Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jua menggagahkan diri utk mencuci sawang-sawang yang berada dalam ruangan maya ini. Satu pencapaian bagiku di saat diri diulit bunga-bunga kebahagiaan setelah bergelar seorang isteri. Alhamdulillah 'ala kulli haal, majlis akad nikah selamat dilangsungkan di rumahku selepas Isyak, dihadiri sanak-saudara serta sahabat handai.
Hmm, sekarang ada dua blog. Jadi, kenalah kemaskini kedua-duanya kan? Huhu.. Sebenarnya aku tengah menantikan gambar-gambar daripada "official photographer" kami. Cuba teka siapa? En. Amin Mansor kitalah. Baiklah, atas permintaan ramai, insya Allah aku cuba usahakan untuk muat naik di sini beberapa keping gambar yg telah ditangkap oleh adik-adikku & adik-adik iparku semasa majlis akad nikah kami pada 15 Mei lepas. Gambar-gambar yang Amin tangkap, aku akan letak di blog aku & suami tercinta, insya Allah.
Di kesempatan ini, aku mengucapkan..TERIMA KASIH..kepada sahabat-sahabat yang bertandang ke rumah tempoh hari. Kehadiran kalian amat bermakna!
- Rafidah Supar: pertama kali menjejakkan kaki di Kelantan, bersusah payah datang dari Kuantan dengan bas seorang diri. Thanks a lot for your help! May Allah bless you all the way..ameen. Jangan serik untuk datang lagi ye. Maaf sebab tak sempat bawa Fida jalan-jalan. Huhu..
- Nurul 'Ain Kamaluddin & the gang (Wani, Zatil, Erni): sahabat-sahabat dari UIAM Gombak yang begitu bersemangat dalam mengharungi perjalanan yang begitu jauh. Aku sangat-sangat menghargai kedatangan kamu semua!
- IIUM future pharmacists (Mai, Duwe, Buzak, Wadi & Amin the photographer): sambil-sambil tenangkan pengantin, sambil-sambil ambil feel ya..terima kasih kerana sudi datang!
Istimewa buat suami tersayang: Terima kasih kerana menerima diriku seadaNya. Moga pelayaran hidup kita sentiasa diredhaiNya, di dunia & akhirat.. ameen!
6 comments:
Barakallahu Lak, Wa'alaik Wa Jama'a Bainakuma Fil Khair.
mabruk adikku....nanti dah ,masuk lain2 gambar kakmie curi gmbr ya....cepat sikit upload tak sabau dah ni.
wah...ni gaya org dpt award bg ucapan :)
akak, as gembira bg pihak akak =)
wuhuu
salam kak AC..tahniah atas perkahwinan kak AC n akh Azreen..smoga berbahagia hingga akhir hayat dan syurga..ameen..happy for both of you :)
Assalamualaikum kak asiyah..mabruk,semoga dikekalkan cinta selamanya (nana ukm kl-we meet at apprentice)
Assalamu'alaykum
kak AC, apa khabar?
sungguh lama terlost contact dgn ex-naqibah ku ini. dan dah lama juga tak 'melompat' ke blog akak.
Hanya dgr khabar akk daripada adik saya aje.
Mabruk atas pernikahan akk.
BarakaLLahu lakuma, wa jama'a baynakuma fi khayr.
Post a Comment