Monday, December 31, 2007

Nikmat

Raya haji ni seronok betul boleh duduk relax-relax kat rumah. Time ni la nak balun makanan cukup-cukup, tengok tv puas-puas. Tapi tak elok juga untuk kesihatan kalau asyik macam tu. Buku pun kena jeling jugak, at least. Aku nekad, walau macam mana sekalipun, malam ni kena studi jugak, tak banyak pun tak apa sebab lusa dah nak balik Kuantan semula. Kali ini, Pharmaceutical Analysis II jadi pilihan walaupun subjek ini agak susah untuk dikuasai. Sedang aku mencatat beberapa nota, adik bongsuku Izzah menerjah masuk ke dalam bilik. Agaknya dia cuak, apa yang Kak Longnya tengah buat kat dalam bilik tu, senyap semacam je.

“Kak Long, kenapa Kak Long buang pen ni?”, tanya Izzah yang tiba-tiba berada di sisiku sambil mengunjukkan pen Pilot biru yang baru kucampakkan ke dalam bakul sampah sebentar tadi.

“Oh, pen ni.. Dakwatnya dah habis, dah tak boleh guna. Sebab tu Kak Long buang”, ujarku memberi jawapan.

“Hmm..kalau ada pen yang Kak Long dah tak nak guna, Kak Long janganlah buang. Bagi pada Izzah. Izzah nak guna...nak buat main”, bersungguh-sungguh Izzah berpesan kepadaku.

Tangannya terus menggenggam pen tersebut. Sebentar kemudian dia cuba melakarkan sesuatu di atas kertas untuk menguji kesahihan kata-kataku. Setelah terbukti bahawa dakwat pen tersebut sememangnya telah habis, dia tersenyum puas.

“Kak Long, Izzah ambil pen ni ye”, katanya dengan riak wajah yang penuh mengharap, berukirkan senyuman .

Aku mengangguk lantas mengusap kepalanya beberapa kali. Ada riang berbunga di hatinya, keriangan yang membuatkan tumpuanku terhadap nota di hadapan mata terhenti seketika. Ya Allah, betapa aku kurang mengendahkan perasaan & kehendak orang lain selama ini. Begitu senang aku meminggirkan serta membuang sesuatu sedangkan pada masa yang sama, sesuatu itulah yang menjadi nikmat yang amat bererti bagi insan yang lain. Jauhkan aku daripada kekufuran, ya Allah!

Wednesday, December 12, 2007

Punica granatum?

I wanna make this semester as another new interesting chapter of my life. I’m doing a literature search right now, investigating anti-helminthic (worm-killing) property in Punica granatum (pomegranate). In Bahasa, it is known as delima while in Arabic it is called as ar-rummaan. Pomegranate is stated in al-Quran several times. Everything that is stated in al-Quran must have its significant value and this really pushes me up to carry out the work. In fact, pomegranate was widely used in Spain and Portugal in the old time. Does this have certain relation with the Islamic civilization in Andalucia and Cordova? It is said that pomegranate has the ability to kill tape-worms (cacing pita). How? I’m still trying to find it out scientifically. Can we replace the current treatment for tape-worm infection with this pomegranate? Let’s check it out!

Friday, December 07, 2007

Soalan-soalan Umum Yang Doktor/Pegawai Farmasi Anda Perlu Tujukan Kepada Anda Sebelum Menuliskan Preskripsi/Memberikan Anda Ubat

1- Adakah anda mengalami sebarang alahan?

Jika ‘ya’, nyatakan jenis alahan tersebut (sama ada alahan kepada ubat/gigitan serangga/makanan dll) dan juga reaksi alahan yang dialami sama ada alahan itu ringan (gatal-gatal/bengkak-bengkak kecil/dll) ataupun alahan serius (kesesakan nafas/bengkak muka/dll). Informasi ini adalah penting kerana sesetengah orang mempunyai alahan-bersilang (cross-allergy). Pesakit ini akan mengalami alahan pada ubat daripada kelas tertentu, mungkin akan megalami alahan pada kelas yang lain juga. Contoh: individu yang mengalami alahan kepada ubat penicillin, mungkin mengalami alahan kepada ubat-ubat dalam kelas cephalosporin.

