Tuesday, December 23, 2008

Boleh diharap ke ni?

Alhamdulillah, pada tanggal 21 Disember 2008 yang lalu, Allah kurniakan lagi kesempatan untuk kaki ini melangkah ke bumi Kuantan setelah berminggu-minggu bersenang-lenang di rumah. Sebaik sahaja mata terlihat kelibat gerbang utama UIA, Allah sajalah yang tahu bagaimana bercampur-baurnya perasaan ini. Takut, gembira dan sedih..semuanya menjadi sebati. 4 bulan yang bakal menjelang nantilah yang akan menyaksikan setakat mana daya mujahadahku sebagai seorang undergraduate-student. Uhhuu..memikirkan keputusan peperiksaan yang lepas, hatiku menjadi luluh. Impian untuk menaikkan CGPA hancur berkecai. Namun, hati bertukar riang semula apabila mensyukuri nikmat Allah menghendaki diri ini tidak tergolong daripada kalangan mereka yang terpaksa reseat paper. Alhamdulillah ‘ala kulli haal!

Semester baru, azam baru. Itu yang selalu dipraktikkan. Untuk sem terakhir ini, aku berazam untuk menjadi orang yang boleh diharap sebab aku rasa aku masih kurang dalam hal tersebut. Dalam bahasa orang putih, boleh diharap is reliable or accountable. Kenapa, penting sangat ke jadi orang yang boleh diharap ni? Pentingla.. sebabnya aku sangat tak suka orang yang tak boleh diharap. Best ke kalau telinga sendiri tiba-tiba berdesing sewaktu terdengar orang kata kita ni tak boleh diharap? Tak best kan? Boleh diharap ini bagiku sinonim dengan amanah. Secara fitrahnya, kita memang akan suka kepada orang yang boleh diharap dan sebaliknya.


Kalau jadi student, jadilah student yang amanah. Apabila diberi assignment dan report untuk disiapkan, dia akan menyiapkannya dalam tempoh waktu yang ditetapkan oleh lecturer. Bukan setakat itu je. Disebabkan dia ni jenis yang boleh diharap, dia akan buat sehabis baik yang dia mampu tanpa perlu dipaksa atau dimonitor, bukan sekadar copy and paste sana sini atau presentationnya dibuat gitu-gitu je. Sikap boleh harap ini juga menyebabkan dia tidak mengabaikan tanggungjawab sosialnya.

Katakan, jika dia ditaklifkan untuk apa-apa jawatan, MPP ke, exco ke, class rep ke, ketua kumpulan ke, hatta tidak ada jawatan rasmi sekalipun, dia akan menyumbangkan kudratnya di mana sahaja diperlukan, dalam apa jua keadaan. Kalau dia sebagai ahli kumpulan, dia akan menjadi ahli kumpulan yang boleh memberi sumbangsaran, bukan sekadar beraksi sebagai pak angguk, mak turut atau yang paling menggerunkan, dia merupakan orang yang semua orang menyampah kat dia.

(Contoh: Dahla time discussion tak datang, pastu bila orang bagi tugas tak buat betul-betul. Orang lain punya part pulak yang dia komen lebih-lebih. Kalau markah dia sendiri sahaja yang affected takpe, ni markah semua orang pun jadi rendah disebabkan perangai dia seorang. Aduhai, malang sungguh kalau dapat ahli group yang macam ni.. Insaflah weih, tak ada siapa pun yang sukakan tabiat macam tu, tak untung satu sen pun! Hehe, apalah yang aku membebel ni? Bukan membebel, tapi ini ori punya case!)


Student yang boleh diharap ni, letakla kat mana-mana pun, still berjaya mendapatkan kepercayaan orang lain. Hanya orang yang dengki dengannya sahaja yang akan naik geram dan mengutuk-ngutuknya dari belakang. Biarlah..itu mulut dia, dialah yang jaga..jaga daripada disambar api neraka. Nauzubillahi min zalik! Macam bagus kan kalau dapat jadi student yang amanah? Iyalah, sebab dia ni memang boleh diharap!


Alangkah seronoknya jika kita mampu menjadi hamba Allah yang boleh diharap.


Setiap detik diri diabdikan kepada agama dengan rela

Lebih manis apabila setiap hela nafas berbaur redha

Ketika takut dengan ancamanNya, dia merindui janji manis Pencipta


Dipersiapkan diri untuk dijemputNya


Kerana dia cukup yakini


Hidup di dunia hanya sekali


Sedangkan mati itu pasti terjadi


Akhirat itu pasti ditempuhi


Hisab itu pasti dilalui


Syurga atau neraka itulah destinasinya nanti

2 comments:

Amin Mansor said...

mana2 same saja golongan manusia mesti ada yg amanah dan yg x amanah. yg baik dan yg jahat, suka memburuk2kan sesama manusia. minta dijauhkan bende2 tu..

kish ori tu pun penah terkena pada saya.hahaha.mmg xpuas ati ah.tp lame2 dah tolerance.heehe

Firdaus said...

a'ahla macam pernah dengar kes tu