Sunday, March 30, 2008

Katak dalam transparent beaker

Amantadine, rimantadine, nucleoside reverse transcriptase inhibitors, non-nucleoside reverse transcriptase inhibitors, protease inhibitors, lamivudine, stavudine, delavirdine..bla, bla, blaaa… Fuhh, byk sungguh nk kena hafal ni! Entah apa-apa lagilah nama antiviral, antiretroviral yang kena ingat. Antara bnyk2 itu pun tak ada satu yang boleh jadi the ultimate cure for HIV/AIDS..subhanallah! Nasib baik notes Dr. Razak ni tak se’complex’ notes Dr. Bala, senang sikit nak buat hand-notes. Dah lama menatap notes, mata mula berpinar-pinar. Apabila tengok objek2-objek jauh di library ni, blur je..ish, dah rabun ke?

Singgah PC sekejaplah utk surf internet & buka blog utk mencoret-coret. Sambil-sambil tu buka ‘media perdana’ & ‘media alternative’ untuk tahu perkembangan terkini dalam dan luar negara. Tiba-tiba, datanglah sorang classmate duduk di PC sebelah lalu menyapa, “Suka ek tengok benda ni?”, katanya merujuk kepada ‘media perdana’ saya. Saya tersenyum bersahaja sambil membiarkan dia berceloteh sendirian. “Com-lab ni dah jadi macam bilik berita pulak”, tambahnya lagi apabila saya tidak menghiraukannya.

Di dalam hati, saya berkata, ‘Orait la tu kalau com-lab ni jadi bilik berita, tak adalah student UIA Kuantan ni jadi macam katak dalam transparent beaker macam kat lab je. Ini tidak, asal dapat internet je, mesti log in frenster je, tengok-tengok gambar, takde dah nak tengok berita-berita semasa, apa yang jadi pada Negara, apa yang Belanda dah buat pada Islam’. Alahai, kata-kata tu terbit di dalam hati je tanpa terluah melalui bibir. Tak apa, saya ada blog sebagai jurubicara!

Jom, boikot Belanda!

Friday, March 21, 2008

Imtihan


Exam datang lagi
Jom kita pulun studi!
Jangan dok tido tak sedar diri
Nanti rugi di kemudian hari

GPA dan CGPA kena naikkan
Sebagai saham di masa hadapan
Hubungan dengan Tuhan kita tingkatkan
Doa dan tawakkal jangan dilupakan


Selamat menempuhi final exam kepada sahabat-sahabat seperjuangan di UIAM Kuantan dan UIAM Gombak! Semoga redha Allah bersama kita sentiasa. Ameen!

Monday, March 17, 2008

Anugerah Teristimewa

Bersyukur kerana dipanjangkan usia untuk terus beribadat kepadaNya

Bersyukur kerana masih bernafas dalam jiwa hamba

Bersyukur kerana berpeluang mengecapi kemenangan gerakan Islam

Bersyukur kerana telah menyiapkan Literature Search semalam

Bersyukur kerana masih tsabat dalam ranjau perjuangan

Bersyukur kerana dianugerahkan perasaan tenang lagi mendamaikan

Bersyukur kerana terpilih menjalani Industrial Attachment di Kelantan


Ooh, terlalu banyak jutaan syukur yang harus dilafazkan atas segala nikmatNya yang tak terhitung, tak terbilang! Alhamdulillah wassyukru lillah...

Wednesday, February 20, 2008

Orang Muda Sekarang

“Balik rumah tak 8hb ni?”, saya bertanya kepada seorang classmate sewaktu menunggu pensyarah masuk ke kelas.


“Insya Allah, balik”, jawabnya spontan.


“Baguslah. Mengundi kat mana?”, saya meneruskan perbualan.


“Oh, saya balik je tapi tak pergi mengundi kot”, jawabnya selamba.


“Aik, tak pergi? Dah daftar kan? Ish, rugilah kalau tak pergi”, respon saya yang tiba-tiba terkejut dengan kenyataannya.


“Ha’a, memang dah daftar tapi mak ayah je kot yang pergi. Saya tak ada feel pun untuk keluar mengundi”, jelasnya sambil membuat mimik muka tiada perasaan.


“Ish, kena mengundilah. Itu hak kita sebagai rakyat, kena pilih pemimpin yang terbaik. Peluang ni datang 4-5 tahun sekali je, bukannya selalu. Lagi pun, tahun ni kan kita the first timer, rugilah kalau tak cipta pengalaman”, saya cuba berdiskusi dengannya.


“Hmm.. sebenarnya dulu saya excited jugak keluar mengundi tapi hari tu bila saya semak daftar pemilih, nama saya tak tersenarai pun. Tu yang takde hati sangat sekarang”, kawan saya menjelaskan kondisinya yang sebenarnya.


“Oh, macam tu rupanya. Tak apa, awak rajin-rajinlah pergi check, mana tau tiba-tiba nama naik. Tak ke rugi kalau nama dah ada tapi kita pulak yang tak ada masa mengundi? Jangan lupa pula, kita ni mahasiswa, the agent of change“, saya memberi pendapat dan berharap dia akan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada.


“Ya, insya Allah”, jawapannya sedikit sebanyak melegakan hati saya.



Dalam hati, saya berkira-kira, itu baru seorang yang saya tanya. Bagaimana pula dengan jawan-kawan saya yang lain? Daripada pemerhatian kasar, kehangatan pilihanraya hampir tidak terasa di dalam dewan kuliah yang berhawa dingin ini.



Topik-topik perbualan kebanyakanpara mahasiswa dan mahasiswi masih lagi sekitar drama-drama jepun & korea, anime, bola sepak, fashion, pakwe dan makwe. Tiada langsung kedengaran cerita tentang kepincangan kerajaan Islam Hadhari sekarang. Apatah lagi tentang agenda perubahan yang didambakan rakyat.


Ternyata, inilah aspek pembangunan modal insan yang berjaya dilahirkan oleh kerajaan Islam Hadhari: budaya “aku tak peduli” yang membarah di kalangan golongan muda.”Jadilah apa nak jadi, janji aku boleh hidup senang dengan cara aku”. Semudah itu kata-kata tersebut dilemparkan tanpa mahu berfikir panjang.


Tahukah mereka, mereka sebenarnya mengundang kerosakan kepada generasi selepas mereka? Jika mereka tidak merubah suasana politik semasa, mereka & anak cucu mereka juga yang akan menjadi mangsa kepada kenaikan harga barang, minyak & tol, kegilaan rasuah, kekejaman jenayah dan berterus-terusan menjadi hamba hutang PTPTN sedangkan semua itu sepatutnya diperolehi secara percuma. Cubalah fikir!

Wednesday, February 13, 2008

NOTHING TO LOSE

Dedicated to all Pharmacy Students of IIUM....


“These students always miss the lectures”, lecturers are complaining
“They like to engage with useless things during their leisure time”, parents are grumbling.
“They don’t even care what is happening to the ummah”, Muslim leaders are responding.
“Where has the sense of responsibility gone? Don’t they realize that they’ll be questioned by the Almighty later on?”, another voices are questioning.

These dialogues sound familiar to you? It’s never too late to change them to more meaningful words provided that we change ourselves first. Developing ourselves towards the betterment and helping others to expand their quality are the novel tasks to be performed by Muslim students like us since we are the agents of change.

To do these tasks, we need that sense of responsibility which has been slowly diminished from our real life by our own attitude. Because we are the only creatures who are holding the title of “khalifah” to run this world, Islam has taught us to be responsible and trustworthy in every single thing we do, no matter who we are; His servant, a son or a daughter, a friend, a student, a leader or even a follower.

Say, for what ever reason, we are suddenly elected to be one of the leaders in IPhA. For sure we bear greater responsibility than those who do not hold the post. We are entrusted to manage and run the society and its members accordingly. We should ask ourselves more often, “To what extent I’ve contributed? Is there anything else that I haven’t done yet? Have I performed my best?” I truly believe that if these questions are being revised day in, day out, excellence will bear as its fruit.

However, the real excellence would not be achieved if the members of IPhA are irresponsible. As members, do we carry the responsibility too? Absolutely, yes! Even though we are sub-committees, without us, the society would not make any move. We have to be a very responsible sub-committee because this society is ours and we are the members, not anyone else. We should not be too selfish and self-centred in doing our personal job because we too, are responsible to our brothers and sisters around us. If we still want to live only in our own world, we are actually violating others’ rights. Ask ourselves the same questions that the leaders should be asked and it’s the time to turn over a new leaf. Indeed, the glory of Islam will shine if the Muslims are responsible. Yes, we’ve got nothing to lose when we do all the good things!

I am responsible and trustworthy
I follow the Islamic teaching strictly
I do my best in academic and society
I contribute to the Muslim ummah daily

I want Islam to lead the world sooner
So I have to keep my performance better
I develop myself and others equally
Cause I know this life won’t last eternally

Monday, January 07, 2008

Kita yang menentukan siapakah pemimpin kita


“Sebaik-baik para pemimpin kalian adalah yang kalian mencintai mereka & mereka mencintai kalian, yang kalian mendoakan mereka & mereka mendoakan kalian dan seburuk-buruk para pemimpin kalian adalah yang kalian membenci mereka & mereka membenci kalian, yang kalian mengutuk mereka & mereka mengutuk kalian” [Hadith riwayat Muslim]


“Dengar dan taat (kepada pemimpin) dalam apa jua keadaan, sama ada suka atau tidak, melainkan jika diperintahkan melakukan maksiat. Maka dalam perkara itu tidak ada ketaatan (baginya)” [Hadith riwayat Bukhari]

Disebabkan kita merupakan rakyat sebuah negara yang dikatakan menjunjung konsep demokrasi berparlimen dalam pentadbiran, maka kita berhak untuk menentukan siapakah ketua kita; “dari rakyat, untuk rakyat”. Kalau sudah dinamakan sebagai HAK, kita hendaklah menunaikannya. Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk kita menunaikan hak kita ini? Senang sahaja. Kita perlu mengikut saluran yang betul, iaitu memilih pemimpin melalui PILIHANRAYA sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Jadi, kalau kita sudah tergolong sebagai rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas, WAJIB bagi kita mendaftarkan diri sebagai pemilih dan mengundi. Dikatakan wajib kerana ia adalah hak kita dan hanya dengan cara ini sahaja suara kita sebagai rakyat akan didengari.

Tapi, dalam ramai-ramai calon, calon manakah yang perlu kita undi? Sudah semestinya calon yang terbaik. Calon yang terbaik adalah pemimpin yang boleh memimpin rakyat yang dipimpinnya ke arah yang LEBIH BAIK di masa hadapan. Pemimpin sebegini adalah pemimpin yang futuristik serta mempunyai matlamat jangkamasa panjang. Seseorang Muslim itu dikatakan mempunyai akal yang panjang jika dia menetapkan kehidupan yang baik di akhirat sebagai matlamat hidupnya kerana dia tahu dunia ini hanya sementara. Dunia ini baginya hanya merupakan jambatan ke alam akhirat. Begitu juga bagi pemimpin yang perlu kita pilih ini. Pemimpin ini tidak menjadikan dunia sebagai matlamat dan akhirat atau agama sebagai alat. Sebaliknya pemimpin ini meletakkan akhirat atau agama sebagai matlamat utama dan dunia hanyalah sebagai alat.

Sebenarnya mudah sahaja untuk kita mengenalpasti mereka yang menjadikan agama sebagai matlamat dan mereka yang menjadikan agama sebagai alat. Golongan pertama SANGGUP BERDEPAN DENGAN APA SAHAJA CABARAN DEMI MEMELIHARA KEDAULATAN AGAMA. Bagi golongan ini, ajaran Islam tidak boleh dipermain-mainkan sewenang-wenangnya kerana ia akan membawa kerosakan yang melata di muka bumi. Manusia akan rosak kalau agama dipinggirkan sekalipun pembangunan fizikal begitu pesat. Umat akan musnah sekiranya agama hanya termaktub dalam perlembagaan tetapi tidak dipraktikkan. Yahudi dan Nasrani akan menang bergaya jika agama Islam dibiarkan dikritik sesuka hati oleh mereka yang dengki tanpa ada yang membela. Bukankah agama Islam diturunkan oleh Yang Maha Esa untuk kesejahteraan seluruh makhluknya? Jadi, kita tak akan sekali-kali rugi jika kita memilih pemimpin yang menjadikan agama sebagai matlamat. Bukan sahaja kita akan mendapat keredhaan Allah & mencapai kenikmatan-kenikmatan di akhirat, tetapi juga kebahagiaan hidup di dunia.

Bagaimana pula keadaannya dengan golongan kedua? Golongan ini hanya mengimpikan kesenangan hidup di dunia. HARTA, PANGKAT DAN KEMASYHURAN MENJADI TUMPUAN mereka. Mereka akan melakukan apa sahaja asalkan ketiga-tiga tumpuan mereka ini tidak diganggu-gugat oleh pihak-pihak lain. Agama akan diperalatkan jika ia dapat mengekalkan kuasa yang dimiliki. Kebajikan rakyat hanya akan dijadikan modal utama kalau ia mampu menambahkan populariti mereka sedangkan pada masa yang sama mereka berterusan memamah harta rakyat. Rasuah merupakan perkara rutin kerana ia boleh menambahkan bilangan karung harta mereka. Orang dalam golongan ini berpura-pura baik di masa-masa tertentu sahaja sedangkan akhlak dan pekerti yang sebenar jauh lebih buruk daripada yang dipamerkan. Tidak hairanlah jika maksiat dan penyakit-penyakit sosial dalam masyarakat bertambah kronik di bawah penguasaan mereka ini kerana merekalah sebenarnya pembawa wabak. Wabak tersebut terbukti hanya boleh dicegah dan diselesaikan dengan agama, bukan dengan undang-undang ciptaan manusia.

Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat haruslah bijak menilai setiap apa yang kita pandang dan dengar. Penilaian tersebut perlu dibuat dengan menggunakan mata hati bersandarkan fakta dan hujah yang kukuh, bukan dengan nafsu yang sememangnya mencintai dunia. Keputusan penilaian kita sebagai Muslim sepatutnya merangkumi hal-hal akhirat kerana itulah destinasi utama kita.

Wednesday, January 02, 2008

Happy New Year!


Selamat tahun baru! Apa ya azam kita pada tahun ini? Harapannya agar kita semua menjadi hambaNya yang lebih baik daripada tahun-tahun yang telah berlalu. Mungkin banyak perancangan-perancangan tahun lepas yang masih tidak terlaksana disebabkan kesalahan atau kelemahan diri kita sendiri, lantas membuatkan kita merasa sedikit kesal. Walaubagaimanapun, usahlah dikesalkan berpanjangan kerana seorang Muslim itu tidak akan merelakan dirinya jatuh di lubang yang sama buat kali yang kedua.

Sahabat-sahabat,
masih ada masa buat diri kita untuk mengimbas kembali setiap kekhilafan yang telah diri kita lakukan dan sudah pasti ianya masih belum terlambat untuk kita merencana langkah kehidupan kita yang seterusnya. Kekurangan yang kita miliki bukanlah dicipta untuk disimpan rapi dalam diri. Sebaliknya ia hendaklah dikikis dan dileburkan daripada segenap segi. Setiap kelebihan kita pula bukanlah untuk dibangga-banggakan di hadapan orang. Akan tetapi, hendaklah ia sentiasa dibajai agar terus subur sehingga membuahkan hasil yang mampu dikecapi oleh semua makhluk di alam fana ini.

Semoga kita semua tetap berada dalam lingkungan kasih sayang dan keredhaan Rabbul `Izzati, Ameen!

Monday, December 31, 2007

Nikmat

Raya haji ni seronok betul boleh duduk relax-relax kat rumah. Time ni la nak balun makanan cukup-cukup, tengok tv puas-puas. Tapi tak elok juga untuk kesihatan kalau asyik macam tu. Buku pun kena jeling jugak, at least. Aku nekad, walau macam mana sekalipun, malam ni kena studi jugak, tak banyak pun tak apa sebab lusa dah nak balik Kuantan semula. Kali ini, Pharmaceutical Analysis II jadi pilihan walaupun subjek ini agak susah untuk dikuasai. Sedang aku mencatat beberapa nota, adik bongsuku Izzah menerjah masuk ke dalam bilik. Agaknya dia cuak, apa yang Kak Longnya tengah buat kat dalam bilik tu, senyap semacam je.

“Kak Long, kenapa Kak Long buang pen ni?”, tanya Izzah yang tiba-tiba berada di sisiku sambil mengunjukkan pen Pilot biru yang baru kucampakkan ke dalam bakul sampah sebentar tadi.

“Oh, pen ni.. Dakwatnya dah habis, dah tak boleh guna. Sebab tu Kak Long buang”, ujarku memberi jawapan.

“Hmm..kalau ada pen yang Kak Long dah tak nak guna, Kak Long janganlah buang. Bagi pada Izzah. Izzah nak guna...nak buat main”, bersungguh-sungguh Izzah berpesan kepadaku.

Tangannya terus menggenggam pen tersebut. Sebentar kemudian dia cuba melakarkan sesuatu di atas kertas untuk menguji kesahihan kata-kataku. Setelah terbukti bahawa dakwat pen tersebut sememangnya telah habis, dia tersenyum puas.

“Kak Long, Izzah ambil pen ni ye”, katanya dengan riak wajah yang penuh mengharap, berukirkan senyuman .

Aku mengangguk lantas mengusap kepalanya beberapa kali. Ada riang berbunga di hatinya, keriangan yang membuatkan tumpuanku terhadap nota di hadapan mata terhenti seketika. Ya Allah, betapa aku kurang mengendahkan perasaan & kehendak orang lain selama ini. Begitu senang aku meminggirkan serta membuang sesuatu sedangkan pada masa yang sama, sesuatu itulah yang menjadi nikmat yang amat bererti bagi insan yang lain. Jauhkan aku daripada kekufuran, ya Allah!

Wednesday, December 12, 2007

Punica granatum?

I wanna make this semester as another new interesting chapter of my life. I’m doing a literature search right now, investigating anti-helminthic (worm-killing) property in Punica granatum (pomegranate). In Bahasa, it is known as delima while in Arabic it is called as ar-rummaan. Pomegranate is stated in al-Quran several times. Everything that is stated in al-Quran must have its significant value and this really pushes me up to carry out the work. In fact, pomegranate was widely used in Spain and Portugal in the old time. Does this have certain relation with the Islamic civilization in Andalucia and Cordova? It is said that pomegranate has the ability to kill tape-worms (cacing pita). How? I’m still trying to find it out scientifically. Can we replace the current treatment for tape-worm infection with this pomegranate? Let’s check it out!

Friday, December 07, 2007

Soalan-soalan Umum Yang Doktor/Pegawai Farmasi Anda Perlu Tujukan Kepada Anda Sebelum Menuliskan Preskripsi/Memberikan Anda Ubat

1- Adakah anda mengalami sebarang alahan?

Jika ‘ya’, nyatakan jenis alahan tersebut (sama ada alahan kepada ubat/gigitan serangga/makanan dll) dan juga reaksi alahan yang dialami sama ada alahan itu ringan (gatal-gatal/bengkak-bengkak kecil/dll) ataupun alahan serius (kesesakan nafas/bengkak muka/dll). Informasi ini adalah penting kerana sesetengah orang mempunyai alahan-bersilang (cross-allergy). Pesakit ini akan mengalami alahan pada ubat daripada kelas tertentu, mungkin akan megalami alahan pada kelas yang lain juga. Contoh: individu yang mengalami alahan kepada ubat penicillin, mungkin mengalami alahan kepada ubat-ubat dalam kelas cephalosporin.

2- Adakah anda hamil atau mungkin hamil?

Terdapat banyak ubat yang tidak patut diambil semasa mengandung kerana is boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.

3- Adakah anda merancang untuk hamil dalam masa terdekat?

Terdapat pelbagai masalah perubatan dimana pesakit dikehendaki mengambil ubat untuk jangkamasa panjang seperti penyakit murung atau kelenjar tiroid. Anda akan dinasihatkan untuk tidak hamil apabila menjalani rawatan dengan ubat-ubat ini kerana ia merbahaya kepada bayi dalam kandungan anda.

4- Adakah anda sedang menyusukan anak?

Kebanyakan ubat boleh meresap ke dalam susu ibu. Ini boleh membahayakan kesihatan anak yang disusu sekiranya anda masih menyusukan anak.

5- Adakah anda sedang mengambil ubat-ubat yang lain?

Interaksi antara ubat adalah sesuatu yang lazim dan kerap berlaku. Sesetengah ubat mempengaruhi cara bagaimana ubat-ubat yang lain bertindak dan disingkirkan oleh badan. Contoh: penicillin (sejenis antibiotik) boleh mengurangkan keberkesanan ubat pil perancang keluarga. Atenolol (untuk darah tinggi) pula boleh memperlahankan kadar degupan jantung ke tahap yang merbahaya sekiranya dimakan serentak bersama cimetidine (ubat untuk luka dalam perut).

6- Apakah nama ubat-ubat yang anda sedang ambil pada masa ini?

Anda harus tahu nama ubat-ubat yang anda ambil, selain bentuk dan warnanya. Ini kerana, ubat yang sama boleh dibuat dalam bentuk dan warna (kadang-kadang juga rasa) yang berlainan oleh pengilang ubat yang berlainan. Adakalanya, doktor anda mungkin tidak pasti nama ubat yang anda sedang ambil melainkan anda memberitahunya. Catatkan nama kesemua jenis ubat yang anda ambil dan simpan maklumat ini di dalam dompet. Ini adalah satu amalan baik yang memudahkan anda mengingati nama-nama ubat itu apabila perlu. Tuliskan juga kekerapan dan bilangan ubat yang perlu diambil.

7- Nama generik dan nama jualan (trade name)

Setiap ubat mempunyai dua nama: nama generik (bahan aktif ubat tersebut) dan “trade name” (jenama untuk pasaran). Setiap ubat yang sama mempunyai nama generik yang sama. Tetapi selalunya, nama jualan akan berbeza bergantung kepada syarikat yang membuat ubat tersebut. Contoh: ubat paracetamol yang digunakan untuk sakit kepala, mempunyai hanya satu nama generik (paracetamol) tetapi pelbagai nama jualan (Contoh: Panadol)

8- Adakah anda meminum minuman beralkohol?

Minuman beralkohol boleh meningkatkan masa tindakbalas sesetengah ubat. Alkohol memperlahankan proses penyingkiran ubat oleh hati kita. Anda harus elakkan minuman beralkohol sekiranya anda sedang mengambil ubat tahan sakit, ubat untuk sawan, kemurungan atau ubat penenang.

9- Adakah anda menghidap penyakit buah pinggang?

