Pagi ni aku & beberapa orang final year pharmacy students ke Stor Integrasi HTAA untuk tujuan audit. Kami bukan saja-saja nak audit, tapi audit ni dikira sebagai assignment dalam subjek Quality Assurance. Hasil audit nanti akan dibentangkan dalam poster presentation pada hari jumaat ni.
Aku sampai di HTAA pada jam 9 pagi bersama seorang lagi kawan. Pusing punya pusing, tak dapat-dapat juga cari tempat parking. Mula-mula aku berhajat untuk parking dalam kawasan parking Stor Integrasi tapi sebab dah terlepas dan jalan untuk masuk ke situ adalah jalan sehala, aku membatalkan niat.
“Kak AC, tu ada kosong!”, Yam mengunjukkan jarinya ke sebelah kiri bahu jalan.
“Alaa..petak kuning la..tak boleh”, aku mencuka.
“Tak pe kot..dah takde tempat lain dah ni nak parking. Muat je ni”, kawanku itu memberi alasan.
Selesai parking, kami bergegas ke pejabat stor untuk bertemu dengan pharmacist in-charge, Mr. Yap.
Alhamdulillah, rezeki kami pada hari tu. Mr. Yap ni sangat baik. Sebaik mengetahui bahawa kami semua tiada pengalaman dalam melakukan audit, beliau dengan rela hati mengendalikan taklimat berkenaan proses audit yang biasa dilakukan di HTAA. Kebetulan, pada hari ni juga, stor tersebut di audit oleh pihak berkuasa.
Kalau diikutkan prioriti, MY. Yap lebih berhak untuk entertain pihak berkuasa daripada kami para pelajar. Tapi, macam yang aku kata sebelum ni, Mr. Yap ni sangat baik. Beliau keluarkan semua dokumentasi dan rekod untuk ditunjukkan dan diajarkan kepada kami, seterusnya membawa kami ke stor tempat barang-barang disimpan, samada drugs, non-drugs serta dangerous drugs. Proses audit selesai pukul 12 lebih.
“Hmm..risaula, janganlah ade pape jadi kat kereta”, aku meluahkan kerisauan yang berbuku di hati kepada kawanku.
“Alah, takde papenye. Kalau kena saman, kite bahagi dua, saya bayar sekali”, satu janji telah dibuat sebelum aku menuju ke kereta.
Dari jauh, aku melihat ada sebuah topi keledar bersama seketul bata diletakkan di atas bumbung kerataku. Apa pula ni? Dup dap, dup dap, dup dap.. Sejurus aku menurunkan benda-benda tersebut daripada bumbung kereta, aku ternampak sekeping kertas diselitkan di wiper hadapan. Kena saman ke? Huhu..inilah kertas tersebut.
Dengan perasaan bercampur-baur, kami masuk ke dalam kereta dan bersedia untuk pulang ke UIA. Apabila aku start enjin dan masukkan gear, aku perasan bahawa kereta tak dapat bergerak.
“Tolong tengok kot-kot ade pape kat tayar”, aku memberitahu Nad.
“Kak AC, tayar pancit!”
“Hah? Sebelah mana? Depan ke, belakang?”
“Dua-dua, depan dan belakang”
Tanpa berfikir panjang, aku terus menelefon kawan-kawanku yang lain untuk mendapatkan pertolongan. Harap-harapnya mereka masih berada di kawasan hospital. Aku tak reti untuk tukar tayar, pandai bawa kereta je. Mulalah rasa menyesal sebab tak pernah belajar sebelum ni. Kalau tau, bolehlah buat sendiri, tayar spare ada di dalam but kereta. Tapi, satu je la.
Aku call Bazli. Dia tak angkat. Aku call Pis. Nasib baik dia angkat. Aku menceritakan situasi yang sedang aku alami. Pis berjanji akan datang segera ke tempat kejadian. Aku call Bazli lagi sekali. Dia tengah makan rupanya. Dia minta tolong Mondae and the gang datang membantu.
Aku keluar dari kereta untuk melihat keadaan tayar. Huh, totally flat!
