengajarkan kami satu pelajaran yang sangat berharga. Jazakumullahu khairan kathira!

Sunday, May 31, 2009

Dulu & Sekarang

Semenjak kahwin ini, hampir semuanya berubah..perubahan ke arah yang lebih baik. Harapnya, perubahan ini berkekalan dan bertambah baik seiring meningkatnya usia perkahwinan kami.

Kalau dulu, solat subuh secara berjemaah sangat jarang aku tunaikan. Sekarang, Alhamdulillah, suami jadi imam, aku jadi makmumnya.

Dulu, selalu juga aku tertinggal bacaan ma'thurat sebagai zikir harian. Sekarang, Alhamdulillah, ma'thurat dah jadi rutin setiap pagi selepas solat subuh..baca bersama-sama suami.

Dulu, sangat jarang beli & baca surat khabar Harakah, sekadar menjenguk secara online sahaja. Sekarang, Alhamdulillah, suami selalu bawa balik Harakah edisi terbaru ke rumah. "Sekurang-kurangnya kita tolong parti dengan cara ini," itu prinsip suamiku.

Dulu, mengaji Quran sendirian. Kekadang, tak perasan salah baca itu ini. Sekarang, Alhamdulillah, ada suami tolong betulkan bacaan & berbicara tentang al-Quran.

Dulu, hanya menjaga harta & maruah sendiri serta keluarga. Sekarang, wajib jaga harta & maruah suami serta keluarga mertua. Tanggungjawab bertambah berat.

Dulu, banyak perkara yang terpaksa dipendamkan sendirian. Tak terluahkan. Sekarang, Alhamdulillah, suami di sisi sebagai peneman. Berkongsi rasa, berkongsi rahsia.

Inilah nikmat sebuah perkahwinan. Memberi & menerima. Alhamdulillah!

Wednesday, May 20, 2009

Akad Nikah

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jua menggagahkan diri utk mencuci sawang-sawang yang berada dalam ruangan maya ini. Satu pencapaian bagiku di saat diri diulit bunga-bunga kebahagiaan setelah bergelar seorang isteri. Alhamdulillah 'ala kulli haal, majlis akad nikah selamat dilangsungkan di rumahku selepas Isyak, dihadiri sanak-saudara serta sahabat handai.



Hmm, sekarang ada dua blog. Jadi, kenalah kemaskini kedua-duanya kan? Huhu.. Sebenarnya aku tengah menantikan gambar-gambar daripada "official photographer" kami. Cuba teka siapa? En. Amin Mansor kitalah. Baiklah, atas permintaan ramai, insya Allah aku cuba usahakan untuk muat naik di sini beberapa keping gambar yg telah ditangkap oleh adik-adikku & adik-adik iparku semasa majlis akad nikah kami pada 15 Mei lepas. Gambar-gambar yang Amin tangkap, aku akan letak di blog aku & suami tercinta, insya Allah.

Di kesempatan ini, aku mengucapkan..TERIMA KASIH..kepada sahabat-sahabat yang bertandang ke rumah tempoh hari. Kehadiran kalian amat bermakna!

  1. Rafidah Supar: pertama kali menjejakkan kaki di Kelantan, bersusah payah datang dari Kuantan dengan bas seorang diri. Thanks a lot for your help! May Allah bless you all the way..ameen. Jangan serik untuk datang lagi ye. Maaf sebab tak sempat bawa Fida jalan-jalan. Huhu..
  2. Nurul 'Ain Kamaluddin & the gang (Wani, Zatil, Erni): sahabat-sahabat dari UIAM Gombak yang begitu bersemangat dalam mengharungi perjalanan yang begitu jauh. Aku sangat-sangat menghargai kedatangan kamu semua!
  3. IIUM future pharmacists (Mai, Duwe, Buzak, Wadi & Amin the photographer): sambil-sambil tenangkan pengantin, sambil-sambil ambil feel ya..terima kasih kerana sudi datang!
Ucapan terima kasih tidak terhingga aku ucapkan juga kepada semua ahli keluarga yang terlalu banyak membantu diri ini..Ummi, adik-adik, nenek, mak cik-makcik, pakcik-pakcik dan sepupu sepapat. Indeed, I feel GREAT! Thank you, Allah!


Istimewa buat suami tersayang: Terima kasih kerana menerima diriku seadaNya. Moga pelayaran hidup kita sentiasa diredhaiNya, di dunia & akhirat.. ameen!

Tuesday, May 05, 2009

Pengumuman Paling Penting!

Dengan penuh takzim, hamba yang dhoif ini menjemput tuan hamba sekalian ke majlis kesyukuran sempena perkahwinan hamba, NUR ASIYAH MUSTAPHA KAMIL dengan putera pilihan, MOHD AZREEN MUSTAPA yang akan diadakan pada hari Jumaat, tanggal 5 Jun 2009 di teratak hamba yang terletak di Negeri Cik Siti Wan Kembang.


Layari blog kami:
http://permatamustofain.blogspot.com/

Doakan agar kami diberkati & diredhai Allah di dunia dan di akhirat. Ameen ya rabbal 'alamin!

Walimah Hidayah & Elmi

Alhamdulillah, seorang lagi sahabatku, Nurhidayah Mokhtar telah pun selamat diijabkabulkan dengan mujahid pilihannya, Elmi Baharuddin pada 1 Mei 2009. Tahniah buat kalian! Baarakallahu lakuma!


Kenduri di rumah Hidayah diadakan pada keesokan harinya dalam suasana yang meriah sekali. Tetamu yang hadir cukup ramai. Hujan yang turun renyai-renyai di sebelah paginya bagaikan satu rahmat yang dianugerahkan di tengah-tengah kepanasan yang melanda sehari dua ini. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Sebenarnya, aku dan seorang junior, Mariah, telah pun berkampung di rumah Hidayah selama dua hari satu malam untuk membantu apa yang patut. Tugas terakhirku di sana ialah sebagai "AJK unit pengangkutan". Menggunakan kereta BFX Hidayah, aku berkesempatan untuk "meneroka" jalan-jalan di sekitar Sepang tatkala pergi dan pulang daripada menghantar sahabat-sahabat ke perhentian bas Bandar Baru Salak Tinggi. Terima kasih kepada Mariah kerana tak serik untuk menjadi "co-pilot"ku..hehe..

'Ala kulli haal, pandai-pandailah aturkan masa untuk memenuhi jemputan ke majlis-majlis perkahwinan yang berderet di pertengahan tahun ini ;)

Wednesday, April 29, 2009

The Release Is A Relief

The final exam result was just released.
Alhamdulillah 'ala kulli haal, I passed all the subjects.
So, I can graduate.
But it is so sad to know that my target is not achieved.
The Dean's List status is not mine.
Allah knows BEST.

Sunday, April 26, 2009

Kembara di Bumi Tuhan

Teringat kepda serangkai kata-kata yang pernah kubaca:

"Kamu boleh buat maksiat kepada Allah jika kamu boleh mencipta Bumi lain untuk kamu duduki sama seperti kamu berada di Bumi ini.."

Begitulah lebih kurang kata-katanya. Teramat mendalam maksud yang ingin disampaikan, menyedarkan diri ini bahawa kita hanyalah hambaNya yang dianugerahkan secubit kurniaan cuma. Kita sekadar makhluk ciptaanNya, tiada upaya untuk mencipta makhluk lain setanding Dia meskipun hanya seekor lalat, inikan pula sebuah planet yang dilengkapi komposisi seimbang daripada semua elemen sesuai untuk manusia. Justeru, kenapa mahu membongkakkan diri mengingkari perintahNya?

Ini sekadar renungan yang terdetik di mindaku tatkala kembaraku di bumi Kuantan berakhir secara rasminya semalam. Subhanallah! Detik-detik terakhir di Kuantan aku nikmati secara optima. Alhamdulillah, syukur kerna diberikanNya kudrat & peluang untuk berjalan serta bermusafir di BumiNya..kupohon agar pelajaran yang kukutip sepanjang perjalanan bisa menjadi bekalan untuk sebuah penghidupan. Ameen!

Sebelum.... April 16, 2009:

1- Hospital attachment terakhir bersama Dr. Haniki
2- Group-mates
3- Bilik kuliah mahasiswa Kulliyyah of Pharmacy 2008/2009
4- Bangunan Kulliyyah of Medicine & Kulliyyah of Pharmacy
5- M3: Tempat bermastautin selama 4 tahun
6- Pintu gerbang utama UIAM Kuantan
7- Bangunan Kulliyyah of Pharmacy sedang dalam pembinaan
8- Mahallah Maimunah
9- Tasik UIAM Kuantan

April 17, 2009:
Makan malam terakhir bersama adik-adik usrah Dentist yang "chantek bergaya" di Santai, Tanjung Lumpur.

April 18, 2009:
10- Air Sungai Lembing yang cukup jernih..subhanallah!
11- Berusaha memasang khemah di tebing Sungai Lembing
12- Khemah yang telah dipasang dibawa ke tempat yang lebih strategik
13- Masa untuk makan! Berkelah melepaskan tekanan selepas peperiksaan akhir
14- Kami terpaksa mencari tempat yang lebih redup
15- Memanjakan kaki merasai kedinginan air sungai
16- Satu lagi ciptaan Allah yang Maha Agung..Subhanallah!
17- Teknik bayang-bayang! Satu formasi yang mantap
18- Muzium Sungai Lembing: menyimpan kisah perusahaan bijih pada zaman dahulu
19- Penggunaan cermin besar membawa kami ke terowong bijih
20- Antara jenis-jenis batu serta logam yang dipamerkan
21- Muzium ini pada asalnya merupakan rumah kepada tauke bijih berbangsa British
22- Muka lombong: terowong menuju ke lombong bijih

April 19, 2009:
23- Meraikan profesor anatomi kami yang dikasihi
24- Dua jenis kek sedia untuk dibaham!
25- Sesi suap-menyuap yang terakhir di UIAM Kuantan
26- Prof. Jalaluddin," the iron man", "the teaser"
27- Ada persamaankah antara kami? Mungkin..
28- "Menara jam"

April 20, 2009:
29- Future-Pharmacist Edu Day, Swiss Garden Spa & Resort, Kuantan
30- Makanan tengahari yang sangat BEST!
31- Ambil angin di tepi pantai
32- Sebelum sukaneka bermula
33- Terompah gergasi a.k.a. "sand skating"
34- Pemandangan dari bilik penginapan
35- Acara makan malam bermula
36- Bandung pun bandunglah!
37- Prof. Noriah, pensyarah fisiologi kami
38- Geng library?
39- Kami pemenang hadiah cabutan bertuah :)
40- 4th Batch students of Kulliyyah of Pharmacy
41- "Kami tahu, kami bukan yang paling bijak..kami tahu, kami memang yang paling nakal.." Thank you, teachers!

April 23, 2009:
Tidak berkesempatan untuk mengambil gambar dek terlalu asyik berada dalam "syurga buku"!

April 25, 2009:
Dalam perjalanan pulang ke rumah..huh, akhirnya! Kami konvoi dua kereta dan berhenti makan tengahari di KFC cawangan Dungun. Alkisahnya, kami isi minyak di salah sebuah stesen minyak Petronas dan dihadiahkan 3 baucer diskaun KFC. Jadi, tunggu apa lagi!

Home sweet home..I'm coming!

Wednesday, April 15, 2009

Merdeka!

Alhamdulillahi 'ala kulli haal! Peperiksaan sudah tamat. Aku sudah merdeka! Aku serahkan segala-galanya kepada Dia..moga-moga Dia mengurniakan yang terbaik untukku & sahabat-sahabat. Ameen ya Rabb!

Nak buat apa ya? Ini senarai semak perkara-perkara yang perlu dibereskan sebelum keluar dari UIA Kuantan..heee, tak sabarnya nak balik!

