Several days to go.. Jom kita pakat-pakat countdown! Jadi, bagaimana dengan persiapan kita semua untuk menyambut bulan umat Islam ini? Dah siap dengan Al-Quran dan tafsirnya di tangan? Dah beli kurma? Dah tanamkan tekad baru? Dah wish muslimin muslimat yang lain? Kalau belum, marilah kita sama-sama bersedia dari sekarang untuk menghidupkan bulan yang mulia ini!
Apabila kita hitungkan balik, agak-agaknya dah berapa kali kita bertemu dengan bulan Ramadhan ni? Dan berapa kali pula kita telah meninggalkannya dengan harapan untuk bertemu kembali? Adakah harapan kita begitu membunga sepertimana harapan seorang pencinta untuk bertemu dengan sang kekasih yang setia? Juga, apakah natijah kepada setiap pertemuan itu? Mungkin ada di antara kita yang perasaannya biasa-biasa saja. Mungkin juga ada yang bertambah-tambah kemungkaran yang dilakukan berbanding sebelum ini.. nauzubillahi min zalik! Ya, Allah, minta dijauhkan! Mungkin juga ada yang rasa lebih bersemangat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan berjuang untuk Islam. Ya, inilah yang kita mahukan!
Sekiranya natijah yang pertama dan kedua yang kita telah perolehi hasil daripada pertemuan-pertemuan yang lepas, untuk kali ini, biarlah natijah ketiga yang bakal kita kecapi. Walaupun Ramadhan yang sama yang akan kita tempuhi, tapi natijahnya perlulah berbeza dan lebih baik dari yang sebelumnya; “Ramadhan..same event, different outcome”.
Ihya’ Ramadhan 1429, UIA Kuantan:
Aktiviti-aktiviti untuk menghidupkan Ramadhan akan dianjurkan hasil kolaborasi: Student Development Secretariat of SRC, Islamic Care Bureau of MRC, Dakwah & Tarbiyyah Bureaus of MSC, IPhA, HEALS, NURSS, DENTSS dan PROFAZ, dan Islamic Affairs Bureau of SCIENCESSS. Sila rujuk poster-poster, banner, flyers dan handbill yang telah dan akan ditampal/digantung. Yuk, kita meriahkan bulan puasa ni dengan kerja-kerja yang berfaedah! Ramadhan Kareem..kullu 'aam wa antum bi khair!
Aslih nafsak wad’u ghairak..