Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah attachment di retail pharmacy yg diwajibkan selama 6 minggu. Sekali fikir, fuhhh, lega sebab dah habis! Dua kali fikir.. alamak, report tak siap lagi! Apapun, banyak pengalaman diperolehi sewaktu bertugas di sana. Yang baiknya, dapat ubah tabiat buruk suka tidur lepas subuh. Kena bangun awal untuk pergi kerja, kalau tidak, bersiap sedialah untuk menyertai perarakan terpanjang di jalan raya! Bukannya bos marah pun kalau datang lambat. Dia sendiri, jam 11 baru masuk ofis (itulah salah satu sikap yg patut kita jauhi sebagai seorang pemimpin) tapi tak bestla sebab punch card akan dicop merah dan kita pun macam tak berdisiplin pulak. Malu dengan kakak-kakak staf lain woo..
Warga farmasi yang kerja di sini (Muslim Pharmacy Sdn.Bhd.) semuanya perempuan, jadi lebih memudahkan sesi pembelajaran sepanjang berada di situ. Nak bergerak ke sana ke mari pun tak kekok. Yang seronoknya, siap boleh tidur beramai-ramai lagi dalam bilik stor pada waktu rehat. Bilik stor tu tempat simpan stok ubat-ubat yang agak banyak..tapi kemas dan bersih. Makan dan solat pun kat situ hinggakan telekung pun lekat bau ubat. Tak perasan pada mulanya tapi sedar pasal perkara tu bila dah sampai kat rumah. Yela, duduk kat sana seharian, hidung ni dah lali dengan segala jenis bau bahan kimia.
Apa yang saya boleh respek dengan staf-staf di sini ialah mereka sangat mesra alam. Sesiapa sahaja yang masuk ke kedai pasti akan disapa dengan mesra dan seringkali diselitkan dengan lawak jenaka. Bukan setakat dengan regular customer, tapi pak cik posmen & sales representatives pun kena sakat. Itulah pelaris jualan di sini di samping harga ubat yang berpatutan dan kedudukannya yang strategik. Jadi, kalau sesiapa yang mahu membuka bisnes sendiri, kena guna tips-tips tersebut, baru laku jualan kita! Bos dan staf-staf farmasi ni tak begitu strict sangat dalam semua keadaan, sempoi je sbnarnye. Masa ada customer datang, mereka kerja dengan serius, entertain pelanggan sebaik-baiknya. Tapi kadang-kadang tu bila dah bosan sangat sebab tunggu customer, seorang pun tak datang-datang dan “kawad dan tawaf” pun dah dilakukan beberapa kali mengelilingi rak-rak & kaunter preskripsi, mulalah tangan menggatal tekan remote control, tengok jugak tv! Tak pun, baca novel or paper.
Ada juga cerita-cerita lawak yang boleh dikongsi. Percaya tak kalau saya kata, ada je orang datang nak beli mentol lampu, selipar jepun, dan..rokok? rupa-rupanya masyarakat kita ni tak tau sangat apa itu farmasi dan apa yang boleh didapati di kedai farmasi. Ada ke tanya ada jual rokok tak? Ubat berhenti rokok adala..Mentol lampu, selipar jepun? Isk isk isk, sedih, sedih..ingat ni kedai runcit ke? Sebenarnya tak boleh nak salahkan diorang jugak sebab kalau sekali pandang pintu depan farmasi ni tanpa tengok signboard, memang orang akan anggap ni kedai runcit. Kenapa taknya, kat depan diletak 2 peti minuman dalam tin, peti aiskrim, coklat, kekacang dan gula-gula…tak ke macam kedai runcit? Jadi, shop layout tu penting kalau nak set up kedai ye..
Agak lama jugalah masa yang saya perlukan untuk mengingati nama-nama ubat, kegunaannya dan kedudukannya di rak mana di dalam farmasi tu. Alhamdulillah, alah bisa tegal biasa, akhirnya banyak jugalah skil yang dapat dikuasai dengan pertolongan Allah dan bantuan daripada Kak Nor (farmasis@bos), Kak Dah, Kak Na, Kak Sue (pembantu farmasi) dan Kak Yus (kerani akaun). Walaupun kebanyakan daripada mereka hanya belajar setakat SPM dan tak pernah masuk u, tapi itu bukan alasannya untuk kita tidak hormati mereka. Pengalaman mereka dalam bidang komuniti farmasi sangat jauh lebih banyak berbanding saya yang masih mentah dalam bidang ini. Semangat mereka untuk survive sangat tinggi. Untung orang yang berusaha ya! Saya kira ini adalah satu cabaran kepada para penganggur siswazah kita yang terhormat..hehehe