  1. Siapkan domiciliary sevice report. Tarikh akhir untuk hantar kepada Mdm Halimah: 18 April 2009.
  2. Kemaskan segala jenis barang yang ada di dalam bilik untuk diangkut balik. Alamak, muat tak nak masukkan ke dalam Kancil aku ni? Macam tak.
  3. Ambil gambar panorama UIA Kuantan terutamanya bangunan baru Kulliyyah of Pharmacy.
  4. Keluar makan-makan untuk kali terakhir dengan anak-anak usrah Dentistry. Sedihnya..
  5. Cari hadiah hari lahir untuk adik bongsuku.
  6. Jemput-menjemput mereka yang berkenaan untuk ke "big event"
  7. Bayar saman & bayar segala jenis hutang kalau ada. Bercakap bab saman memang mendukakan hati.
Perasaan sekarang ini bercampur-baur:
  • Gembira kerana telah pun selesai menduduki peperiksaan akhir dan akan keluar dari UIA tak lama lagi.
  • Sedih kerana akan berpisah dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Aku sangat sayangkan ukhuwwah Islamiyyah ini! Jangan lupa ya, sebut namaku dalam doa kalian. Aku juga akan sentiasa mendoakan keberkatan hidup kalian, insya Allah.
  • Risau kerana terasa diri ini belum bersedia untuk menjadi seorang ahli farmasi. Pengetahuan klinikal yang sangat cetek, peribadi yang masih belum mencapai standard seorang muslimah sejati. Ya Allah, kuatkanlah aku!

Monday, April 13, 2009

Sakitnya Hati!

Factors required to build professional competency. Hmm, apa kaitannya dengan Management of Research Project? Aku keliru. Aku bingkas bangun dari meja perpustakaan menuju ke arah sebuah PC yang berhampiran untuk meng'Google' istilah-istilah yang tidak kufahami ini. Sedang asyik melayari Internet, aku mendengar bunyi gegaran dari telefon bimbitku yang berada di atas meja. Ada SMS masuk. Aku biarkan seketika.

Begitu banyak maklumat yang aku perolehi dalam pencarianku di hutan yang bernama Google ini tetapi tidak ada satu pun yang betul-betul menolong aku untuk membuat perkaitan antara isu-isu yang ditimbulkan. Ya Allah, kenapalah susah sangat untuk aku memahaminya? Aku meninggalkan PC dengan hampa dan terus mencapai telefon bimbitku untuk membaca SMS yang baru diterima.

"Akak, kete akak kena saman" - Nadia, 3.46 pm, 13 April 2009.

Suhu dingin beku yang kurasakan sepanjang berada di perpustakaan ini sejak dari pagi tiba-tiba naik dengan mendadak.. PANAS! Amarahku menggelegak. Tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan keadaanku ini melainkan "Sakitnya hati!". 'Mood' untuk mengulangkaji terus terpadam secara automatik dan aku terduduk kaku di bangku perpustakaan ini.

"Ye ke? Kete kte parkg kat mn ek? Ade junior pnjm kelmarin", aku membalas SMS tersebut dengan hati yang sebal.

"Laa..yeke. Kat tepi jalan, yg leh nmpk dr bilik Wan..dia dah xletak ketas merah. Arini saman", balas Nadia.

"Huhu..thnx 4 da info nway :-/", aku mengucapkan terima kasih kepada Nadia.

Sudah dua hari aku tidak menggunakan keretaku. Semalam aku tidak ke mana-mana, hanya mengulangkaji di bilik. Sebelum aku melangkah keluar dari bilik untuk menuju ke perpustakaan pada pagi ini, ada juga terdetik di hatiku untuk menjenguk di manakah agaknya junior itu memakirkan keretaku. Namun, bisikan naluri itu kuabaikan dek kerana percaya bahawa kenderaan itu ditempatkan di tempat yang sepatutnya kerana menurut seorang lagi junior yang memulangkan kunci, keretaku diletakkan di tepi blok M3. Tepi, bukan belakang. Maknanya, keretaku di petak parkir yang betul. Lantas, aku berjalan kaki dari mahallah ke perpustakaan. Tak berbaloi bawa kereta ke KOM, bukannya ada tempat untuk kita parkir pun. Semuanya khas untuk STAF.

Aku memandang Diane yang berada di hadapanku dengan pandangan yang kosong serta nafas yang tertahan. Arrggh..aku sudah tidak tahan dengan birokrasi di UIA! Kenapakah ia berlaku di hari-hari terakhirku di sini? Kenapa di saat aku akan menduduki peperiksaan akhir untuk dua subjek sahaja lagi? Terasa ingin aku keluar dari UIA sekarang juga! Aku sudah tidak betah!

