Aiyyayy...Soalhati tagged me! Sebenarnya sudah beberapa orang yang tag aku tapi aku tak pernah respon, mohon ampun & maaf ya. Jadi, inilah serba sedikit 16 perkara tentang diriku.
- Aku anak sulong daripada 10 & antara "super seniors" di UIAM Kuantan. Huhu, dah tak boleh lari dah daripada gelaran ni.. (and the same will happen to him who's gonna be my life-partner..kikiki)
- Di rumah & di kampung, dikenali sebagai Kak Long. Kawan-kawan rapat sejak dari sekolah rendah memanggilku Asiyah.
- Kak Nik Aminah, naqibahku sewaktu aku di tingkatan 4 adalah orang yang mula-mula memanggilku sebagai AC. This nick name is used until now.
- Graf CGPA ku adalah kembar tak seiras "linear-pharmacokinetic graph". Semakin melangkah ke tahun akhir, semakin menurun gayanya. Sepatutnya, makin menaik. Aduhai, adik-adik jangan tiru graf ni ya! Bagi seiras betul-betul tau..
- Perkara yang akan mengurangkan tekanan bagiku ialah aktiviti fizikal termasuklah mengemas bilik& rumah sambil dengar bacaan Quran atau nasyid. Very soothing!
- Arwah atukku pernah menggelarkan aku & adik-adik sebagai "burung" sebab suka sangat makan buah & sayur. We can sense that something is missing if these two do not appear in the meals. Tapi kalau dah tak ada juga depan mata, tidaklah sampai meraung-raung minta dibelikan.
- Aku jenis yang cepat memahami sesuatu. Alhamdulillah, Haza min fadhli rabbi!
- My anger treshold is a little bit low but the climax point is a little bit high. Maksudnya, senang sahaja untuk merasa geram atau marah tapi masih boleh didiamkan. It's hard to explode.
- Lebih senang untuk berdiam diri jika merasa marah kerana dibimbangi tahap kemarahanku akan melonjak ke puncak apabila terus berkata-kata. Kesimpulannya, tidak semestinya diamku itu menandakan aku merestui segalanya. Huh, am I that complicated?
- Nevertheless, I can cool down from my anger rapidly and I think that is nice.
- Mempunyai sahabat-sahabat pena dari dalam & luar negara sejak dari tingkatan 2. Sharing coins & photographs is the best thing to do.
- Mempunyai impian untuk memiliki sebuah PDA yang canggih (senang untuk cari drug information sewaktu kerja nanti).
- Suka belajar pelbagai bahasa. Pernah juga belajar bahasa Mandarin, French & Germany, tapi separuh jalan sahaja. Oleh kerana, ilmu yang ada tak di amalkan, ilmu itu lesap daripada dada dengan senangnya. Astaghfirullahal'azim!
- Sangat-sangat mengkagumi semangat arwah abah dalam harakah Islamiyyah. Beliaulah yang memperkenalkan buku haraki & usrah kepadaku secara tak langsung. Aku paling gembira kalau abah jadi tuan rumah untuk usrahnya sebab pada masa itu rumah kami seolah-olah ada kenduri. Ramai kawan-kawan abah akan datang & ummi akan masak banyak-banyak.
- Aku berhasrat untuk mendalami tafsir Al-Quran supaya setiap kata & tindakanku ada dalilnya.
- Perancangan selepas bergraduasi:
- membina baitul Muslim
- menolong ummi menyara keluarga
- meneruskan gerak kerja dalam gerakan Islam
- bekerja dengan kerajaan sekurang-kurangnya 10 tahun
- membuka farmasi sendiri untuk kepentingan jangka masa panjang
If you fail to plan, you plan to fail.
Manusia hanya bisa merancang. Namun harus diingat, perancangan Allah itu mengatasi perancangan makhluk-makhlukNya. Semoga perancangan kita selari dengan perancangan Allah.
Manusia hanya bisa merancang. Namun harus diingat, perancangan Allah itu mengatasi perancangan makhluk-makhlukNya. Semoga perancangan kita selari dengan perancangan Allah.