2- Adakah anda hamil atau mungkin hamil?

Terdapat banyak ubat yang tidak patut diambil semasa mengandung kerana is boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.

3- Adakah anda merancang untuk hamil dalam masa terdekat?

Terdapat pelbagai masalah perubatan dimana pesakit dikehendaki mengambil ubat untuk jangkamasa panjang seperti penyakit murung atau kelenjar tiroid. Anda akan dinasihatkan untuk tidak hamil apabila menjalani rawatan dengan ubat-ubat ini kerana ia merbahaya kepada bayi dalam kandungan anda.

4- Adakah anda sedang menyusukan anak?

Kebanyakan ubat boleh meresap ke dalam susu ibu. Ini boleh membahayakan kesihatan anak yang disusu sekiranya anda masih menyusukan anak.

5- Adakah anda sedang mengambil ubat-ubat yang lain?

Interaksi antara ubat adalah sesuatu yang lazim dan kerap berlaku. Sesetengah ubat mempengaruhi cara bagaimana ubat-ubat yang lain bertindak dan disingkirkan oleh badan. Contoh: penicillin (sejenis antibiotik) boleh mengurangkan keberkesanan ubat pil perancang keluarga. Atenolol (untuk darah tinggi) pula boleh memperlahankan kadar degupan jantung ke tahap yang merbahaya sekiranya dimakan serentak bersama cimetidine (ubat untuk luka dalam perut).

6- Apakah nama ubat-ubat yang anda sedang ambil pada masa ini?

Anda harus tahu nama ubat-ubat yang anda ambil, selain bentuk dan warnanya. Ini kerana, ubat yang sama boleh dibuat dalam bentuk dan warna (kadang-kadang juga rasa) yang berlainan oleh pengilang ubat yang berlainan. Adakalanya, doktor anda mungkin tidak pasti nama ubat yang anda sedang ambil melainkan anda memberitahunya. Catatkan nama kesemua jenis ubat yang anda ambil dan simpan maklumat ini di dalam dompet. Ini adalah satu amalan baik yang memudahkan anda mengingati nama-nama ubat itu apabila perlu. Tuliskan juga kekerapan dan bilangan ubat yang perlu diambil.

7- Nama generik dan nama jualan (trade name)

Setiap ubat mempunyai dua nama: nama generik (bahan aktif ubat tersebut) dan “trade name” (jenama untuk pasaran). Setiap ubat yang sama mempunyai nama generik yang sama. Tetapi selalunya, nama jualan akan berbeza bergantung kepada syarikat yang membuat ubat tersebut. Contoh: ubat paracetamol yang digunakan untuk sakit kepala, mempunyai hanya satu nama generik (paracetamol) tetapi pelbagai nama jualan (Contoh: Panadol)

8- Adakah anda meminum minuman beralkohol?

Minuman beralkohol boleh meningkatkan masa tindakbalas sesetengah ubat. Alkohol memperlahankan proses penyingkiran ubat oleh hati kita. Anda harus elakkan minuman beralkohol sekiranya anda sedang mengambil ubat tahan sakit, ubat untuk sawan, kemurungan atau ubat penenang.

9- Adakah anda menghidap penyakit buah pinggang?

Hampir semua ubat akan diproseskan dalam hati, disingkirkan melalui buah pinggang atau kedua-duanya sekali. Jika hati atau buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, ubat-ubat yang kita ambil tidak dapat disingkirkan pada kadar yang sepatutnya. Ini akan meyebabkan kesan serta kesan sampingan ubat-ubat ini akan bertambah dan berpanjangan.