Monday, February 02, 2009

Erdogan..ubat buat umat Islam di saat ini

Aku mengimpikan seorang perdana menteri seperti Erdogan, teguh berprinsip mempertahankan Islam! Lantaklah Israel mahupun Amerika nak kata apa pun, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Itu yang berlaku di pentas dunia antarabangsa sekarang. Umum dapat melihat siapa yang kecil beraninya, siapa pula yang bijak lagi perkasa.

Aku di sini pula diuji dengan bermacam symptoms sejak semalam. Sakit kepala, kekadang pening melanda, sengal-sengal di seluruh badan, sekejap rasa panas, sekejap rasa sejuk atau orang meingistilahkan situasi ini sebagai seram sejuk. Batuk-batuk kecil pula semakin kerap menyerang dan kesan tonsillitis mula terasa tatkala menelan air liur pun sudah terasa perit sekali dan selera makan hilang sedikit demi sedikit. Ah, ini tanda-tanda demam! Homeostasis badanku sedang diancam!



Setakat ini, tablet paracetamol @ panadol 500 mg menjadi sasaranku. Harapnya, dengan izin Allah, segalanya akan kembali normal dalam masa yang terdekat kerana…kerana aku tak habis buat revision lagi, maa. Huhu, Isnin depan peperiksaan pertengahan semester akan bermula. This would be my last mid-semester exam as an under-graduate student. Pun begitu, aku berdoa agar sakit ini bisa menggugurkan dosa-dosaku dan menjadikan aku lebih dekat kepadaNya. Ameen!


Mengisi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah, mengisi Borang Maklumat Diri (BMD) untuk dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun sudah. Baki lagi, menghadiri temuduga SPA pada 24-26 Februari ini dan menempuhi peperiksaan akhir pada bulan April yang bakal menjelang. Ke tanah manakah bakal tercampaknya aku pada bulan Jun nanti? Ke ‘Tanah serendah sekebun bunga’kah? Atau ke tanah tinggi di bumi nan asing? Nantikan…dan jangan lupa doakan yang terbaik!


P/S: Belum terlewat rasanya utk aku mengucapkan “Alfun mabruuk! Jutaan tahniah buat sahabat-sahabat yang telah terpilih sebagai anggota perwakilan mahasiswa di UIAM Kuantan & UIAM Gombak khasnya, dan seluruh IPT di Malaysia amnya. Semoga kalian dapat menerajui kepimpinan Islam di kampus masing-masing!.” Masa depan yang cerah hanya untuk Islam. Subhaanallah wal hamdulillaahi wallaahu akbar
!

No comments: