Sepanjang 3 minggu berada dalam dunia industri, banyak perbandingan kasar yang saya dapat lihat. Akan tetapi, harus diingat bahawa perbandingan itu mungkin melambangkan sesuatu secara keseluruhannya ataupun tidak sama sekali. Maksud saya, it MAY be a generalization or it MAY NOT be.
Alkisahnya, selain daripada 4 staffs RA Dept. dan seorang trainee (sayalah tu), department kami juga dihuni oleh seorang staff Bussiness Development Department, seorang Muslim berbangsa Jepun yang sangat saya kagumi. Pada hemat saya, peribadinya harus dicontohi oleh pekerja-pekerja yang lain. Antaranya:
1- Merupakan antara orang yang paling awal masuk ke pejabat dan paling lambat keluar rehat atau pulang ke rumah. Pernah saya bertanya, kenapa masih belum keluar makan tengah hari? Jawabnya, “Oh, there are so many things to do. I don’t know why the responses are too slow. I never experienced this before when I was in Japan"
2- Masuk sahaja ke pejabat, dia akan terus menghadap PC untuk buat kerja. Tak ada masa untuk menjadi pengulas cerita-cerita yang ditayangkan di TV. Tidak ada masa untuk buka katalog barangan kosmetik.
3- Kalau kerjanya ada kaitan dengan orang lain (contohnya: kena follow-up something) dia akan terus jumpa orang tersebut atau menghubungi melalui telefon setiap hari sehinggalah kerja tersebut selesai, bukannya hanya menunggu orang tersebut melaporkan kepadanya ataupun menghubunginya pada hari deadline.
4- Daya tumpuannya terhadap kerja yang dilakukan sangat tinggi. Kalau orang lain, belum pun buat kerja tak sampai 20 minit, dah mula nak buka cerita itu dan ini. Walaupun mendengar apa yang dibualkan, dia tidak banyak menyampuk. Malah, tetap unggul dengan konsentrasinya.
5- Mempunyai tahap inkuiri yang sangat tinggi. Sekiranya dia tidak memahami sesuatu istilah dalam bahasa Melayu atau Inggeris, tanpa berlengah dia akan terus membuka lacinya dan mengeluarkan kamus Jepunnya sebagai bahan rujukan. Paling tidak pun dia akan segera bertanya orang yang lebih arif.
6- Pergerakannya begitu cergas dan pantas walaupun tidak sampai sebulan lagi dia akan melahirkan anak keduanya. Mereka yang berbadan satu pun tidak seaktif itu.
7- Sangat susah untuk mendengar rungutannya tentang sesuatu perkara kecuali jika kita sendiri yang bertanya atau mengoreknya. If not, she’ll remain silent and keep on doing the jobs she is responsible to. Berbeza dengan kebanyakan orang lain, apabila dapat sahaja tugasan baru atau kerja yang belum selesai masih bertimbun, lebih banyak omelannya berbanding kerjanya. Sikit-sikit, cakap "tension", sikit-sikit nak mengeluh, marah-marah. Mana tak "stressed"nya..
8- Sangat menjaga maruahnya sebagai seorang Muslimah. Pernah satu ketika, ada seorang staff bertanya kepadanya tentang perkembangan kerja yang dilakukan. Dia menjawab bahawa foreigner yang dia sedang berurusan itu agak sombong dan layan tak layan je kalau dia mahukan respons. Staff itu lalu mencadangkan supaya membalas balik perbuatan tersebut dengan turut berlagak sombong, bertujuan untuk mengajar orang itu. Tahu apa kata akak Jepun ni? Dia kata: “No, no. I don’t want to put my dignity lower than him. If I act the same, I will be worse than him”. Dengan kata lainnya: it’s better to let it go. Biarlah orang lain buat perkara yang tak baik kepada kita, jangan kita buat perkara yang sama kepadanya. Kalau tidak, apa bezanya kita dengan dia? Dua kali lima, lima kali dua.
Subhanallah! Dia hanyalah seorang muallaf tetapi penghayatannya terhadap ajaran Islam begitu mendalam. Atau, apakah itu merupakan etika kerja yang diamalkan masyarakat Jepun yang menyebabkan mereka berlari jauh lebih maju ke hadapan? Kalau begitulah halnya, masyarakat Melayu yang majoritinya Muslim memang akan terus corot di belakang, hanya disebabkan ATTITUDE yang masih berada di takuk lama!

No comments:
Post a Comment