Saturday, April 26, 2008

Ar-Rummaan


Kalau diikutkan outline, memanglah ada markah untuk oral presentation of the write-up tapi kebiasaannya presentation tak perlu dibuat, you only have to submit the final write-up and the marks will be given accordingly. Entah kenapa, penyelia saya, Mdm Rohani meminta supaya saya membentangkan write-up saya. Puas sudah saya meminta supaya permintaannya itu difikirkan semula. Iyalah, kalau present dihadapan dia sahaja mungkin tidak menjadi masalah tapi kali ini, saya dikehendaki present di hadapan dia dan pensyarah-pensyarah yang lain. Huuu..haru biru rasanya! Tarikh yang dipersetujui ialah sehari selepas tamatnya peperiksaan akhir semester, jam 2.30 petang di bilik Mdm. Halimah Bux.

Sedih jugalah sebab sewaktu teman-teman sekuliah meraikan ‘kemerdekaan’, saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan lab report untuk subjek Central Nervous System (CNS) yang masih belum dihantar, sebelum menyediakan power point slides presentation untuk keesokan harinya. Pagi menjelang tiba, tetapi lab report masih belum disiapkan sepenuhnya kerana saya mengambil masa terlalu lama untuk meng‘extract’ isi-isi penting daripada sources. Slides pun tak terbuat lagi. Ayyo..macam mana ni? Jom, pulun!

Jam sudahpun menunjukkan hampir pukul 10 tatkala saya selesai print out the lab report. Saya bergegas menuju ke KOM untuk brunch, seterusnya menyerahkan report tersebut kepada Dr. Bala. Hajat di hati ingin menggunakan PC di computer lab untuk membuat slides. Aduh, malang sungguh, hanya com lab di library yang dibuka pada hari itu dan semua PC sedang digunakan! Dengan dukacitanya saya melangkah pulang ke mahallat untuk menyelesaikan kerja yang tertangguh. I was really running out of time!

Dup..dap..dup.. dap.. Debaran makin terasa kerana jam sudahpun menunjukkan pukul 2 petang. Setelah menunaikan solat zohor dan menyemak slides, saya terus keluar bilik menuju ke KOM untuk presentation. Mdm. Halimah tersenyum menyambut kedatangan saya. Lega rasanya kerana waktu itu, pensyarah lain masih belum tiba. Sambil menunggu kehadiran mereka, saya memerhatikan lagi slides saya kononnya untuk mententeramkan getaran di hati. Bagaikan mengerti perasaan saya, tuan rumah menghidangkan air teh, “to soothe your nerve”, katanya. Well, that was good enough!

Alhamdulillah, pembentangan berjalan dengan lancar walaupun banyak kali juga saya dihujani dengan pertanyaan-pertanyaan oleh para pensyarah. Apa yang menarik, sesi pembentangan ini telah bertukar kepada diskusi ilmiah di antara pakar-pakar di bidang masing-masing di mana idea dan pendapat dikongsi bersama. Saya tergamam melihatkan kesungguhan mereka dalam membincangkan masa hadapan projek ini sedangkan saya hanya menganggap ini sebagai satu subjek untuk mencukupkan jam kredit semata-mata.
Sungguh, niat saya telah tersasar!

“Asiyah, based on the data that you have presented, we see that this pomegranate project will have a very bright prospect in the pharmaceutical world”

“We’ll try to get the grant for it and I’ll propose it to be the Kulliyyah’s pilot plant project”

“I’ve e-mailed your proposal to several experts in parasitology and other fields and they found that the project is very interesting!”

“You can make it as your master and PhD project. You can even formulate a new formulation”

“We always say that we want to Islamize the knowledge but where are we when it comes to the reality? Since pomegranate is stated 3 times in Al-Quran, we as Muslim have to come out with new formula, new finding! We have to prove it!”

Saranan demi saranan diiringi pelbagai sokongan telah saya perolehi daripada mereka dan saya menjadi lebih bersemangat. Rupa-rupanya, inilah hikmah di sebalik presentation yang saya geruni selama ini. Benarlah kata-kata Allah yang bermaksud: “..Dan boleh jadi apa yang kamu benci itu sebenarnya baik untuk kamu, dan boleh jadi apa kamu sukai itu sebenarnya buruk buat kamu. Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” [Surah Al-Baqarah: 216].

1- Perkataan ar-rummaan (delima) disebut oleh Allah dalam Al-Quran di 3 tempat – 6:99, 6: 141 dan 55: 68
2- Delima sering digunakan sebagai ubat cacing khususnya untuk menghapuskan cacing pita dengan melumpuhkan cacing tersebut dan melemahkan cengkamannya di dinding usus (has to be used with cathartic/purgative agent)
3- Penggunaannya sebagai ubat cacing juga pernah dicadangkan oleh Ibnu Sina (Avicenna)
4- Until now, there is no established standard dosage form and dosing of pomegranate usage as anthelmintic but the potency is already known world wide as it has been practiced long time ago
5- Delima juga boleh bertindak sebagai: antiviral, antibacterial, antioxidant, antitumor, and antidiarrheal

Sunday, April 20, 2008

Masih Ada

Rupa-rupanya, dalam banyak-banyak pharmaceutical company yang wujud di muka bumi ni, masih ada syarikat yg saya kira cukup islamik. Ain Medicare Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik bumiputera yang terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan di mana saya berpeluang untuk menjalani latihan industrial (industrial attachment), bukanlah sebuah profit-based company semata-mata.

Apa tidaknya, syarikat ini telah memberikan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 540 orang rakyat yg kebanyakannya warga Kelantan dan hampir 98% beragama Islam. Itulah pendahuluan yang diberikan oleh Production Executive, En. Hamdan Nazeri. Menarik!

Bukan itu sahaja, syarikat ini juga turut mempunyai saham dalam membangunkan sebuah rumah anak-anak yatim yang terletak dalam daerah yang sama. Saya dan 3 orang rakan yang lain (Maisarah, Rizwan & Hassan) diberitahu bahawa ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjadi warga syarikat ini. Yang menariknya, semua peraturan itu amatlah selari dengan syariat Islam:

1- Staf-staf terutamanya perempuan perlu berpakaian sopan & menutup aurat (kalau tak, kena denda dengan pak guard atau elaun kena potong)

2- Semua staf wajib solat Zuhur & Asar berjemaah apabila masuk waktunya (selalunya para top-management adalah staf yang paling awal berada di surau)

3- Setiap jam 8.15 pagi, staf-staf wajib menghadiri morning parade (perhimpunan pagi) untuk kawad, stretching & bacaan doa pagi

4- Pada waktu-waktu tertentu setiap pagi, nasyid asma ul husna & bacaan Al-Quran akan dialunkan serta dapat didengari oleh semua orang (kat UIA tak ada pun buat macam ni)

5- Seperti budaya Jepun, semua department akan mengadakan mesyuarat harian pada awal pagi setelah selesai morning parade (lepas-lepas ni, selalukanlah buat meeting lepas subuh ye, barulah dapat fresh idea!)

6- Staf yang melanggar peraturan akan dipotong elaunnya

7- Hampir semua staf kenal antara satu sama lain (kalau terjumpa muka yang tak familiar sangat tu, itu mesti orang baru)

8- Kalau makan di kantin, pinggan mangkuk, gelas cawan perlu diletakkan sendiri ke dalam besen yang disediakan setelah selesai makan (kalau nampak pinggan mangkuk ditinggalkan lepas makan, itu mesti kerja orang barulah tu..macam kami ni, huhu tak pasal-pasal kena marah dengan makcik kantin sebab tak ikut peraturan)

9- Dalam production, isipadu produk cecair dibenarkan jika terlebih sedikit daripada sukatan asal, tetapi tidak boleh terkurang walaupun sedikit (no plus minus, just plus..betul-betul yang macam Islam ajar, kan?)

10- Selari dengan polisi kerajaan Kelantan, tarikh pada surat rasmi syarikat hendaklah didahului oleh tarikh Hijriyyah, kemudian barulah disusuli dengan tarikh Miladiyyah. Bekerja hanya 5 hari (kecuali 6 hari bagi sesetengah operator pengeluaran) kerana Jumaat adalah “hari ilmu” & Sabtu adalah “ahli keluarga”

11- Biro Kerohanian dan Biro Rekreasi juga telah ditubuhkan (taklah stress sangat kerja nanti.. stress ni bahaya, sebab boleh melahirkan staf yang tak produktif!)

Alhamdulillah, kami berempat sangat bertuah kerana berpeluang untuk merasai sendiri suasana kerja yang islamik ini yang berteraskan pembangunan modal insan. Saya betul-betul teruja untuk meneruskan hari-hari seterusnya di sini walaupun ada sahabat-sahabat sekerja yang membisikkan bahawa bos baru saya nanti boleh tahan juga tegasnya. Saya diletakkan dalam Regulatory Affairs Department untuk 5 minggu yang berbaki ini. Moga-moga saya mampu memikul bebanan tugas yang akan diberikan nanti. Orang kata, kebanyakan orang takkan dapat bertahan lama dalam bidang industri yang penuh tekanan ini. Elok juga ada training ni. Sekurang-kurangnya dapatlah merasa serba sedikit tekanannya.