Monday, June 18, 2007

Setelah sekian lama

Alhamdulillah, habis jgk induction course untuk taaruf week kali ni. Tahun ni buat di Dusun Eco-Resort, Bentong, Pahang. Agak best jugak outdoor actvities yg disediakan - flying fox, abseiling, etc. - tapi malangnya..aduss, aku pulak tak dapat join. Ye la, kuasa Tuhan kan..sape yang boleh halang benda-benda macam ni. Pada hari kedua induction, aku diserang satu macam perasaan pelik yang teramat, bercampur-baur sampai angin satu badan. Selera makan mula hilang waktu menghadap hidangan tengah hari. Lauk bukannya tak best, tapi tekak dan perut tak dapat nak menerima. Walaupun begitu, aku tetap jamah sedikit untuk alas perut. Lepas zohor, mula tak sedap badan. Semacam ada susuatu yang menolak sesuatu sedang berusaha mengeluarkan sesuatu itu daripada perut. Kepala ku pusing, bu! Yang pastinya aku memang tak dapat meneruskan apa jua pun aktiviti untuk petang itu, group discussion ke, outdoor-activities ke.. apa-apa aje la.

Sedang aku beristirehat atas katil, tiba-tiba..uweekkk! Sesuatu yang sedang ditolak-tolak di dalam perut semenjak tengah hari tadi telah berjaya dimuntahkan. Selang setengah jam, aku muntah lagi. Fenomena tersebut terus berulang dan berulang sehingga ke tengah malam. Apa sahaja yang aku sumbatkan ke dalam mulut pasti tidak akan kekal lama, pasti akan keluar dari mulut itu juga. Aku capek bangat! Walaupun boleh stay kat bilik, tapi kebosanan telah melanda diri di tahap yang paling maksimum. Waaargh!


Lantas, kebosanan itu mengajak aku bermuhasabah diri. rupa-rupanya ini tanda-tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Dia kurniakan kesakitan kepada kita supaya lebih kerap mengingatiNya. Setelah sekian lama sihat walafiat, aku ditimpakan sekelumit musibah. Musibah ini mendekatkan aku kepadaNya dan meninggikan tahap tawakkalku kepada Yang Esa. Hanya Dia yang bisa memberikan penyakit dan hanya dia yang bisa menyembuhkannya. DaripadaNyalah kita datang dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan. Tidak ada sesuatu pun yang boleh berlaku tanpa izinNya! Subhaanallahil 'azim.. subhaanallahi wa bihamdih..

No comments: