Sunday, April 20, 2008

Masih Ada

Rupa-rupanya, dalam banyak-banyak pharmaceutical company yang wujud di muka bumi ni, masih ada syarikat yg saya kira cukup islamik. Ain Medicare Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik bumiputera yang terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan di mana saya berpeluang untuk menjalani latihan industrial (industrial attachment), bukanlah sebuah profit-based company semata-mata.

Apa tidaknya, syarikat ini telah memberikan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 540 orang rakyat yg kebanyakannya warga Kelantan dan hampir 98% beragama Islam. Itulah pendahuluan yang diberikan oleh Production Executive, En. Hamdan Nazeri. Menarik!

Bukan itu sahaja, syarikat ini juga turut mempunyai saham dalam membangunkan sebuah rumah anak-anak yatim yang terletak dalam daerah yang sama. Saya dan 3 orang rakan yang lain (Maisarah, Rizwan & Hassan) diberitahu bahawa ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjadi warga syarikat ini. Yang menariknya, semua peraturan itu amatlah selari dengan syariat Islam:

1- Staf-staf terutamanya perempuan perlu berpakaian sopan & menutup aurat (kalau tak, kena denda dengan pak guard atau elaun kena potong)

2- Semua staf wajib solat Zuhur & Asar berjemaah apabila masuk waktunya (selalunya para top-management adalah staf yang paling awal berada di surau)

3- Setiap jam 8.15 pagi, staf-staf wajib menghadiri morning parade (perhimpunan pagi) untuk kawad, stretching & bacaan doa pagi

4- Pada waktu-waktu tertentu setiap pagi, nasyid asma ul husna & bacaan Al-Quran akan dialunkan serta dapat didengari oleh semua orang (kat UIA tak ada pun buat macam ni)

5- Seperti budaya Jepun, semua department akan mengadakan mesyuarat harian pada awal pagi setelah selesai morning parade (lepas-lepas ni, selalukanlah buat meeting lepas subuh ye, barulah dapat fresh idea!)

6- Staf yang melanggar peraturan akan dipotong elaunnya

7- Hampir semua staf kenal antara satu sama lain (kalau terjumpa muka yang tak familiar sangat tu, itu mesti orang baru)

8- Kalau makan di kantin, pinggan mangkuk, gelas cawan perlu diletakkan sendiri ke dalam besen yang disediakan setelah selesai makan (kalau nampak pinggan mangkuk ditinggalkan lepas makan, itu mesti kerja orang barulah tu..macam kami ni, huhu tak pasal-pasal kena marah dengan makcik kantin sebab tak ikut peraturan)

9- Dalam production, isipadu produk cecair dibenarkan jika terlebih sedikit daripada sukatan asal, tetapi tidak boleh terkurang walaupun sedikit (no plus minus, just plus..betul-betul yang macam Islam ajar, kan?)

10- Selari dengan polisi kerajaan Kelantan, tarikh pada surat rasmi syarikat hendaklah didahului oleh tarikh Hijriyyah, kemudian barulah disusuli dengan tarikh Miladiyyah. Bekerja hanya 5 hari (kecuali 6 hari bagi sesetengah operator pengeluaran) kerana Jumaat adalah “hari ilmu” & Sabtu adalah “ahli keluarga”

11- Biro Kerohanian dan Biro Rekreasi juga telah ditubuhkan (taklah stress sangat kerja nanti.. stress ni bahaya, sebab boleh melahirkan staf yang tak produktif!)

Alhamdulillah, kami berempat sangat bertuah kerana berpeluang untuk merasai sendiri suasana kerja yang islamik ini yang berteraskan pembangunan modal insan. Saya betul-betul teruja untuk meneruskan hari-hari seterusnya di sini walaupun ada sahabat-sahabat sekerja yang membisikkan bahawa bos baru saya nanti boleh tahan juga tegasnya. Saya diletakkan dalam Regulatory Affairs Department untuk 5 minggu yang berbaki ini. Moga-moga saya mampu memikul bebanan tugas yang akan diberikan nanti. Orang kata, kebanyakan orang takkan dapat bertahan lama dalam bidang industri yang penuh tekanan ini. Elok juga ada training ni. Sekurang-kurangnya dapatlah merasa serba sedikit tekanannya.

No comments: