Tuesday, September 25, 2007

HE IS MY SAVIOUR!

Pharmacokinetic lab report, pharmacognosy lab report, pharmacokinetic seminar, pharmacognosy seminar, pharmacy practice seminar, Students’ Representative Council (SRC) tenure report, archery assignment and the list keeps growing in length! Those things are going to be submitted and presented this week. God, can I make it within several days to go? What should I do? Suddenly, my brain and my heart tell me: Asiyah, by hook or by crook, you have no reason to omit those responsibilities. You must do it. Thus, stop complaining too much!

I was longing for an assistant to help me going through these hitches, at least one who is willing to do the technical things like typing the SRC reports and keying-in the data. Alhamdulillah, Allah answered my pray when He offered me real friends who can bear with me sharing those responsibilities. Thank you, my true friends, for all your patience and perseverance! May Allah shower His Blessing on you in this world and Hereafter. Ameen.

With this aid, I got a new spirit to finish my SRC jobs before stepping down and what makes me happier is starting from next week, I am no longer an SRC exco members and my burden will decrease a little bit. Yet, being in SRC truly gave me a lot of memorable experiences which I might not have experienced if I was not elected to be a so-called “YB”. Thanks to all “YBs” out there and all my supporters for your cooperation! I pray that Allah will consider our services as ‘ibadah.

Thank God, this Ramadhan really teaches me about the concept of life and the relationship of creatures with the Almighty Creator. I know that I cannot survive living alone. I still need other’s help although it happened to come into my mind that I am able to do all the tasks given to me just by myself. That is a characteristic of an egoist which I should avoid.

Only He who created me knows about my real capacity which I myself do not know. He tested me with myriad of obstacles so that I turn my face towards Him, get closer to Him, be dependent (tawakkal) on Him and appeal for His miracle help. The help was sent down through the collective works and interactions with other human beings who share similar Islamic principles and aim for the same goal. And that what makes life more meaningful. Now I appreciate the collective work more than in the previous time. I’ve got a new lesson: human must stay in an organization (jamaah) to survive in the right path!

Saturday, September 22, 2007

POLITIK DAN AGAMA

[Dipetik daripada “Islam & Demokrasi”, Abdul Hadi Awang (2007)]

“Kitab al-Quran membawa cerita benar bahawa rasul-rasul bukan sahaja berdakwah dan berhadapan dengan rakyat biasa, bahkan mereka menghadapi cabaran berdepan dengan kerajaan dan raja-rajanya serta pembesar negeri di zaman masing-masing. Di kalangan para rasul itu, ada yang berjaya dan terus mendirikan kerajaan Islam seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad. Ada juga yang meninggal dunia sebelum menubuhkan kerajaan tetapi perjuangannya disambung oleh nabi yang lain atau sahabat yang setia selepasnya”.

“Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, para sahabat di kalangan Muhajirin dan Ansar bermesyuarat bagi menyambung urusan politik Islam, sehingga sebahagian besarnya tidak hadir semasa mengebumikan jasad Nabi Muhammad. Ini menunjukkan urusan politik yang menegakkan Negara dan mentadbirnya adalah perkara besar dalam ajaran Islam”.

“Politik menjadi sebahagian daripada Islam telah menjadi persetujuan seluruh sarjana Islam (ijmak), para sahabat nabi dan generasi selepasnya (tabi’en) dan imam-iman Mujtahidin. Meskipun ada pendapat yang menafikan adanya politik dalam Islam dikira sesat dan menyeleweng daripada ajaran kitab al-Quran dab sunah Nabi Muhammad”.

“Banyak hukum-hukum yang disyaratkan pelaksanaannya dengan mendirikan kerajaan yang bersifat politik seperti hukum-hukum menyeru kebaikan dan melarang perbuatan jahat, mengawasi urusan kehidupan manusia seperti berniaga, bertani, memiliki tanah, pelaksanaan undang-undang jenayah dan lain-lain. Maka para sarjana Islam menetapkan kaedah yang terkenal iaitu,

‘Apa-apa perkara yang tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya maka ia juga wajib’

“Walaupun perkara urusan politik termasuk dalam perkara cabang syariat tetapi di kalangan sarjana Islam, antaranya Imam Al-Ghazali meletakkannya dalam kitab akidah. Ini kerana semua perkara Islam adalah berkaitan dengan akidah yang menjadi syarat kesempurnaannya. Akidah juga menjadi syarat sah kepada semua amalan termasuk amalan sunat. Oleh itu semua ajaran Islam tidak boleh diingkari ooleh seseorang yang beriman. Ini bukan sahaja perkara berkaitan dengan akidah tetapi termasuk juga perkara syariat dan akhlak. Ini termasuklah juga sama ada yang wajib, sunat dan harus, urusan politik dalam ajaran Islam tidak boleh dikesampingkan”.

Monday, September 10, 2007

Waktu-Waktu Doa Yang Mustajab


(Oleh:Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih)


Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajab tersebut antara lain ialah:-


(1). Sepertiga Akhir Malam


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya".

(Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)


(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa


Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak".

(Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)


(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu


Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab."Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".

(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).


(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk


Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk".

(Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).


(5). Sesaat ketika Hari Jum'at


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut".

(Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.


(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah


Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya".

(Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.


(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah


Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah".

(Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)


(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat


Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan".

(Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.


(9). Ketika Saat Sedang Hujan


Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan".

(Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).


(10). Ketika Saat Ajal Tiba


Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda."Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akanmengikutinya'. Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan".

(Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)


(11). Ketika Malam Lailatul Qadar


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman."Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan.

(Tuhfatud Dzakirin hal. 56)


(12). Doa Ketika Hari Arafah


Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah".

(Sunan At-Tirmidzi, babJamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 nO. 2598)

Monday, September 03, 2007

Kita Sudah 50 Tahun Merdeka

30 Ogos 2007:

2315: Study the Anatomy of Urinary System sambil dengar IKIM.fm. Banyak la pulak puisi-puisi kemerdekaan malam ni, diselang-selikan dengan nasyid-nasyid best. Pastu muncul Hafiz Hamidon on-air. Sambut malam kemerdekaan kat konti katanya. DJ Irwan terima banyak panggilan daripada pendengar yang nak berkongsi pendapat tentang erti kemerdekaan sebenar & sambutan kemerdekaan di tempat masing-masing. Ada juga yang hanya nak sampaikan salam kemerdekaan kepada keluarga dan kenalan. Oitt, dengar radio tu dengar jugak, tp study study jugak.

2355: Bersiap-siap untuk keluar hantar Lisa, Fadilah & Syakila ke Terminal Makmur. Bas diorang pukul 1 pagi tapi kena keluar pukul 12 lagi sebab jalan mesti jam punye la. Huhu, kita punya exam tak habis lagi, so tolong hantar kawan balik je la..diri sendiri tak dapat nak balik kampung. Buat delivery service to & from terminal ni dapat la jugak cari duit poket sket walaupun RM 5 je untuk 1 trip.


31 Ogos 2007:

0001: Bergegas ke tempat parking kereta kat belakang blok B diiringi bunyi mercun dan jeritan “Merdeka!” yang datang dari Mahallat brothers. Tumm, tumm, tumm! Uish, semangat merdeka nampaknye brothers UIA Kuantan ni!

0005: Lalu kat main entrance, bagitau pak gad kita nak keluar hantar kawan ke terminal. “OK, hantar je, jangan tak balik pulak ye”, pesan pak gad yang sporting & mak gad yang cute. Ok, beres!

0010: Waaah, pemandangan yang sangat indah! Akhirnya malam ni dapat juga melihat sendiri secara langsung keindahan langit malam merdeka yang di sulami dengan bunga api yang pelbagai rupa dan bentuk. Cantik dan sungguh mengasyikkan! Ye la, selama ni dok tengok dalam TV je, mana ada can nak tengok live. Ish, focus la..awak tengah drive tu..

0012: Dah sampai kat traffic light berdekatan dengan Stadium Makmur tapi kereta tak boleh nak bergerak dah. Kiri kanan jalan penuh dengan kenderaan & orang ramai yang tengah sibuk menghayati dan mengambil gambar formasi-formasi bunga api yang di lepaskan dari stadium. Besar, kecil, tua, muda, Melayu, Cina, India..semua ada kat situ untuk sama-sama meraikan detik 31 Ogos.

0020: Hanya boleh turunkan diorang kat tepi jalan je, kalau masuk ke kawasan terminal, confirm lambat lagi la boleh keluar. Jalan bertambah sesak dengan motor anak-anak muda & basikal budak-budak sekolah rendah yang bergerak bebas ke sana ke mari. ‘Bebas! Merdeka! Tak perlu hirau apa orang lain nak kata, kita buat cara kita. Kita kibarkan Jalur Gemilang kita tinggi-tinggi. Kita redah je walaupun lampu isyarat merah. Kita potong je kereta-kereta ni. Ni la masanya untuk kita tunjuk skill kita kepada awek-awek kita yang membonceng kita ni. Kita kan bebas malam ni!’.

0035: Di tengah-tengah bandar Kuantan yang dibanjiri ribuan umat manusia yang ingin berpesta ini, tinggallah aku seorang diri menyambut kemerdekaan di dalam kereta Kancilku. Kesibukan dan kemeriahan pada malam ini tidak pernah aku dirasai pada waktu siangnya. Huh, bagi aku tak best pun sebenarnya. Menyakitkan mata dan mentensionkan kepala je ade laa.. Anak-anak Melayu Islam kita dok berkepit je kat kaki-kaki lima, atas motor & di bawah pokok-pokok yang ditanam di tepi jalan, sambil sebelah tangan tak lepas daripada mengibarkan bendera Malaysia dengan begitu bangga dan gahnya. Pakaian budak pompuan tak yah cakap la. Semua nak tayang body masing-masing, semua nak tunjuk the latest fashion yang diorang ada. Kalau bukan sekarang, bila lagi kan? Yang lelaki pulak sibuk menghisap rokok dengan asap berkepul-kepul. Macho? Inilah gaya terbaru anak watan Malaysia dalam menyambut kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan kita 50 tahun dahulu. Inilah caranya jasa murni mereka dibalas. Inilah hasil didikan patriotism & nasionalism yang dicorakkan oleh kepimpinan negara yang sedia ada. Betul-betul dah merdeka ke kita ni? Ya Allah, kurniakan aku kesabaran untuk terus berjuang dalam medan dakwah yang semakin mencabar ini! Ya, perjuangan masih belum selesai kerana mentaliti masyarakat kita masih belum benar-benar terlepas daripada belenggu penjajahan. Budaya kuning, merah, biru, marooon, violet..semua ada sekarang ni,


0050: Masih lagi terperangkap di tengah-tengah kesesakan lalu lintas. Bila agaknya boleh keluar ni? Alhamdulillah, nasib baik ada penyejuk hati, pengubat jiwa. Zikir-zikir munajat tetap beralun di frekuensi 89.6 walaupun di luar sana kemaksiatan terus bermaharajalela. Ayat-ayat suci Al-Quran masih disajikan oleh IKIM.fm untuk santapan rohani bagi mereka yang ingin mencari secebis ketenangan di tengah-tengah kebobrokan masyarakat kota, yang masih mencari apa erti merdeka yang sebenarnya. Satu pengajaran yang aku terima pada malam ini ialah sesungguhnya, merdeka dalam erti kata yang sebenar ialah merdeka dan bebas daripada azab siksaan api neraka. Jadi, pastikan sambutan kemerdekaan kita bertepatan dengan maksud sebenar merdeka. Pastikan kemerdekaan kita benar-benar terisi dengan taqarrub kepada Yang Maha Esa, Penguasa Alam Raya!

0100: Alhamdulillah, dah sampai pun kat depan main entrance UIA. Biasanya kalau pergi balik ke bandar ambil masa lebih kurang 20 minit je tapi malam ni satu jam. Pecah rekod! Tatkala nak masuk ke entrance, keretaku bergerak di belakang dua buah motor brothers. Seronok betul nampaknya mereka. Baru balik dari tengok pertunjukan bunga api ek? Tup tup, sampai je depan pak gad, diorang semua kena tahan sebab balik lepas curfew hour! Nasib baik kita dah inform pak gad masa nak keluar tadi. Valid reason is considered. So, Alhamdulillah boleh terus jalan. Yuk, cepat balik bilik! Tak sabar rasanya nak taip tentang pengalaman malam ni untuk post kat blog. Moga-moga Allah memberi kesedaran, taufik dan hidayahNya kepada pembaca-pembaca sekalian.