Hampir semua ubat akan diproseskan dalam hati, disingkirkan melalui buah pinggang atau kedua-duanya sekali. Jika hati atau buah pinggang tidak berfungsi dengan betul, ubat-ubat yang kita ambil tidak dapat disingkirkan pada kadar yang sepatutnya. Ini akan meyebabkan kesan serta kesan sampingan ubat-ubat ini akan bertambah dan berpanjangan.

Tuesday, November 27, 2007

Better Man

Those are the best examples displayed by our prophet to be followed by all Muslims in this world, but why the nowadays Muslim society lacks of it? I think that most of us are too dependent while at the same time feel more superior to others. We don’t want to do a thing by ourselves as long as there are other people who can do it for us.

Most husbands do not help his wife doing the house-chores if the wife never asks for it and if she does ask for a help, it is hardly to be fulfilled without listening to the husband’s nags first. He will forever think that his wife is very capable doing those “female’s jobs” – sewing and patching the clothes, preparing the meals, washing the dishes – so why bother to do such things? For me, those actions do not lower a man’s position as a leader, not a bit. Instead, the actions raise his noble position both in the eyes of human and the Almighty Creator, provided that they are done sincerely.

It is not that the ladies are incompetent of performing the chores since now we can see that females are actually tougher than males for females; with their limited capacity, can do what men usually do. It is a matter of mutual virtual humane relationship which is built between souls and consequently lightens the hearts.

Only a proactive human can help those who are in need sincerely. To be proactive, one must first be sensitive to the surrounding environment. Sensitive alone is not enough if it is not followed by the innermost awareness to be reactive towards the changes sensed before. The reaction is said to be executed proactively when one performs it willingly, not under the order or influence of any person. These have to be done repeatedly in order to accomplish the development of a proactive man.

Can we do that? Of course we can if we train ourselves with volunteerism. Volunteerism, as the name implies, is not an obligation but having it instilled in a human being is a sort of aid which can generate rewards for the doers later in the hereafter. Volunteerism must be practiced because it can’t merely be developed just within a minute. It is indeed a way to be a beneficial creature, a better man.

Monday, November 05, 2007

Sajak daripada Aminah Qutb

Semalam, tengah tension2 study Pharmacy Practice, saya buka laptop jap, saje je nak explore pape yang best. Tetibe, mata tertancap kat satu cerpen yang di'copy' drp internet yang sebelum ni tak pernah dibaca. Yang paling best dlm cerpen ni adalah satu sajak yang telah ditulis oleh Aminah Qutb untuk suaminya tetapi telah dialihbahasa kepada BM. Best arr kate2nye..menusuk jiwa! Moga-moga menjadi panduan untuk semua.


Sekiranya kita cinta kepada manusia


Tidak semestinya manusia cinta kepada kita


Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah


Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya


Sekiranya kita cinta kepada manusia


Kita akan cemburu kepada orang yang menyintai mereka yang kita cintai


Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah


Kita akan turut menyintai mereka yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,


Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu,


Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu



Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,


Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku kepadaMu



Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,


Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,


Rindukanlah aku pada seseorang yang merindu syahid dijalanMu..


Amin Ya Rabbal Alamin..

Saturday, November 03, 2007

Everything is made in pairs


(From “Qur’an & Science: Compatible or Incompatible?” by Dr. Zakir Abdul-Karim Naik, publication of MACMA)

“And of everything We have created pairs, that you may remember (the Grace of Allah)” [Al-Quran, Adh-Dhariyat (51): 49]

This refers to things other than humans, animals, planets and fruits. It may also be referring to a phenomenon like electricity in which the atoms consists of negatively- and positively-charged electrons and protons.

“Glory to Allah, who created in pairs all things that the earth produces, as well as their own (human) kind (male and female) and (other) things of which they have no knowledge” [Al-Quran, Yasin (36): 36]

The Quran here says that everything is created in pairs, including things that the humans do not know at present and may discover later.

Monday, October 22, 2007

Apa yang BEST raya kali ni?

1- First time kesemua sepuluh beradik & ummi ziarah pusara abah, tok ayah dan nenek serentak pada waktu yang sama pada pagi 1 Syawal sejurus selepas solat sunat eid. Betul-betul rasa hiba apabila adik lelaki sendiri yang mengetuai bacaan Yasin dan membacakan doa sementara yang lain mengaminkan. Semoga roh mereka ditempatkan bersama para solihin di sisi Allah. Ameen!

2- First time kesemua sepuluh adik beradik & ummi berjalan kaki, berbasikal dan bermotorsikal beramai-ramai dari tanah perkuburan menuju ke rumah nenek. Baru aku tau, konvoi keliling kampong macam ni memang menyeronokkan!

3- Raya kali ni ramai betul ex-schoolmates kahwin..hampir setiap hari ada jemputan. Dah besar rupanya kawan-kawan aku ni. Semoga berbahagia di dunia & akhirat dan diredhai Allah selalu!

4- Kali ni dapat beraya dengan lebih gembira sebab lulus semua paper dalam mid sem exam yang lepas. Alhamdulillah ‘alaa kulli haal !


Allahu akbar kabira, wal hamdulillahi kathira, wa subhanallahi bukratan wa asila..

Monday, October 08, 2007

Selamat Bertugas!

Apa khabar YB-YB dan YBah-YBah baru sekalian? Tahniah saya ucapkan kerana berjaya memenangi pilihan raya baru-baru ini. Kemenangan yang diperolehi bukanlah semata-mata kerana kuatnya pengaruh kita dan bukan juga kerana bagusnya kita di mata para mahasiswa di kampus masing-masing. Tetapi, harus sentiasa diingat bahawa kemenangan itu adalah kurniaan Allah Yang Maha Agung. Dia menganugerahkannya kepada hamba-hambaNya semata-mata kerana pertolongan dan belas ihsanNya yang tiada terhingga. Tanpa rahmat dan rahimNya, mana mungkin kemenangan itu dikecapi oleh kita hamba-hambaNya yang sentiasa sahaja lalai daripada mengingatiNya dan sering melakukan kesilapan sama ada secara sedar atau pun tidak. Sama-samalah kita bertasbih kepada Allah dan beristighfar sepertimana yang telah dianjurkan oleh Allah dalam Surah Al-Nasr tatkala Rasulullah s.a.w. dan ummat Islam berjaya membuka Kota Makkah.

Calon yang menang sudah pasti mempunyai ramai penyokong di belakangnya. Semasa berkempen, penyokong-penyokong inilah yang paling bersemangat mempromosi calon pilihan mereka, sanggup turun padang menggantung posters & flyers, mengagih-agihkan pamphlet dan tak kurang juga yang sanggup bersengkang mata bersama-sama mempersiapkan kelengkapan “perang”. Itu keadaan di waktu demam pilihan raya. Semangat tolong menolong sugguh menebal, apa sahaja sanggup ditempuhi bersama-sama calon tersayang.

Apa pula yang terjadi selepas calon menang? Di manakah para penyokong sewaktu si YB mula dibebani tanggungjawab demi tanggungjawab demi membela kebajikan mahasiswa dan menegakkan kemaarufan, menentang kemungkaran? Adakah di sana penyokong-penyokong yang rela berkongsi segala kepayahan dan bersama-sama menyelesaikannya ? Atau, pemimpin itu dibiarkan keseorangan memerah otak siang dan malam tanpa ada yang bertanyakan perihalnya ? Mungkinkah di sana ada penyokong-penyokongnya yang berkata, ‘Takpe, saya yakin dia mampu buat semua tu. Sebab tulah kita pilih dia jadi perwakilan’ ? Lantas, di akhir sesi, perwakilan tersebut dibiarkan dihentam oleh masyarakat kampus kerana tidak mampu merealisasaikan manifestonya. Nauzubillahi min zalik.

Saya sengaja datangkan persoalan-persoalan di atas. Kerana apa ? Kerana para perwakilan juga insan biasa yang memerlukan pertolongan daripada insan lain. Mereka juga pelajar seperti kita, perlu menghadiri kelas, menyiapkan tugasan akademik, mengulangkaji pelajaran, menghadapi peperiksaan, dalam masa yang sama perlu menjalankan tanggungjawab membela nasib pelajar dan membawa visi serta misi universiti tanpa mendapat apa-apa bayaran atau upah (kecuali mereka yang sedari awal bertanding kerana duit dan menang disebabkan duit).

Cubalah kita selami hati dan perasaan mereka. Bayangkan apa yang akan berlaku jika kita di tempat mereka yang bergelar pemimpin. Mata kasar kita mungkin nampak mereka sangat hebat dan tabah. Namun, riak wajah itu mungkin hanya sebagai topeng yang melindungi kegusaran yang tidak jenuh bertandang di hati mereka. Semoga kita semua dapat membantu perwakilan-perwakilan pilihan kita mengisi kemenangan mereka bukan setakat di awal tenure tetapi hingga ke akhirnya.

Tuesday, September 25, 2007

HE IS MY SAVIOUR!

Pharmacokinetic lab report, pharmacognosy lab report, pharmacokinetic seminar, pharmacognosy seminar, pharmacy practice seminar, Students’ Representative Council (SRC) tenure report, archery assignment and the list keeps growing in length! Those things are going to be submitted and presented this week. God, can I make it within several days to go? What should I do? Suddenly, my brain and my heart tell me: Asiyah, by hook or by crook, you have no reason to omit those responsibilities. You must do it. Thus, stop complaining too much!

I was longing for an assistant to help me going through these hitches, at least one who is willing to do the technical things like typing the SRC reports and keying-in the data. Alhamdulillah, Allah answered my pray when He offered me real friends who can bear with me sharing those responsibilities. Thank you, my true friends, for all your patience and perseverance! May Allah shower His Blessing on you in this world and Hereafter. Ameen.

With this aid, I got a new spirit to finish my SRC jobs before stepping down and what makes me happier is starting from next week, I am no longer an SRC exco members and my burden will decrease a little bit. Yet, being in SRC truly gave me a lot of memorable experiences which I might not have experienced if I was not elected to be a so-called “YB”. Thanks to all “YBs” out there and all my supporters for your cooperation! I pray that Allah will consider our services as ‘ibadah.

Thank God, this Ramadhan really teaches me about the concept of life and the relationship of creatures with the Almighty Creator. I know that I cannot survive living alone. I still need other’s help although it happened to come into my mind that I am able to do all the tasks given to me just by myself. That is a characteristic of an egoist which I should avoid.

Only He who created me knows about my real capacity which I myself do not know. He tested me with myriad of obstacles so that I turn my face towards Him, get closer to Him, be dependent (tawakkal) on Him and appeal for His miracle help. The help was sent down through the collective works and interactions with other human beings who share similar Islamic principles and aim for the same goal. And that what makes life more meaningful. Now I appreciate the collective work more than in the previous time. I’ve got a new lesson: human must stay in an organization (jamaah) to survive in the right path!

Saturday, September 22, 2007

POLITIK DAN AGAMA

[Dipetik daripada “Islam & Demokrasi”, Abdul Hadi Awang (2007)]

“Kitab al-Quran membawa cerita benar bahawa rasul-rasul bukan sahaja berdakwah dan berhadapan dengan rakyat biasa, bahkan mereka menghadapi cabaran berdepan dengan kerajaan dan raja-rajanya serta pembesar negeri di zaman masing-masing. Di kalangan para rasul itu, ada yang berjaya dan terus mendirikan kerajaan Islam seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad. Ada juga yang meninggal dunia sebelum menubuhkan kerajaan tetapi perjuangannya disambung oleh nabi yang lain atau sahabat yang setia selepasnya”.

“Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, para sahabat di kalangan Muhajirin dan Ansar bermesyuarat bagi menyambung urusan politik Islam, sehingga sebahagian besarnya tidak hadir semasa mengebumikan jasad Nabi Muhammad. Ini menunjukkan urusan politik yang menegakkan Negara dan mentadbirnya adalah perkara besar dalam ajaran Islam”.

“Politik menjadi sebahagian daripada Islam telah menjadi persetujuan seluruh sarjana Islam (ijmak), para sahabat nabi dan generasi selepasnya (tabi’en) dan imam-iman Mujtahidin. Meskipun ada pendapat yang menafikan adanya politik dalam Islam dikira sesat dan menyeleweng daripada ajaran kitab al-Quran dab sunah Nabi Muhammad”.

“Banyak hukum-hukum yang disyaratkan pelaksanaannya dengan mendirikan kerajaan yang bersifat politik seperti hukum-hukum menyeru kebaikan dan melarang perbuatan jahat, mengawasi urusan kehidupan manusia seperti berniaga, bertani, memiliki tanah, pelaksanaan undang-undang jenayah dan lain-lain. Maka para sarjana Islam menetapkan kaedah yang terkenal iaitu,

‘Apa-apa perkara yang tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya maka ia juga wajib’

“Walaupun perkara urusan politik termasuk dalam perkara cabang syariat tetapi di kalangan sarjana Islam, antaranya Imam Al-Ghazali meletakkannya dalam kitab akidah. Ini kerana semua perkara Islam adalah berkaitan dengan akidah yang menjadi syarat kesempurnaannya. Akidah juga menjadi syarat sah kepada semua amalan termasuk amalan sunat. Oleh itu semua ajaran Islam tidak boleh diingkari ooleh seseorang yang beriman. Ini bukan sahaja perkara berkaitan dengan akidah tetapi termasuk juga perkara syariat dan akhlak. Ini termasuklah juga sama ada yang wajib, sunat dan harus, urusan politik dalam ajaran Islam tidak boleh dikesampingkan”.

Monday, September 10, 2007

Waktu-Waktu Doa Yang Mustajab


(Oleh:Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih)


Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajab tersebut antara lain ialah:-


(1). Sepertiga Akhir Malam


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya".

(Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)


(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa


Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak".

(Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)


(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu


Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab."Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".

(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).


(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk


Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk".

(Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).


(5). Sesaat ketika Hari Jum'at


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut".

(Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.


(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah


Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya".

(Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.


(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah


Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah".

(Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)


(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat


Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan".

(Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.


(9). Ketika Saat Sedang Hujan


Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan".

(Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).


(10). Ketika Saat Ajal Tiba


Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda."Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akanmengikutinya'. Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan".

(Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)


(11). Ketika Malam Lailatul Qadar


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman."Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan.

(Tuhfatud Dzakirin hal. 56)


(12). Doa Ketika Hari Arafah


Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah".

(Sunan At-Tirmidzi, babJamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 nO. 2598)

Monday, September 03, 2007

Kita Sudah 50 Tahun Merdeka

30 Ogos 2007:

2315: Study the Anatomy of Urinary System sambil dengar IKIM.fm. Banyak la pulak puisi-puisi kemerdekaan malam ni, diselang-selikan dengan nasyid-nasyid best. Pastu muncul Hafiz Hamidon on-air. Sambut malam kemerdekaan kat konti katanya. DJ Irwan terima banyak panggilan daripada pendengar yang nak berkongsi pendapat tentang erti kemerdekaan sebenar & sambutan kemerdekaan di tempat masing-masing. Ada juga yang hanya nak sampaikan salam kemerdekaan kepada keluarga dan kenalan. Oitt, dengar radio tu dengar jugak, tp study study jugak.

2355: Bersiap-siap untuk keluar hantar Lisa, Fadilah & Syakila ke Terminal Makmur. Bas diorang pukul 1 pagi tapi kena keluar pukul 12 lagi sebab jalan mesti jam punye la. Huhu, kita punya exam tak habis lagi, so tolong hantar kawan balik je la..diri sendiri tak dapat nak balik kampung. Buat delivery service to & from terminal ni dapat la jugak cari duit poket sket walaupun RM 5 je untuk 1 trip.


31 Ogos 2007:

0001: Bergegas ke tempat parking kereta kat belakang blok B diiringi bunyi mercun dan jeritan “Merdeka!” yang datang dari Mahallat brothers. Tumm, tumm, tumm! Uish, semangat merdeka nampaknye brothers UIA Kuantan ni!

0005: Lalu kat main entrance, bagitau pak gad kita nak keluar hantar kawan ke terminal. “OK, hantar je, jangan tak balik pulak ye”, pesan pak gad yang sporting & mak gad yang cute. Ok, beres!

0010: Waaah, pemandangan yang sangat indah! Akhirnya malam ni dapat juga melihat sendiri secara langsung keindahan langit malam merdeka yang di sulami dengan bunga api yang pelbagai rupa dan bentuk. Cantik dan sungguh mengasyikkan! Ye la, selama ni dok tengok dalam TV je, mana ada can nak tengok live. Ish, focus la..awak tengah drive tu..

0012: Dah sampai kat traffic light berdekatan dengan Stadium Makmur tapi kereta tak boleh nak bergerak dah. Kiri kanan jalan penuh dengan kenderaan & orang ramai yang tengah sibuk menghayati dan mengambil gambar formasi-formasi bunga api yang di lepaskan dari stadium. Besar, kecil, tua, muda, Melayu, Cina, India..semua ada kat situ untuk sama-sama meraikan detik 31 Ogos.

0020: Hanya boleh turunkan diorang kat tepi jalan je, kalau masuk ke kawasan terminal, confirm lambat lagi la boleh keluar. Jalan bertambah sesak dengan motor anak-anak muda & basikal budak-budak sekolah rendah yang bergerak bebas ke sana ke mari. ‘Bebas! Merdeka! Tak perlu hirau apa orang lain nak kata, kita buat cara kita. Kita kibarkan Jalur Gemilang kita tinggi-tinggi. Kita redah je walaupun lampu isyarat merah. Kita potong je kereta-kereta ni. Ni la masanya untuk kita tunjuk skill kita kepada awek-awek kita yang membonceng kita ni. Kita kan bebas malam ni!’.

0035: Di tengah-tengah bandar Kuantan yang dibanjiri ribuan umat manusia yang ingin berpesta ini, tinggallah aku seorang diri menyambut kemerdekaan di dalam kereta Kancilku. Kesibukan dan kemeriahan pada malam ini tidak pernah aku dirasai pada waktu siangnya. Huh, bagi aku tak best pun sebenarnya. Menyakitkan mata dan mentensionkan kepala je ade laa.. Anak-anak Melayu Islam kita dok berkepit je kat kaki-kaki lima, atas motor & di bawah pokok-pokok yang ditanam di tepi jalan, sambil sebelah tangan tak lepas daripada mengibarkan bendera Malaysia dengan begitu bangga dan gahnya. Pakaian budak pompuan tak yah cakap la. Semua nak tayang body masing-masing, semua nak tunjuk the latest fashion yang diorang ada. Kalau bukan sekarang, bila lagi kan? Yang lelaki pulak sibuk menghisap rokok dengan asap berkepul-kepul. Macho? Inilah gaya terbaru anak watan Malaysia dalam menyambut kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan kita 50 tahun dahulu. Inilah caranya jasa murni mereka dibalas. Inilah hasil didikan patriotism & nasionalism yang dicorakkan oleh kepimpinan negara yang sedia ada. Betul-betul dah merdeka ke kita ni? Ya Allah, kurniakan aku kesabaran untuk terus berjuang dalam medan dakwah yang semakin mencabar ini! Ya, perjuangan masih belum selesai kerana mentaliti masyarakat kita masih belum benar-benar terlepas daripada belenggu penjajahan. Budaya kuning, merah, biru, marooon, violet..semua ada sekarang ni,


0050: Masih lagi terperangkap di tengah-tengah kesesakan lalu lintas. Bila agaknya boleh keluar ni? Alhamdulillah, nasib baik ada penyejuk hati, pengubat jiwa. Zikir-zikir munajat tetap beralun di frekuensi 89.6 walaupun di luar sana kemaksiatan terus bermaharajalela. Ayat-ayat suci Al-Quran masih disajikan oleh IKIM.fm untuk santapan rohani bagi mereka yang ingin mencari secebis ketenangan di tengah-tengah kebobrokan masyarakat kota, yang masih mencari apa erti merdeka yang sebenarnya. Satu pengajaran yang aku terima pada malam ini ialah sesungguhnya, merdeka dalam erti kata yang sebenar ialah merdeka dan bebas daripada azab siksaan api neraka. Jadi, pastikan sambutan kemerdekaan kita bertepatan dengan maksud sebenar merdeka. Pastikan kemerdekaan kita benar-benar terisi dengan taqarrub kepada Yang Maha Esa, Penguasa Alam Raya!

0100: Alhamdulillah, dah sampai pun kat depan main entrance UIA. Biasanya kalau pergi balik ke bandar ambil masa lebih kurang 20 minit je tapi malam ni satu jam. Pecah rekod! Tatkala nak masuk ke entrance, keretaku bergerak di belakang dua buah motor brothers. Seronok betul nampaknya mereka. Baru balik dari tengok pertunjukan bunga api ek? Tup tup, sampai je depan pak gad, diorang semua kena tahan sebab balik lepas curfew hour! Nasib baik kita dah inform pak gad masa nak keluar tadi. Valid reason is considered. So, Alhamdulillah boleh terus jalan. Yuk, cepat balik bilik! Tak sabar rasanya nak taip tentang pengalaman malam ni untuk post kat blog. Moga-moga Allah memberi kesedaran, taufik dan hidayahNya kepada pembaca-pembaca sekalian.

Friday, August 24, 2007

ALLAH knows best

Isnin ni dah start mid-sem exam. Huhuhu..macam mana ni, study pun tunggang-langgang. Bila tengok balik notes, mulut automatik ternganga..terkejut. Hati pulak tertanya-tanya, "Bila masa aku belajar pasal benda ni, lecturer ada ajar ke masa dalam kelas?"

Maknanya apa tu? Ohoo.. bak kata Saiful Apek, "Takde maknenye!"


Sape suruh study last minute? Sapa suruh tido dalam kelas? Tak ada maknanya baru nak menyesal sekarang. Yang penting, guna masa yang berbaki ni seoptimum yang mungkin, bukan semaksimum ya! Optimum bererti tak perlu study 24 jam tapi peruntukkan beberapa jam sehari untuk study secara berkesan. Caranya? Terpulanglah. Yang pasti, target kena ada, selalu usaha dan berdoa sentiasa. Allahumma najjihna fil imtihan fid deen fid dunia wal akhirah..Ameen ya Rabbal 'Aalamin!



Friends,
ALLAH knows what's best for us
So, why should we complaint
We always want the sunshine
But ALLAH knows that there must be rain
We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we shed a tear

ALLAH tests us often
With suffering and with sorrow
ALLAH tests us, not to punish us
But to help us meet tomorrow
For the growing trees are strengthened
If the withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form

ALLAH tests us often
And for every pain ALLAH gives to us
Provided we patient
Followed by rich again
So, whenever we are down
And whenever we feel
That everything is going wrong
It is just ALLAH's way
To make our spirit strong...