Berfikiran positiflah apabila:
- Anda kerja lebih masa, buat lunch break duty (LBD), kerja non-stop & layak untuk ambil time-off, tapi ketua anda tidak membenarkannya hampir setiap kali anda cuba untuk mendapatkannya. Natijahnya, time-off yang dikumpul menjadi bertimbun-timbun! jangan serik untuk cuba memohon ..cuba lagi, lagi dan lagi sehingga anda dapat.
- Anda kelelahan melayan karenah anak-anak, memasak, membuat kerja-kerja rumah yang tak berkesudahan. Sayangnya, apa yang anda buat dipandang sepi oleh orang-orang lain seolah-olah apa yang dilakukan itu tidak langsung membekas di hati mereka. Dengan kata lain, perbuatan anda seperti tidak dihargai. Betulkanlah semula niat anda! Bukankah apa yang anda lakukan itu adalah kerana Allah, untuk meraih keredhaan-Nya? Jangan sekali-kali anda dambakan pujian & penghargaan manusia, takut nanti anda yang kecewa apabila tidak memperolehinya.
- Anda terlalu ingin menghadiahkan sesuatu yang sangat istimewa kepada insan tersayang pada hari istimewa mereka. Hakikatnya, anda tidak punya wang yang cukup untuk dibelanjakan bagi mendapatkan hadiah tersebut. Berlapang-dadalah & berterus-teranglah kepada si dia tentang situasi sebenar anda. Dia pasti dapat menerima keadaan anda seadanya kerana kasih sayangnya yang tidak terperi kepada anda! Teruskanlah azam anda dan cubalah untuk menunaikannya di suatu masa yang lain. Ingatlah, sebaik-baik sedekah (pemberian) ialah sedekah yang diberikan kepada ahli keluarga! Semoga Allah mengganjarimu atas setiap usaha yang kau lakukan.
Berfikiran positiflah dan bertindaklah dengan rasional tatkala diri berhadapan dengan situasi sukar yang meruntun perasaan. Hanya dengan itu, anda akan menjadi lebih tenang dan lebih bertawakkal kepada-Nya. Tidak ada salahnya untuk berasa sedih kerana anda seorang manusia yang normal. Akan tetapi, kawallah kesedihan itu supaya syaitan tidak berjaya menguasaimu! Usah perjudikan dirimu dengan menjadi salah seorang pesakit mental daripada beribu-ribu pesakit mental yang wujud di negara ini kerana anda punya Tuhan yang Maha Mendengar & Mengetahui segala-galanya. Alhamdulillah!
No tension! No stress! Peace...no war!
1 comment:
luahan perasaan....???bersabar =)
Post a Comment