Sunday, June 29, 2008

Selamat Datang Adik-adikku!

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum! Welcome to IIUM Kuantan, the Garden of Knowledge & Virtue! Ya, inilah ucapan keramat buat adik-adik yang baru sahaja melangkahkan kaki ke kampus UIA di Kuantan ini.. Amacam? Ada baik punya tempat? Harapan saya sebagai senior, carilah ilmu dan pengalaman sebanyak yang mungkin tatkala Allah berikan kita peluang untuk berada di bumi Kuantan ini.


Nak tambah ilmu akademik? Rajin-rajinlah datang ke kelas, jangan ponteng-ponteng tau! Nak tambah ilmu agama? Rajin-rajinlah hadir ke kuliyah-kuliyah agama yang persatuan anjurkan, jangan malu-malu untuk bertandang ke surau. Nak kutip pengalaman? Rajin-rajinlah libatkan diri dalam kerja-kerja dakwah kerana jalan dakwah sememangnya amat mencabar, terlalu banyak pengalaman yang bakal dirasai!

Ketiga-tiganya memerlukan satu kata kunci yang sama: RAJIN. Jadi, lepas ni dah tak bolehlah nak bermalas-malasan, asyik nak berada dalam comfort zone je.. Itu bukan jati diri anak muda. Sebabnya, anak muda perlu bergerak (haraki), harus proaktif bukan setakat reaktif, belum cukup jika sekadar aktif apatah lagi pasif.

Nak dijadikan cerita, kemasukan untuk sesi ini tiada Taaruf Week seperti tahun-tahun yang sudah, cuma ada Taaruf Days je dengan mengekalkan nama sebagai Taaruf Programme. Tak tahulah kenapa jadi macam tu. Tak cukup budget kah? Atau, apakah ada motif tersembunyi di sebalik perubahan ini?

2 comments:

Amin Mansor said...

katanya 2 ari je.btl ke k.ac?

Anonymous said...

yup, betul..2 hari je