Sunday, February 11, 2007

Cuti Raya!

Ye ye..mggu depan cuti raya cina! Tak sabar rasanya nak balik kampung walaupun kerja-kerja banyak bertimbun..assignment, lab reports yang tak putus-putus, minit mesyuarat yang tak habis-habis, kerja-kerja dakwah yang tak akan berakhir, isy..kalau nak tulis memang takkan habis. Tapi bila sebut pasal raya cina ni, kenapa ye cutinya 2 hari? Raya haji, hari raya umat Islam tu pun dapat cuti sehari je walhal, katanya Malaysia ni adalah negara Islam hadhari. Sepatutnya umat Islam diberi peluang untuk menyambut hari kebesaran mereka dalam waktu yang secukupnya kerana mereka adalah majoriti rakyat negara ini. Tak pasal-pasal bangsa lain yang dapat prioriti. Salah siapa? Ke manakah hilangnya suara pemimpin-pemimpin yang lantang katanya nak membela agama, bangsa (Melayu) dan negara? Sampai sekarang saya masih tidak faham mengapakah keadaan ini berlaku. Mungkin kerana mahu menjaga kepentingan bangsa-bangsa lain yang banyak mendominasi kekuatan ekonomi negara kerana kalau tak diturutkan kemahuan mereka, mungkin mereka akan buat onar pula. Kalau yang menjadi mangsa adalah kaum Melayu, tidak akan ada kesannya sebab kebanyakan daripada mereka ini tidak tau sangat untuk memprotes jika hak mereka di ragut. Sampai begitukah sekali sensitiviti mereka?
Dalam bab ini, saya tabik pada kepimpinan kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga kerana masih cakna dalam mengatur keutamaan dan keperluan umat Islam. Terima kasih kerana memberi cuti lebih sehari untuk raya haji. Dengan cuti itu, bukan sahaja amal ibadah akan ditingkatkan tapi hubungan kekeluargaan juga dapat dieratkan. Pada saya, kalau pendek masa cuti, pendeklah masa kita bersama keluarga. Maka akan kuranglah interaksi antara ahli keluarga dan inilah antara faktor yang menyebabkan runtuhnya institusi kekeluargaan Islam. Bilamana "urusan engkau, hak engkau", "urusan aku, engkau jangan kacau" membarah dalam masyarakat, kemusnahan nilai-nilai moral insan dan akhlaq Islami akan terjana.

No comments: