Monday, September 03, 2007

Kita Sudah 50 Tahun Merdeka

30 Ogos 2007:

2315: Study the Anatomy of Urinary System sambil dengar IKIM.fm. Banyak la pulak puisi-puisi kemerdekaan malam ni, diselang-selikan dengan nasyid-nasyid best. Pastu muncul Hafiz Hamidon on-air. Sambut malam kemerdekaan kat konti katanya. DJ Irwan terima banyak panggilan daripada pendengar yang nak berkongsi pendapat tentang erti kemerdekaan sebenar & sambutan kemerdekaan di tempat masing-masing. Ada juga yang hanya nak sampaikan salam kemerdekaan kepada keluarga dan kenalan. Oitt, dengar radio tu dengar jugak, tp study study jugak.

2355: Bersiap-siap untuk keluar hantar Lisa, Fadilah & Syakila ke Terminal Makmur. Bas diorang pukul 1 pagi tapi kena keluar pukul 12 lagi sebab jalan mesti jam punye la. Huhu, kita punya exam tak habis lagi, so tolong hantar kawan balik je la..diri sendiri tak dapat nak balik kampung. Buat delivery service to & from terminal ni dapat la jugak cari duit poket sket walaupun RM 5 je untuk 1 trip.


31 Ogos 2007:

0001: Bergegas ke tempat parking kereta kat belakang blok B diiringi bunyi mercun dan jeritan “Merdeka!” yang datang dari Mahallat brothers. Tumm, tumm, tumm! Uish, semangat merdeka nampaknye brothers UIA Kuantan ni!

0005: Lalu kat main entrance, bagitau pak gad kita nak keluar hantar kawan ke terminal. “OK, hantar je, jangan tak balik pulak ye”, pesan pak gad yang sporting & mak gad yang cute. Ok, beres!

0010: Waaah, pemandangan yang sangat indah! Akhirnya malam ni dapat juga melihat sendiri secara langsung keindahan langit malam merdeka yang di sulami dengan bunga api yang pelbagai rupa dan bentuk. Cantik dan sungguh mengasyikkan! Ye la, selama ni dok tengok dalam TV je, mana ada can nak tengok live. Ish, focus la..awak tengah drive tu..

0012: Dah sampai kat traffic light berdekatan dengan Stadium Makmur tapi kereta tak boleh nak bergerak dah. Kiri kanan jalan penuh dengan kenderaan & orang ramai yang tengah sibuk menghayati dan mengambil gambar formasi-formasi bunga api yang di lepaskan dari stadium. Besar, kecil, tua, muda, Melayu, Cina, India..semua ada kat situ untuk sama-sama meraikan detik 31 Ogos.

0020: Hanya boleh turunkan diorang kat tepi jalan je, kalau masuk ke kawasan terminal, confirm lambat lagi la boleh keluar. Jalan bertambah sesak dengan motor anak-anak muda & basikal budak-budak sekolah rendah yang bergerak bebas ke sana ke mari. ‘Bebas! Merdeka! Tak perlu hirau apa orang lain nak kata, kita buat cara kita. Kita kibarkan Jalur Gemilang kita tinggi-tinggi. Kita redah je walaupun lampu isyarat merah. Kita potong je kereta-kereta ni. Ni la masanya untuk kita tunjuk skill kita kepada awek-awek kita yang membonceng kita ni. Kita kan bebas malam ni!’.

0035: Di tengah-tengah bandar Kuantan yang dibanjiri ribuan umat manusia yang ingin berpesta ini, tinggallah aku seorang diri menyambut kemerdekaan di dalam kereta Kancilku. Kesibukan dan kemeriahan pada malam ini tidak pernah aku dirasai pada waktu siangnya. Huh, bagi aku tak best pun sebenarnya. Menyakitkan mata dan mentensionkan kepala je ade laa.. Anak-anak Melayu Islam kita dok berkepit je kat kaki-kaki lima, atas motor & di bawah pokok-pokok yang ditanam di tepi jalan, sambil sebelah tangan tak lepas daripada mengibarkan bendera Malaysia dengan begitu bangga dan gahnya. Pakaian budak pompuan tak yah cakap la. Semua nak tayang body masing-masing, semua nak tunjuk the latest fashion yang diorang ada. Kalau bukan sekarang, bila lagi kan? Yang lelaki pulak sibuk menghisap rokok dengan asap berkepul-kepul. Macho? Inilah gaya terbaru anak watan Malaysia dalam menyambut kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan kita 50 tahun dahulu. Inilah caranya jasa murni mereka dibalas. Inilah hasil didikan patriotism & nasionalism yang dicorakkan oleh kepimpinan negara yang sedia ada. Betul-betul dah merdeka ke kita ni? Ya Allah, kurniakan aku kesabaran untuk terus berjuang dalam medan dakwah yang semakin mencabar ini! Ya, perjuangan masih belum selesai kerana mentaliti masyarakat kita masih belum benar-benar terlepas daripada belenggu penjajahan. Budaya kuning, merah, biru, marooon, violet..semua ada sekarang ni,


0050: Masih lagi terperangkap di tengah-tengah kesesakan lalu lintas. Bila agaknya boleh keluar ni? Alhamdulillah, nasib baik ada penyejuk hati, pengubat jiwa. Zikir-zikir munajat tetap beralun di frekuensi 89.6 walaupun di luar sana kemaksiatan terus bermaharajalela. Ayat-ayat suci Al-Quran masih disajikan oleh IKIM.fm untuk santapan rohani bagi mereka yang ingin mencari secebis ketenangan di tengah-tengah kebobrokan masyarakat kota, yang masih mencari apa erti merdeka yang sebenarnya. Satu pengajaran yang aku terima pada malam ini ialah sesungguhnya, merdeka dalam erti kata yang sebenar ialah merdeka dan bebas daripada azab siksaan api neraka. Jadi, pastikan sambutan kemerdekaan kita bertepatan dengan maksud sebenar merdeka. Pastikan kemerdekaan kita benar-benar terisi dengan taqarrub kepada Yang Maha Esa, Penguasa Alam Raya!

0100: Alhamdulillah, dah sampai pun kat depan main entrance UIA. Biasanya kalau pergi balik ke bandar ambil masa lebih kurang 20 minit je tapi malam ni satu jam. Pecah rekod! Tatkala nak masuk ke entrance, keretaku bergerak di belakang dua buah motor brothers. Seronok betul nampaknya mereka. Baru balik dari tengok pertunjukan bunga api ek? Tup tup, sampai je depan pak gad, diorang semua kena tahan sebab balik lepas curfew hour! Nasib baik kita dah inform pak gad masa nak keluar tadi. Valid reason is considered. So, Alhamdulillah boleh terus jalan. Yuk, cepat balik bilik! Tak sabar rasanya nak taip tentang pengalaman malam ni untuk post kat blog. Moga-moga Allah memberi kesedaran, taufik dan hidayahNya kepada pembaca-pembaca sekalian.

No comments: