Tahun 1430 H membuka tirainya dengan pelbagai peristiwa besar yang menuntut tahap keikhlasan dan semangat juang yang tinggi daripada muslimin muslimat sedunia demi menjulang syariat Allah di muka bumi ini.
1- Saudara-saudara seaqidah kita di Gaza, Palestin diserang lagi! (sila click aljazeera dan IHT di link yang disediakan di sebelah kanan blog untuk mengikuti berita lanjut di aljazeera & International Herald Tribune). Mari kita sama-sama berdoa, bermunajat dan menunaikan solat hajat memohon pertolongan daripada Allah supaya DIA memenangkan angkatan Islam ke atas kuffar laknatullah.
2- Hukum hudud yang disyariatkan oleh Allah diperlekehkan oleh orang-orang Islam sendiri! Ketentuan Allah dipermain-mainkan. Permainan jenis apakah ini? Adakah kita rela hukum hudud dijadikan polemic politik pihak kerajaan demi mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu? Ayuh, kita bekerja ke arah mendaulatkan syariat Allah! Bekerja ikhlas keranaNYA.
Selamat berhijrah! Hijrahlah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya kau tidak akan rugi buat selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment