Tuesday, October 07, 2008

Diari Syawal 1429H

1 Syawal 1429H:

Selepas solat sunat eid, kami sekeluarga bersama sepupu-sepupu menziarahi pusara abah untuk kesekian kalinya. Ini tahun yang kelima kami beraya tanpa abah. Semoga roh abah ditempatkan bersama para solihin..ameen! Harapan kami agar doa kami ini tergolong dalam doa anak-anak yang soleh, yang boleh menolong ibu bapa mereka di alam barzakh.
Dari tanah perkuburan, kami ke rumah nenek yang terletak tak jauh dari rumah kami, sekampung sebenarnya. Pada hari ini, menziarahi nenek dan saudara-mara sekampung menjadi keutamaan. Seronok betul dapat berkumpul ramai-ramai begini. Tapi, bila duduk berkumpul macam ni, soalan yang biasa diajukan kepadaku selaku cucu sulung sebelah abah ialah… “Long, bila nak kawin?”. Bila ye? Insya Allah, bila sampai waktunya..hehe, bijak tak jawapan tu?
2 Syawal 1429H:

Di sebelah petang, kediaman kami diserbu. Berduyun-duyun saudara mara dan sahabat handai datang beraya..aish, tak menang tangan kami dibuatnya. Tapi tak apa, sekali sekala macam ni memang seronok. Meriah!
3 Syawal 1429H:

Aku, adik-adik & sahabat-sahabat berkesempatan untuk menghadiri Aidilfitri Mahasiswa Kelantan 2008 anjuran Markaz Siswazah Kelantan (MSK) yang bertempat di Balai Islam, Lundang. Alhamdulillah, kali ini berkesempatan untuk menyertai forum yang membariskan panelis YB Hj. Fattah mahmood ( Exco Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO) dan YB Senator Mumtaz Mat Nawi (ahli dewan Negara) serta berpeluang mendengar ucaptama daripada YAB Tuan Guru Menteri Besar.

Berikut adalah antara isi-isi menarik yang dikupas sepanjang ijtimak berlangsung:

- Sekarang orang tengok kualiti kejayaan kita, bukan sekadar melihat kepada kuantiti kejayaan semata-mata (YB Fattah)

- Masalah paling utama yang mahasiswa hadapi apabila keluar dari kampus ialah masalah dalaman, ‘internal problem’ (YB Fattah)

- Jadilah mahasiswa yang diyakini rakyat, mampu menerajui kepimpinan! (YB Fattah)

- Bebaskan diri anda daripada kekangan “anda hanya mahir dalam 1 bidang”. Universiti: 1 dunia berada pada 1 tempat ‘universe’, punyai ilmu-ilmu yang menyeluruh (YB Mumtaz)

- Kita perlu ada minda pelapis, ‘sanad’ tak boleh putus (YB Mumtaz)

- Pelihara hubungan horizontal dan vertical, contohi konsep Isra’ Mi’raj (YB Mumtaz)

- Anak Kelantan perlu jadi peneraju! (YB Mumtaz)

- Budayakan penggunaan tulisan jawi. Melalui tulisan jawi, Islam dikenali di Kemboja (YB Mumtaz)

- Kita beraya bukan untuk pakai pakaian baru, bukan untuk makan ketupat, lemang dan rendang. Tujuan raya: untuk membesarkan Allah (rujuk ayat 185, Surah Al-Baqarah) kerana bersyukur atas hidayah yang dikurniakanNya terutamanya di sepanjang bulan Ramadhan (YAB Tok Guru)

- 3 perkara asas yang di ajar semasa peringkat Makkiyyah: Uluhiyyah (ketuhanan), an-nubuwwah (kenabian) dan al-bi’thah (kebangkitan semula) (YAB Tok Guru)

- Badan kita nak nasi sebagai makanan, jam ‘makan’ bateri untuk hidup, lembu makan rumput untuk hidup, kereta ‘makan’ minyak untuk bergerak. Setiap yang hidup perlukan makanan. Ruh kita juga hidup, tak mati dengan matinya jasad kita. Jadi, ruh kita juga perlukan makanan (YAB Tok Guru)


Petangnya, kami sekeluarga ke Kuala Krai untuk menziarahi bapa saudara sekeluarga. Nasib baik kesesakan lalu lintas tak begitu teruk. Hmm, teruk tak teruk pun, kami sampai di rumah pukul 11 lebih jugak la.

4 Syawal 1429H:

Hari ni jalan-jalan lagi.. pergi rumah sahabat-sahabat dan guru-guru. Malamnya layan cerita-cerita best kat TV.

5 Syawal 1429H:

Huhu, ni yang kurang best ni..dah nak kena balik Kuantan! Bertolak pulang ikut jalan pantai Kandis-Tok Bali-Penarik-Batu Rakit-Kuala Terengganu. Tukar driver sebelum masuk jalan dalam Jerangau-Jabor-Kuantan. Alhamdulillah, Sampai UIA lebih kurang pada jam 5.30 petang. Bila tengok je main entrance UIA, tiba-tiba rasa bahu senget sebelah. Capek!

6 Syawal 1429H:

Punya lah kalut kita bergegas ke kelas, rupa-rupanya, kelas mula pukul 9. Isk isk isk, apa daa..ingatkan pukul 8. Dalam fikiran ni ingatkan dah ada ditampal keputusan peperiksaan pertengahan semester kat softboard luar kelas, tapi sebenarnya belum ditampal. Takut! Entah berapa sen je markah yang dapat aku kutip, huhu. OK, sekarang kita layan internet la sket ye. Sambil-sambil tu cari sources untuk masukkan dalam report. Bila buat list, banyak rupanya report yang masih belum siap: report Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR), Total Parenteral Nutrition (TPN), pharmaceutical syrup preparation, analysis of community pharmacy attachment bla bla bla..
7 Syawal 1429H:

Ready to post this new entry :)

2 comments:

Amin Mansor said...

byknyer buku2 kene belek. dpt bygkn bila 4th yr nanti insyaallah..ish...

drug info yg tebal tuu matindel ke?

Asiyah said...

hmm..drug info tu xsama dgn martindale =)