Factors required to build professional competency. Hmm, apa kaitannya dengan Management of Research Project? Aku keliru. Aku bingkas bangun dari meja perpustakaan menuju ke arah sebuah PC yang berhampiran untuk meng'Google' istilah-istilah yang tidak kufahami ini. Sedang asyik melayari Internet, aku mendengar bunyi gegaran dari telefon bimbitku yang berada di atas meja. Ada SMS masuk. Aku biarkan seketika.
Begitu banyak maklumat yang aku perolehi dalam pencarianku di hutan yang bernama Google ini tetapi tidak ada satu pun yang betul-betul menolong aku untuk membuat perkaitan antara isu-isu yang ditimbulkan. Ya Allah, kenapalah susah sangat untuk aku memahaminya? Aku meninggalkan PC dengan hampa dan terus mencapai telefon bimbitku untuk membaca SMS yang baru diterima.
"Akak, kete akak kena saman" - Nadia, 3.46 pm, 13 April 2009.
Suhu dingin beku yang kurasakan sepanjang berada di perpustakaan ini sejak dari pagi tiba-tiba naik dengan mendadak.. PANAS! Amarahku menggelegak. Tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan keadaanku ini melainkan "Sakitnya hati!". 'Mood' untuk mengulangkaji terus terpadam secara automatik dan aku terduduk kaku di bangku perpustakaan ini.
"Ye ke? Kete kte parkg kat mn ek? Ade junior pnjm kelmarin", aku membalas SMS tersebut dengan hati yang sebal.
"Laa..yeke. Kat tepi jalan, yg leh nmpk dr bilik Wan..dia dah xletak ketas merah. Arini saman", balas Nadia.
"Huhu..thnx 4 da info nway :-/", aku mengucapkan terima kasih kepada Nadia.
Sudah dua hari aku tidak menggunakan keretaku. Semalam aku tidak ke mana-mana, hanya mengulangkaji di bilik. Sebelum aku melangkah keluar dari bilik untuk menuju ke perpustakaan pada pagi ini, ada juga terdetik di hatiku untuk menjenguk di manakah agaknya junior itu memakirkan keretaku. Namun, bisikan naluri itu kuabaikan dek kerana percaya bahawa kenderaan itu ditempatkan di tempat yang sepatutnya kerana menurut seorang lagi junior yang memulangkan kunci, keretaku diletakkan di tepi blok M3. Tepi, bukan belakang. Maknanya, keretaku di petak parkir yang betul. Lantas, aku berjalan kaki dari mahallah ke perpustakaan. Tak berbaloi bawa kereta ke KOM, bukannya ada tempat untuk kita parkir pun. Semuanya khas untuk STAF.
Aku memandang Diane yang berada di hadapanku dengan pandangan yang kosong serta nafas yang tertahan. Arrggh..aku sudah tidak tahan dengan birokrasi di UIA! Kenapakah ia berlaku di hari-hari terakhirku di sini? Kenapa di saat aku akan menduduki peperiksaan akhir untuk dua subjek sahaja lagi? Terasa ingin aku keluar dari UIA sekarang juga! Aku sudah tidak betah!
"Diane, kite nak balik biliklah. Dah takde mood dah nak study", aku mengucapkan salam permisi.
Sekarang, pengawal keselamatan semakin ramai di UIA Kuantan. Seiring dengan peningkatan bilangan itu, kes kecurian di mahallah juga semakin bertambah. Syabas, wahai sekalian "pak guard"! Tidak ada satu kes pun yang berjaya diselesaikan, samada kes baru atau kes lama yang bertimbun-timbun termasuklah kes yang menimpa aku dan teman-teman sebilik sewaktu kami di tahun 2. Bahkan, kecurian makin berleluasa. Dunia kampus kini sudah tidak aman!
Agaknya, kerana teramat sibuk menghalang mahasiswa daripada meletakkan kenderaan mereka di tempat parkir sekitar KOM pada siang hari, pengawal-pengawal ini terlalu letih untuk sentri di malam hari. Mungkin, kerana sepanjang waktu pejabat mereka terlalu tekun mengepilkan kertas amaran berwarna merah serta kertas saman pada "wiper" kereta-kereta yang diparkir di tepi jalan belakang mahallah mahasiswi dek kerana tempat parkir yang sedia ada tidak mencukupi, tugas mereka di malam hari terabai. Amaran buat mahasiswi, jangan bersenang-lenang di malam hari kerana keselamatan anda kini sudah tidak terjamin!
Hampir dalam segenap segi STAF lebih diutamakan. Petang-petang, ada Staffs' Games. Kereta mereka yang besar-besar itu diparkir di tepi gelanggang berhampiran mahallah mahasiswi sehingga melingkungi selekoh menyebabkan kenderaan-kenderaan mahasiswi yang keluar masuk seringkali hampir bertembung. Mereka menghalang lalulintas tetapi mengapakah tidak disaman? Kerana mereka itu STAF.
Ada mahasiswa meletakkan kereta di tepi jalan, tetapi tidak menghalang lalulintas. Mengapakah mereka disaman? Kerana mereka mahasiswa, bukan STAF.
STAF bebas menggunakan gelanggang sukan dan padang mahallah pada bila-bila masa kerana mereka adalah STAF. Kita "terpaksa mengalah" kerana kita bukan STAF, kita mahasiswa cuma.
Mahasiswa membayar pelbagai jenis YURAN. STAF menggunakan segala jenis kemudahan.. percuma!
Mahasiswa terpaksa merayu untuk memohon bajet bagi mengadakan aktiviti-aktiviti. STAF membelanjakan duit kita dengan bebasnya di sana sini..percuma!
Sakitnya hati!

10 comments:
k AC..
btul tu.btul..
klu diOrg nk saman pOn..agak2 la.skg ni UIA bukan byk parking pOn..
fizah pOn kne gak skg nie..
huhhh..xpatut..
1- Asyik menyaman je kejenye, walhal parking space yg cukup diorang x provide & klu ade pn sgt2lah x relevan.. Huhu, terdesak nk duit sgt ke?
2- Byrn saman xrelevan, RM50 sblm buat rayuan. Saman MPK pun brganda2 lg murah laa.. Huhu, x standard lngsung!
3- SRC, tlg la buat something! This is an evergreen issue..
kitorg pon geram bangat...baru je jumpa diorg minta diorg hold dulu aktiviti saman menyaman ni...sbb tempat xde, diorg kene la faham...kuantiti kenderaan plak makin bertambah...huhu...after this exam, kami akan jumpa diorg balik..hu
ntahlah kak..kalu kak yg dapat JPA pun merungut macam ni.. macamna lah nasib shbt2 yg amik ptptn ..tak kira yg xdapat apa2 pinjaman@ biasiswa lagi tuh..
SALAM..
bukan nak cakap ape la..
tapi..admin uia kuantan memang sgt bermasalah pada sy..
akalu lah..kita utarakan isu -isu ni...ade je jawapannya..haihh..
memang sengal giler...
even saya tak bawa keta, tapi sian gak tgk member2 yg asik dok kena saman je..
tapi senang citer la...
my personal opinion..lau segala duit yg STAF guna tu adalah sebahagian dr duit saya..saya tak suka...ermm..<< faham-faham la ayat2 ni..
huhu..
student uia kuantan ni baik2 sangat ke sampai kan macam selalu di tindas aje..??
saya pun kena saman jgk psl keta ni.sbb dia pilih kasih.org lain tak kena saman,parking sebelah je.hu....xtau nk buat apa lagi.tp mmg salah kita pun.
sebelum tu, tahniah! heehe
saya paham perasaan akak, saya turut menyaksikan kegiatan pak guard2 yg sibuk meletakkan saman n kertas amaran kat keta student. tak logik tindakan tu sebenarnya..
betul akak,
diorang saman kreta yang kat park tepi jalan tapi masa depa saman tu ade tak depa tgk betapa sesaknya kawasan parking cf
heh
as banyak kali kna saman yang tak relevan. Bila buat surat segala terang2 depa salah sebab depa waive kan saman tuh. dan as tak pernah pay for sumting yang as tak salah.
but..must be a solution for the issue,
penat da as type surat berjela dari pihak pelajar bg kat src untuk bentangkan secara black and white..
but as tatau ah ape follow up die dr admin
Sr..jgn banyak mengeluh..apa guna ada bas shuttle dlm uia kalau xnak dgunakan. Bg sya mahasiswa dan siswi manja , maaf kalau saya kata ada sesetengah siswa & siswi ni kurang hajar dgn staff..staff jga mengalami masalah parking.
Post a Comment