Arrghh, harga petrol naik lagi!!! Kesabaranku sudah di ganggu gugat. Sabar pun sabar jugak, tapi bertindak pun kena jugak. Yang hak perlu ditegakkan, yang batil wajib dihancurkan! Untuk kesekian kalinya, rakyat dah kena tipu hidup-hidup oleh kerajaan yang hanya pandai menabur janji kononnya harga minyak tak kan naik dalam masa beberapa bulan ni. Belum pun sampai 3 bulan, petrol naik RM 0.78, diesel naik RM 1. Ape kejadah? Kalau dibiarkan macam ni, naya kita.
Hari tu dah dicadangkan supaya kita makan ubi kayu menggantikan beras. Sekarang diorang nak cadangkan apa pulak? Petrol diganti dengan air sirap? Air sirap tu boleh dikira mewah jugalah oleh rakyat marhaen yang hidup merempat kerana selama ni mereka menggunakan air parit untuk makan minum.
Malam ni stesen-stesen minyak diserbu mengalahkan serbuan di Jom Heboh. Malam ni, kereta, motor, van, lori dan segala macam jenis tong beratur berderet di hadapan pam memohon simpati si bangla supaya diisi penuh-penuh. Semua risau. Semua bengang. Moga-moga Allah membuka mata para rakyat yang dizalimi ini dengan seluas-luasnya. Sesungguhnya, doa orang yang dizalimi itu akan Allah makbulkan.
1 comment:
minyak naik memang membebankan semua rakyat malaysia. Persoalan sekarang kenapa pm nak sembunyikan fakta sebenar keuntungan petronas dan kemana disalurkan.hUhuh..
Post a Comment