"Diane, kite nak balik biliklah. Dah takde mood dah nak study", aku mengucapkan salam permisi.

Sekarang, pengawal keselamatan semakin ramai di UIA Kuantan. Seiring dengan peningkatan bilangan itu, kes kecurian di mahallah juga semakin bertambah. Syabas, wahai sekalian "pak guard"! Tidak ada satu kes pun yang berjaya diselesaikan, samada kes baru atau kes lama yang bertimbun-timbun termasuklah kes yang menimpa aku dan teman-teman sebilik sewaktu kami di tahun 2. Bahkan, kecurian makin berleluasa. Dunia kampus kini sudah tidak aman!

Agaknya, kerana teramat sibuk menghalang mahasiswa daripada meletakkan kenderaan mereka di tempat parkir sekitar KOM pada siang hari, pengawal-pengawal ini terlalu letih untuk sentri di malam hari. Mungkin, kerana sepanjang waktu pejabat mereka terlalu tekun mengepilkan kertas amaran berwarna merah serta kertas saman pada "wiper" kereta-kereta yang diparkir di tepi jalan belakang mahallah mahasiswi dek kerana tempat parkir yang sedia ada tidak mencukupi, tugas mereka di malam hari terabai. Amaran buat mahasiswi, jangan bersenang-lenang di malam hari kerana keselamatan anda kini sudah tidak terjamin!

Hampir dalam segenap segi STAF lebih diutamakan. Petang-petang, ada Staffs' Games. Kereta mereka yang besar-besar itu diparkir di tepi gelanggang berhampiran mahallah mahasiswi sehingga melingkungi selekoh menyebabkan kenderaan-kenderaan mahasiswi yang keluar masuk seringkali hampir bertembung. Mereka menghalang lalulintas tetapi mengapakah tidak disaman? Kerana mereka itu STAF.

Ada mahasiswa meletakkan kereta di tepi jalan, tetapi tidak menghalang lalulintas. Mengapakah mereka disaman? Kerana mereka mahasiswa, bukan STAF.

STAF bebas menggunakan gelanggang sukan dan padang mahallah pada bila-bila masa kerana mereka adalah STAF. Kita "terpaksa mengalah" kerana kita bukan STAF, kita mahasiswa cuma.

Mahasiswa membayar pelbagai jenis YURAN. STAF menggunakan segala jenis kemudahan.. percuma!

Mahasiswa terpaksa merayu untuk memohon bajet bagi mengadakan aktiviti-aktiviti. STAF membelanjakan duit kita dengan bebasnya di sana sini..percuma!

Sakitnya hati!

Thursday, April 09, 2009

Kebaikan vs Dosa

Daripada al-Nawwas bin Sam'an r.a.: Aku bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang kebaikan dan dosa, lalu baginda menjawab:

"Kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala dosa ialah apa yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya"
(Hadith riwayat Muslim)

Andai sedar bahawa dosa telah dilakukan
Bertaubatlah sekarang sebelum pintu taubat ditutup Tuhan
Usah bertangguh dalam melakukan kebaikan
Kerana kebaikan akan menghapuskan kejahatan

Daripada Abu Dzar r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

"Takutilah Allah di mana sahaja kamu berada; ikutilah kejahatan dengan kebaikan, kerana kebaikan menghapuskan kejahatan; dan berakhlaklah sesama manusia dengan akhlak yang baik"
(Hadith riwayat al-Tirmizi & al-Hakim)

:: Setiap anak Adam tidak lepas daripada melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat ::

Tuesday, April 07, 2009

Bertasbihlah & Beristighfarlah

Allahu Akbar!
Subhanallah!
Astaghfirullahal 'azim!
Alhamdulillah!

Segala puja & puji kepada Allah Tuhan Sekalian Alam kerana dengan izinNya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan 2 bukit: Bukit Gantang & Bukit Selambau!

Tahniah kepada kedua-dua Yang Berhormat & tahniah juga kepada seluruh pendokong & penyokong PR.

