Tuesday, December 19, 2006

Istimewa?

Pukul 2 petang hari ini (14 Dis), Group 2 akan buat laboratory practical tentang Interfacial Tension untuk subjek Physical Pharmacy II. Group 2 terdiri daripada 4 sub-groups; group 5, 6, 7 & 8. Saya dalam group 5 bersama-sama dengan dua lagi brothers dan 3 sisters. Mengikut kata kumpulan yang terdahulu, eksperimen pada kali ini akan memakan masa yang agak lama, mula pukul 2 dan kumpulan yang paling akhir siap pada jam 7.15 petang. Fuhh! Agak-agak, kumpulan manakah yang akan memecahkan rekod untuk sesi kedua ini? Tunggu dan lihat sajalah ye. Menggunakan minyak zaitun (pure olive oil) dan Tween 20 sebagai surfactants, kami memulakan kajian dan analisis. Proses penyediaan bahan agak rumit juga kerana kami menggunakan analytical balance yang cukup sensitif untuk menyediakan tiga set sampel. Satu sampel terdiri daripada 8 bikar yang berisi bahan specimen yang berlainan kepekatan. Nasib baik ada dua analytical balances, boleh kami jimatkan masa!

2 ½ jam telah pun berlalu. Masuk sahaja jam yang seterusnya, kami menghadapi sedikit masalah. Eh, bukan masalah tapi CABARAN! Tensiometer kumpulan kami agak sukar untuk di‘calibrate’kan. Setelah setengah jam mencuba, barulah kami berjaya mendapatkan bacaan yang pertama untuk set yang pertama. Maknanya lama lagilah kami akan berada dalam makmal ni. Hmm, jam dah menunjukkan 6.15 petang. Kami bergilir-gilir solat asar dan meneruskan ujikaji. Alhamdulillah, mengikut kata penyelia yang bertugas, dua set bacaan agak memuaskan tetapi ada satu dua bacaan perlu diulang semula untuk mendapatkan keputusan yang lebih elok. Ok, kita ukur sekali lagi! Masuk sahaja set yang ketiga, keputusan yang kami dapat mula tidak konsisten kerana ring yang kami gunakan telah pun bengkok sedikit lalu mengubah radius dan circumference. Instructor tak berpuas hati dengan fluctuating values yang kami dapat dan meminta kami mengulangi bacaan untuk kali kedua.

Perut dah berkeroncong, azan maghrib dah kedengaran dan dua kumpulan sudah pun meninggalkan makmal manakala satu lagi kumpulan sedang mendapatkan bacaan untuk bikar yang terakhir daripada set yang terakhir. Macam mana ni? Tak apa, taka apa..kita buat saja apa yang patut. Penyelia kata dia sanggup menunggu dan membantu kami sehingga kami selesai. Wah, bersemangat betul! Namun, bacaan kali kedua yang kami dapat masih lagi mengarut dan entah apa-apa. Tension! Alat ini dah gila agaknya, itu kata instructor ye, bukan kami yang kata. Hehehe… Kami meneruskan lagi perjuangan yang masih belum selesai demi mengetahui di manakakah silapnya dan untuk mendapatkan nilai yang lebih memuaskan. Percubaan kali ketiga dijalankan tetapi pada kali ini dengan menggunakan Tensiometer kumpulan lain kerana pada anggapan kami Tensiometer kumpulan kami memang dah penat dan tension. Lawak betul tapi terhibur juga hati kami bila beranggapan sedemikian. Sekali lagi, kami bergilir-gilir untuk solat Maghrib dan tak lupa berdoa supaya keputusan selepas ini tak mengecewakan…huhuhu..penat, lapar, nak tidur!

“Dengar sini, sambil buat kerja tu saya nak berleter sikit pada kamu semua” kata penyelia sambil tersenyum.

Alamak, apa pula kali ini?

“Kamu tahu tak apa yang tak kena dengan kumpulan kamu? Sebenarnya dari awal eksperimen tadi lagi saya dah perhatikan kumpulan kamu. Hmm, saya dapati ada di kalangan kamu yang asyik mengeluh dari awal eksperimen sampai sekarang. Pantang dapat keputusan yang tak elok je, dah mengeluh. Sikit-sikit mengeluh. Buat eksperimen dalam keadaan tak bersemangat dan tahu nak habiskan awal je. Nampak macam tak ikhlas buat kerja dan tak enthusiastic langsung! Kita buat kerja ni jangan asyik nak cepat je. Kena bersungguh-sungguh dan banyakkan sabar. Saya cakap ini pun berdasarkan pemehatian saya la. Kalau kamu rasa saya salah, tak apa. Kalau betul, kamu kena terima dan berubah sebab perkara ini penting untuk kamu. Inilah sikap scientist yang sebenarnya, kena bertindak profesional”

Semua ahli kumpulan terkebil-kebil dan membisu mendengar penjelasan peyelia yang kami panggil doctor itu walaupun dia belum lagi berpangkat doctor. Seronok juga sekali-sekali begini. Kalau bukan dia yang menegur, kami mungkin masih belum berubah. Saya yakin ada yang betul pada kata-katanya kerana saya sendiri pun perasan ada ahli kumpulan saya yang bersikap sedemikian. Saya? Rasanya sepanjang buat eksperimen, saya bukanlah orang yang begitu, malah agak geram kalau ada rakan sekumpulan yang berkelakuan sedemikian. Prinsip saya selama ini, biar lambat asalkan cool and steady. Self-satisfaction itu yang penting. Kalau dapat keputusan yang “gila”, kita kena kenal pasti apakah punca dia jadi gila. Dari puncalah kita kena rawat silapnya.

Aha, keputusan pada kali ini nampak lebih memihak pada kami walaupun masih tidak dapat diperbaiki sepenuhnya. Dapatkan dua lagi bacaan yang elok dan kami boleh balik bilik untuk mandi, makan dan rehat!

“Kalau bacaan lepas ini tak ok jugak, macam mana doctor?” saya bertanya.
“Macam mana? Kalau ikutkan hati saya, saya buat lagi walaupun hingga ke Subuh”
“Haa!” serentak kami menjerit menyebabkan penyelia gelak sakan.
“Saya tak kisah sebab anak isteri saya tak ada kat sini. Saya biasa je tidur kat bangunan kuliyah ni. Kamulah, macam mana?”
Kami dah tak tau nak kata apa, sengih sajalah.
“Tak adalah.. saya main-main je. Ok ke tak ok ke, kita terima sajalah bacaan lepas ni. Nanti kamu discus dalam report dan yang penting kamu tahu mana silapnya”

Alhamdulillah, kami dah dapat bacaan yang terakhir. Walaupun tak memberangsangkan tapi agak menggembirakan kami sebab lepas ini kami boleh balik! Kata penyelia, minyak zaitun adalah minyak yang istimewa keran ada disebut tentangnya di dalam Al-Quran. Lalu, saya berkata pada doctor sebelum keluar dari makmal, “Kalau macam tu, kami ini tergolong dalan golongan orang yang istimewalah ye doctor?”

Sungguh istimewa hingga mampu memecahkan rekod “6 jam siapkan eksperimen, pukul 8 baru balik ke bilik!” Kami menutup suis semua peralatan makmal, lampu dan kipas lalu bergegas keluar. Penyelia mengunci pintu makmal sambil tersenyum. Hooray, boleh balik!