Alhamdulillah, tak lama lepas tu ‘rescue rangers’ datang. Syukur sangat-sangat. Nasib baik ada kawan-kawan sekelas yang prihatin. Pis, Yam, Fairuz, Mondae, Raja, Buzak, Pojie dan Mijoe datang menghulurkan bantuan.
“Huh, tak guna punya orang! Kalau setakat letak notes or saman tu boleh la lagi nak terima. Ni, pergi pancitkan tayar kereta orang ape hal?”, salah seorang daripada mereka melampiaskan kemarahan.
“Kite lagi rela kena saman daripada orang rosakkan kenderaan. Kalau saman, boleh bayar”, aku menambah.
Sementara mereka berbincang untuk mencari penyelesaian, seorang staff Radicare datang bertanyakan keadaan sebenar. Yam dan Pis ke bangunan Radicare bersebelahan untuk mendapatkan pam dan spanar, kalau-kalau ada. Mondae menuju ke keretanya untuk mengambil jack dan aku mengeluarkan jack, tayar spare dan peralatan lain dari but keretaku. Yam dan Pis datang bersama berita baik, Alhamdulillah, Radicare ada compressor, boleh cabut tayar dan pergi pam kat situ.
Sementara Raja dan pak cik Radicare mengeluarkan tayar yang pancit, aku terpacak bermuram durja. Pelbagai persoalan menerjah ke fikiran.
Haha, inilah padahnya kalau aku tak ikut gerak hati sendiri. Aku tahu kebanyakan firasatku selama ini benar belaka. Kenapa pada kali ini aku menafikannya? Adakah firasat itu terhalang oleh dosa-dosaku? Astaghfirullahal azim!
Inilah juga padahnya kalau tak ikut peraturan. Setelah sekian lama aku jadi rakyat yang baik (law-abiding citizen), kenapa hari ni aku berubah?
Kenapa ada orang sekejam itu yang cuba merosakkan harta orang lain?
Aku dapat banyak pengajaran. I have to learn basic things about fixing the car break-down, at least how to use the jack and change the tyre. Huhu..
Aku bertuah punyai kawan-kawan yang bersama-sama di waktu aku susah. Aku berterima kasih yang tak terhingga kepada mereka, juga kepada pak cik Radicare. Moga-moga kebaikan mereka yang berhati mulia ini menyebabkan Allah mengampunkan dosa-dosa mereka sekiranya ada. Aku bersyukur kepada Allah kerana menunjuki jalan keluar kepadaku. Alhamdulillah!
“Haa..dik, jangan lupa catat kejadian ni dalam diari. Ingat tarikh hari ni, 13 Oktober 2008”, pak cik Radicare berkata kepadaku dalam nada bergurau.
“Mesti, pak cik! Hari ni dalam sejarah, hari hitam saya”, saya menyambut saranannya.
“Perkara macam ni selalu terjadi kat kawasan ni. Bukan kereta adik je yang kena, kereta-kereta lain yang parking kat sini sebelum-sebelum ni pun mendapat nasib yang sama. Ada satu masa tu, bukan satu kereta yang kena, kereta di depan dan dibelakangnya pun kena jugak”, pak cik menjelaskan kepada kami.
Oo..macam tu ke? So, this is not the first case here though it is the first case in my life. Aku paparkan cerita ni kat sini sebagai pengajaran kepada semua, terutamanya sebagai reminder untuk diri sendiri. Huhu..
5 comments:
salam...mmg tak senonoh la org tu...tu mesti geram sesangat2 ler tu sampai pancitkan tayar..
-azurin-
akak kesiannye... Mmg x ptut.. Kalo nk compare slh akak ngan ape yg die wat.. Die lg TERUK... X bemoral langsung... Huhu akak bkn wat slh besa sgt pon... Mat rempit kot... hehehe kem slm kat hero hahaha Raje ke dlm gambo tuh???
nway, this is life!Ha'a, jiji..Raja la dlm gambo tu :)
kesian baca. ingtkan kene saman psl line kuning tu...ishh.. apa lah org zaman skang
K ac, pembetulan, saya dan fairuz yg pi radicare..bukan Pis. Sorry sangat2 atas apa yg berlaku
Post a Comment