Sunday, October 18, 2009

Convo 09

Sudah seminggu majlis konvokesyen berlalu. Namun, kepenatan & keriangan yang dikutip sepanjang perjalanan masih lagi terasa. Dek kerana badanku yang agak lemah disebabkan asyik muntah-muntah, aku & suami tidak berpeluang untuk membawa ahli keluarga meronda-ronda di sekitar ibu negara. Kami sekadar membawa mereka berjalan-jalan & membeli belah di pesta Convest 09, makan-makan di restoran di Greenwood & mandi-manda di sungai bersebelahan Chalet Sri Raudhah yang kami sewa selama 3 hari 2 malam. Masa luang yang selebihnya kami gunakan untuk berehat.

Konvo kali ini sangat bermakna buatku..konvo versi seorang isteri & momma-to-be. Aku, suami dan zuriat kami, ketiga-tiganya menaiki pentas yang sama pada hari yang sama di dewan yang sama. Disaksikan oleh suami tercinta, ummi, abah, mek, adik-adik, ipar duai, para pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan, aku dipanggil lagi untuk naik ke pentas buat kali kedua untuk menerima anugerah Best Student (Overall) Kulliyyah of Pharmacy & Best Student (Co-curricular) Kulliyyah of Pharmacy. Kedua-dua anugerah ini sesungguhnya aku dedikasikan untuk mereka!

Haza min fadhli robbi! Jutaan terima kasih kepada semua yang telah membentuk diriku sama ada secara langsung atau tidak. Tanpa kalian, tiadalah seorang insan yang bernama Nur Asiyah Mustapha Kamil seperti yang kalian lihat pada hari ini. These awards are for you! Thank you very much!

P/S:
  • Thank you, Abang, for being by my side during my ups & downs!
  • Thank you, Ummi, for everything that you've done since the first time I see this world!
  • Thank you, Abah (may his soul rest in peace, ameen..) for inspiring me all the time!
  • Thank you, Mek & Abah, for your presence & support!
  • Thank you, Diah, for your help since the beginning until the end of the convo!
  • Thank you, Jah, for being our photographer!
  • Thank you, Daus, for taking care of those little girls!
  • Thank you, Hanin & Izzah, for being good little girls & enhancing the joy of togetherness!
  • Thank you, everybody! Thank you very much!

5 comments:

pencintaIlahi said...

salam k.ac...
ALFUN MABRUK!!!
ape rahsia k.ac ye?...
huhu doakan kami di sini, yang masih jauh perjalanan tetapi dah hampir tersungkur huhu

SoalHati said...

tahniah kaklonmg & abglong :)

smile_starsz said...

waah! ada mention nm aku skali tu..bangga2! haha..doakan aku spya ikut jejak lgkah mu jgk ye :)

Ili Raihana ^_^ said...

slm.. k.ac, tahniah ye... ili tau akak dpt best stdnt... tp tak tahu pula ada lg anugerah yg lebih bernilai masa tu..:) tahniah sekali lagi... hmm. konvo terus suami isteri, dgn anak skali.. masyaAllah..! Smoga Allah berkati akak sekeluarga, dunia akhirat..ameen..

IR: syukur dpt juga ambil gmbr dgn akak masa hari tu..:')

safi said...

Tahniah sebab konvo
Tahniah sebab best student
Tahniah sebab bakal bertiga
Didoakan dalam rahmat Allah sentiasa