Saturday, September 05, 2009

Busyra! Busyra!

Busyra bermaksud kegembiraan.
Ada 2 kegembiraan yang baru sahaja menjengah ke dalam hidupku, alhamdulillahi rabbil 'aalamiin..syukur tak terhingga!

  1. Rayuan suamiku untuk ditempatkan di Kelantan berjaya. Alhamdulillah, diterima bekerja di Jabatan Farmasi HUSM, Kubang Kerian & akan melapor diri untuk bertugas dalam masa yang terdekat..sekarang tengah tunggu surat tawaran sampai. Terima kasih tak terhingga atas doa kalian! Sekurang-kurangnya kami tak perlu tinggal berjauhan untuk tahun pertama ini.
  2. Seorang cahaya mata pengikat kasih bakal mewarnai hidup kami. Berdasarkan keputusan urine pregnancy test & imbasan ultrasound, aku disahkan hamil 7 minggu. Kelahiran dijangka pada bulan April 2010. Alhamdulillah! Semoga zuriat ini bakal menjadi salah seorang ansorullah..ameen.
Bermula pada esok hari, aku akan ditempatkan di Therapeutic Drug Monitoring (TDM) Unit selama 4 minggu. Selamat tinggal CDR! Aku juga bakal bekerja shift petang pada hari Jumaat ini dari jam 4 petang hingga 12 malam (Oh, no weekend for me!) Ini satu cabaran dan pengalaman yang baru bagiku. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan..ameen.

7 comments:

'atiqah said...

tahniah =)
..maka bertambahla rezeki, insyaALLAH =)

Khaulah Azwar said...

Slm'alaik kakak yg dirindui & dihormati..
Alhamdulillah wa mabruk ats berita gembira ni =)
Bestnya nk dpt anak sedara, hehe..
I'Allah moga2 anak akak & Abg Azreen adlh penyambung perjuangan umi & abinya..
Slmt bekerja kak, doakan km di cni..
Tahniah3x!! ;)

dayah said...

alfun mabruk kak!! bertambah lagi anak sedara saya.. hehe.. jaga pemakanan ye.. doakan saya jugak.. kim salam azreen..

hajarzainal said...

salam kak ac dan abg azreen
tahniah atas kedatangan cahaya mata
marilah rumah saya nanti
suruh abg azreen bawak
mari deh.
hehe

doakan kami di sini
baru abeh mid term..
=)

khalati69 said...

Salam Ziarah, seronok dapat berkongsi pengalaman dengan farmasi, semoga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah dalam apa jua lapangan@kerjaya. Yang paling penting niatkan segala penat lelah kita sepanjang bekerja di siang hari kerana Allah Taala, termasuklah melakukan sebanyak mungkin kebaikan untuk orang lain yang memerlukan ilmu pengetahuan kita.

esfarizam said...

tahniah kak ac...kauthar dapat kawan nnti..jg diri..ad morning sickness tak?

ANIEMZ said...

salam kak..

waaa.. tahniah.. jeles2x..