Saturday, May 14, 2011

Alahai Anak Baba..

Sudah lama aku membuat pemerhatian ke atas perkara ini.

Hipotesisku:
fasa tidur nyenyak Nidaaul Awatif akan berubah coraknya apabila suamiku out-station.

Keputusannya:
Bukan sekali dua, malah hampir setiap kali Abang terpaksa bertugas di luar daerah, Awatif tak akan lena tidur dan mula meragam di tengah-tengah malam.

Kebiasaannya, anakku ini menangis di tengah-tengah malam kerana kelaparan dan tangisanyya akan berhenti apabila dia disusukan. Tapi, lain pula jadinya apabila babanya tiada di sisi. Kekerapan menangis bertambah dengan mendadak. Kadang-kadang, Awatif terjaga, mahu bermain dan tidak mahu tidur semula..dan dia mahu mamanya ini bermain bersama-samanya! Jika sahaja mamanya terlelap, pasti akan dibukanya kelopak mata mama menggunakan jari-jari mulusnya. Sebaik sahaja mama membuka mata, dia pasti akan tersenyum puas kerana kini mama pasti akan menemaninya bermain.

Cameron Highland, 3 Mei 2011

Alahai, anak baba!

Ada orang kata, kalau anak tak boleh tidur malam apabila ayahnya tiada, sebenarnya bukanlah anak tu yang nakkan ayahnya, tapi ibunya yang sedang rindukan ayahnya!

Betulkah? Mungkin ada benarnya =)

1 comment:

Anonymous said...

Salam Kak Ac,

meh nak kongsi satu petua. Kalau baba Awatif outstation dan awatif dapat rasa ketiadaan babanya itu, disarankan selimutkan Awatif dengan mana2 baju baba nya..InsyaAllah berkesan..

ada asas nya dalam AL Quran surah Yusuf, tatkala Nabi Yaaqub diberikan gamis Nabi Yusuf dan dapat melihat kembali.. dan petua ni diapplykan oleh datuk saya sewaktu mereka meninggalkan pakcik2 saya yang masih kecil untuk menunaikan haji.Lalu disuruh ayah saya sebagai anak yang paling besar untuk setiap hari selimutkan adik2 yang kecil(baby) dengan pakaian mereka..(dulu pi haji berbulan2 lamanya..) Petua ni berhasil..Alhamdulillah..

adapun kerinduan seorang isteri kepada suaminya , saya tak tahula plak..hehe..