Perjuangan PR tidak terhenti di dua bukit ini. Perjuangan yang lebih besar menanti di seluruh negara.

Bersiap-siagalah, wahai para pejuang kebenaran!

Mahu lari ke manakah lagi, wahai sekalian pedokong kezaliman?

Sunday, April 05, 2009

Final-Exam Mode

Inilah seorang aku di musim peperiksaan:
  • Tempat pertapaan = perpustakaan IMC
  • Tabiatku yang tidak dapat dielakkan = tidur awal walaupun belum habis ulangkaji
Jadual peperiksaan semester akhir, Kulliyyah Farmasi, Tahun 4 (2009):
  • 3/4/2009 (9 am) - Clinical Pharmacy III
  • 6/4/2009 (9 am) - Objective Structured Clinical Examination (OSCE)
  • 7/4/2009 (9 am) - Administration & Management in Pharmacy
  • 8/4/2009 (2.30 pm) - Pharmacotherapeutics II
  • 9/4/2009 (9 am) - Ethics & Law Pertaining to Pharmacy
  • 10/4/2009 (3 pm) - Multiple-Choice Question (MCQ)
  • 14/4/2009 (9 am) - Research Methodology & Biostatistics
  • 15/4/2009 (9 am) - Pharmaceutical Care
Allahumma rabbi yassir wa la tu'assir, ya Kareem!

Sunday, March 29, 2009

Tagged by Soalhati

Aiyyayy...Soalhati tagged me! Sebenarnya sudah beberapa orang yang tag aku tapi aku tak pernah respon, mohon ampun & maaf ya. Jadi, inilah serba sedikit 16 perkara tentang diriku.

  1. Aku anak sulong daripada 10 & antara "super seniors" di UIAM Kuantan. Huhu, dah tak boleh lari dah daripada gelaran ni.. (and the same will happen to him who's gonna be my life-partner..kikiki)
  2. Di rumah & di kampung, dikenali sebagai Kak Long. Kawan-kawan rapat sejak dari sekolah rendah memanggilku Asiyah.
  3. Kak Nik Aminah, naqibahku sewaktu aku di tingkatan 4 adalah orang yang mula-mula memanggilku sebagai AC. This nick name is used until now.
  4. Graf CGPA ku adalah kembar tak seiras "linear-pharmacokinetic graph". Semakin melangkah ke tahun akhir, semakin menurun gayanya. Sepatutnya, makin menaik. Aduhai, adik-adik jangan tiru graf ni ya! Bagi seiras betul-betul tau..
  5. Perkara yang akan mengurangkan tekanan bagiku ialah aktiviti fizikal termasuklah mengemas bilik& rumah sambil dengar bacaan Quran atau nasyid. Very soothing!
  6. Arwah atukku pernah menggelarkan aku & adik-adik sebagai "burung" sebab suka sangat makan buah & sayur. We can sense that something is missing if these two do not appear in the meals. Tapi kalau dah tak ada juga depan mata, tidaklah sampai meraung-raung minta dibelikan.
  7. Aku jenis yang cepat memahami sesuatu. Alhamdulillah, Haza min fadhli rabbi!
  8. My anger treshold is a little bit low but the climax point is a little bit high. Maksudnya, senang sahaja untuk merasa geram atau marah tapi masih boleh didiamkan. It's hard to explode.
  9. Lebih senang untuk berdiam diri jika merasa marah kerana dibimbangi tahap kemarahanku akan melonjak ke puncak apabila terus berkata-kata. Kesimpulannya, tidak semestinya diamku itu menandakan aku merestui segalanya. Huh, am I that complicated?
  10. Nevertheless, I can cool down from my anger rapidly and I think that is nice.
  11. Mempunyai sahabat-sahabat pena dari dalam & luar negara sejak dari tingkatan 2. Sharing coins & photographs is the best thing to do.
  12. Mempunyai impian untuk memiliki sebuah PDA yang canggih (senang untuk cari drug information sewaktu kerja nanti).
  13. Suka belajar pelbagai bahasa. Pernah juga belajar bahasa Mandarin, French & Germany, tapi separuh jalan sahaja. Oleh kerana, ilmu yang ada tak di amalkan, ilmu itu lesap daripada dada dengan senangnya. Astaghfirullahal'azim!
  14. Sangat-sangat mengkagumi semangat arwah abah dalam harakah Islamiyyah. Beliaulah yang memperkenalkan buku haraki & usrah kepadaku secara tak langsung. Aku paling gembira kalau abah jadi tuan rumah untuk usrahnya sebab pada masa itu rumah kami seolah-olah ada kenduri. Ramai kawan-kawan abah akan datang & ummi akan masak banyak-banyak.
  15. Aku berhasrat untuk mendalami tafsir Al-Quran supaya setiap kata & tindakanku ada dalilnya.
  16. Perancangan selepas bergraduasi:
  • membina baitul Muslim
  • menolong ummi menyara keluarga
  • meneruskan gerak kerja dalam gerakan Islam
  • bekerja dengan kerajaan sekurang-kurangnya 10 tahun
  • membuka farmasi sendiri untuk kepentingan jangka masa panjang
Sahabat-sahabat, tolong doakan ya semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Ameen ya rabb!

If you fail to plan, you plan to fail.

Manusia hanya bisa merancang. Namun harus diingat, perancangan Allah itu mengatasi perancangan makhluk-makhlukNya. Semoga perancangan kita selari dengan perancangan Allah.

Thursday, March 26, 2009

Feeling Misery & Happy

Should you have any answer or opinion regarding the situations below, please kindly respond. Thank you.
  1. Currently, checking for emails is somewhat problematic when I use Celcom broadband. I have to try many times to navigate from 1 page to another and more often than not, I end up in frustration. This does not occur when I use wireless connection.
  2. I can't sign in for my YM account when I use the broadband. Again, this does not happen if I use wireless connection.
  3. The connection speed using this broadband is too slow. This badly irritates me especially when I need to search for some information urgently. I've referred this to one of the promoters outside the Celcom center in Kuantan but his answer did not satisfy me.
Is there anyone here who experiences the same?

Regardless of the problems above, I am happy today & really thankful to Allah. Alhamdulillah, I passed all the papers in the previous mid-sem exam. Though my average marks are lower than those of my two room-mates', I am still happy that now I've got my "booster dose" to struggle for OSCE & final exam.

For those who have failed one or more subjects, I know what you guys feel at this moment because I've experienced the same..sadness, hopelessness, inferiority complex bla bla bla. Having these feelings is not wrong because we are normal human beings. However, we have to manage them properly. Don't get yourself drawn in these feelings for days and finally you do nothing for the final exam. Remember, you can't stop the countdown. Hey, failure in mid-sem exam is not the end of the world!

I've failed mid-sem but Allah had helped me to compensate in final exam for that two papers. Though I didn't get A, He gave me chance to have B-. I believe that you guys can do better than me. Come on, get up from your misery! Study, study, study!

"Do people think that they will be left alone because they say: 'We believe' and will not be tested?"
[Surah al-Ankabut: 2]
"..and never give up hope of Allah's Mercy. Certainly, no one despairs of Allah's Mercy, except the people who disbelieve"
[Surah Yusuf: 87]
"And when My slaves ask you (O Muhammad s.a.w.) concerning Me, then (answer them), I am indeed near (to them by My Knowledge). I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me(without any mediator or intercessor). So let them obey Me & believe in Me, so that they may be led aright"
[Surah al-Baqarah: 186]

Allah is always listening to you. Rise everytime you fail! That is considered as success.

Look, if you have some time, go get your lecturers who teach you the subject that you have failed. Ask them, which part you got the lowest mark and inquire for their opinion about the ways that you should take to improve. May be you have done very good in essays but too bad in MCQ. Who knows, may be you are one of the minus-marking-victims! That was what happened to me. Use this consultation hour to ask anything that you do not understand in the subject. If you are lucky, the lecturers will give some exam tips during the consultation hour.

Wishing you all the best!

O Allah, help us in making correct decision..
O Allah, shower us your blessing & assistance..
O Allah, grant us the success in this world & hereafter..

Ameen ya rabb..