Hmm..best btul nikmat cuti ni ye.. Boleh tengok TV puas-puas, borak-borak dengan ahli keluarga sambil menyakat adik-adik, jumpa geng-geng lama, makan angin sana sini.. Rasa macam tak nak balik kampus dah lepas ni! Kalau ada kerja yang perlu disiapkan, biasanya akan dibuat pada watu pagi dan malam. Petang, rehat sambil tengok TV. Cerita favourite sekarang ialah Amarte Asi a.k.a. Looking For Dad. Seronok melihat gelagat si cilik “Frijolito” yang sentiasa mencuit hati..comel!
Cerita-cerita telenovela macam ni memang berhantu, makin dilayan, makin kita nak tengok. Saya yakin dan percaya, ramai teman-teman yang meminati cerita ini. Tapi, kita ni, kalau tengok pun, tak bolehlah tengok sekadar tengok macam tu je. Kena tengok sambil berfikir secara kritis dan mengkritik jugak sikit-sikit..barulah otak dapat dapat diasah dan berfungsi dengan lebih laju.
Cerita Latin yang saya sebut di atas tadi mengisahkan tentang kehidupan manusia yang memiliki kehidupan yang serba huru-hara dek kerana tidak mengetahui siapakah ayah mereka yang sebenarnya. Fikiran mereka kacau, rumahtangga haru-biru hanya kerana tidak dapat mengenalpasti identiti diri yang sebenar. Pembohongan menjadi satu aset yang penting dan dijual merata-rata untuk memenuhi kepentingan peribadi.
Si anak tertanya-tanya, ‘Budak-budak lain tahu siapakah ayah mereka, tapi kenapa saya tak tahu?’. Lalu, si anak termenung murung di tangga rumahnya memikirkan persoalan tersebut berkali-kali. Namun, jawapannya tidak kunjung tiba. Ada juga orang dewasa yang kehilangan ayahnya. Mereka ditinggalkan oleh seorang insan yang telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa.
Alahai, apalah yang si anak kecil tahu? Yang dia tahu hanyalah dia telah dilahirkan oleh seorang wanita yang bernama ibu, hasil daripada benih yang ditanamkan oleh seorang lelaki yang bernama bapa. Tapi dia tidak tahu, adakah cara pembentukan jasadnya itu telah melalui satu proses yang diredhai Tuhan atau tidak. Malah, anak kecil itu juga tidak sekali-kali menanggung dosa terhadap pelakuan nista si ibu atau sang bapa.
Hakikatnya, dia merupakan anak kelahiran mangsa rogol atau zina yang secara tidak langsung telah terhukum oleh perbuatan ibu bapa mereka yang sebenar. Kekurangan yang mereka lalui menyebabkan mereka tidak dapat memenuhi fitrah kehidupan berbanding orang lain. Mereka keliru dengan sistem yang ada. Kehadiran mereka ini semakin hari semakin banyak di sekitar kita disebabkan oleh kebobrokan yang melata.
Jadi, kerana ingin menyelamatkan manusia daripada lembah kerosakanlah, datangnya Islam bagi memandu kehidupan mereka yang bergelar insan. Islam membimbing manusia meniti jalan fitrah naluri manusiawi. Allah Maha Mengetahui sifat-sifat dan kehendak hamba-hamba ciptaanNya. Maka kerana itulah Dia telah mengajarkan kita supaya menjalani satu sistem hidup yang lengkap iaitu Islam berpaksikan perlembagaan yang dipanggil Al-Quran dan contoh daripada utusanNya yang mulia, Muhammad s.a.w.
Misalnya, Allah telah mengungkapkan kata-kata amaran di dalam Al-Quran supaya kita jangan sekali-kali menghampiri zina kerana zina itu satu dosa besar, satu perbuatan yang sangat keji. Pengharaman zina ada logiknya kerana zina bukan setakat menjejaskan nasab, bahkan turut membuahkan kecelaruan di dalam kehidupan manusia. Ya, seperti dalam cerita Amarte Asi ini. Malah yang lebih dahsyat daripada itu pun ada. Kalau begitu, alangkah baiknya kalau negara ini khasnya dan dunia ini amnya, mengamalkan corak pentadbiran Islam yang sebenar! Dapatlah umat manusia hidup dengan lebih aman di bumi Tuhan ini. Betul tak?
Tapi, sebahagian manusia terlalu angkuh dan sombong terhadap penciptanya yang lebih mengetahui keperluan dirinya. Mereka lebih mengagungkan sistem yang dibina oleh tangan-tangan mereka walaupun implikasinya tak seindah imaginasi. Bukankah itu satu tindakan yang tidak bijak, bodoh sombong? Justeru, ayuh, kita sama-sama perjuangkan syiar Islam!

No comments:
Post a Comment