Alhamdulillahi 'ala kulli haal! Peperiksaan sudah tamat. Aku sudah merdeka! Aku serahkan segala-galanya kepada Dia..moga-moga Dia mengurniakan yang terbaik untukku & sahabat-sahabat. Ameen ya Rabb!
Nak buat apa ya? Ini senarai semak perkara-perkara yang perlu dibereskan sebelum keluar dari UIA Kuantan..heee, tak sabarnya nak balik!
Nak buat apa ya? Ini senarai semak perkara-perkara yang perlu dibereskan sebelum keluar dari UIA Kuantan..heee, tak sabarnya nak balik!
- Siapkan domiciliary sevice report. Tarikh akhir untuk hantar kepada Mdm Halimah: 18 April 2009.
- Kemaskan segala jenis barang yang ada di dalam bilik untuk diangkut balik. Alamak, muat tak nak masukkan ke dalam Kancil aku ni? Macam tak.
- Ambil gambar panorama UIA Kuantan terutamanya bangunan baru Kulliyyah of Pharmacy.
- Keluar makan-makan untuk kali terakhir dengan anak-anak usrah Dentistry. Sedihnya..
- Cari hadiah hari lahir untuk adik bongsuku.
- Jemput-menjemput mereka yang berkenaan untuk ke "big event"
- Bayar saman & bayar segala jenis hutang kalau ada. Bercakap bab saman memang mendukakan hati.
- Gembira kerana telah pun selesai menduduki peperiksaan akhir dan akan keluar dari UIA tak lama lagi.
- Sedih kerana akan berpisah dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Aku sangat sayangkan ukhuwwah Islamiyyah ini! Jangan lupa ya, sebut namaku dalam doa kalian. Aku juga akan sentiasa mendoakan keberkatan hidup kalian, insya Allah.
- Risau kerana terasa diri ini belum bersedia untuk menjadi seorang ahli farmasi. Pengetahuan klinikal yang sangat cetek, peribadi yang masih belum mencapai standard seorang muslimah sejati. Ya Allah, kuatkanlah aku!
3 comments:
kak...sedihnyer...huhuuhuhuhuhuhuhuh
kak ac akan sentiasa di ingatan...
Cepat betul masa berlalu, k.ac da nak tinggalkan taman ilmu & budi.. Xpe.. kitorang kat sini doakan agar k.ac dapat menyinar lebih terang.. Sebagai ahli farmasi, sbg anak, kakak, bakal zaujah (^^,), dan plg penting sbg da'ie.. Ramai mad'u menunggu di luar sana..;)
Post a Comment