Tuesday, September 30, 2008

Eid Mubarak!

Tum! Tum! Tum! Bunyi letupan mercun kedengaran di sana sini bersahut-sahutan tiada henti. Gembira benar budak-budak kampung aku malam ini. Barangkali, bedilan mercun tersebut sebenarnya menggambarkan kegembiraan mereka bahawa besok adalah hari raya, dah tak perlu puasa! Beginilah keadaannya kita jika berada dalam negara yang aman damai. Mungkin ada yang berkata.. “Ah, sesekali ‘bakar duit’, apa salahnya kan? Lagi pun raya ni kan setahun sekali je? Biarlah diorang berseronok malam ni!”

Berbeza sungguh dengan suasana yang perlu ditempuhi oleh saudara-saudara kita di Palestine, Iraq, Kashmir dan lain-lain kawasan milik umat Islam yang sentiasa bergolak. Bunyi letupan mendatangkan trauma yang teramat kepada mereka. Letupan sebegitulah yang menghancurkan kehidupan mereka, meragut nyawa ahli keluarga serta rakan mereka. Dalam masa yang sama, bunyi letupan itu jugalah yang membangkitkan semangat jihad mereka menghadapi kuffar laknatullah! Al-jihadu sabiluna, al-mautu fi sabilillah asma amanina.. jihad jalan kami, mati syahid cita-cita tertinggi kami. Ya, mereka sudah terlampau lali dengan hujan peluru, tak kiralah puasa atau raya.. Kita pula bagaimana?

Sedih..kita beginilah, masih terleka dengan nikmat yang mengaburi. Nabi, sahabat-sahabat, para salafussoleh mengakhiri Ramadhan dengan linangan air mata yang penuh pengharapan. Mereka berharap akan ketemu lagi dengan Ramadhan di tahun akan datang. Betapa sedihnya untuk berpisah dengan Ramadhan, bulan istimewa yang dianugerahkan Ar-Rahman kepada segenap umat Islam.

Allahu akbar, allahu akbar, allahu akbar
Allahu akbar kabira
Wal hamdulillahi kathira
Wa subhanallahi bukrotan wa asila…


Moga-moga, hari kemenangan yang kita raikan ini benar-benar kita berhak ke atasnya. Jangan pula beribadah di bulan Ramadhannya kita buat ala kadar, tapi berpestanya tak tentu hala. Glukosa dan kolesterol dalam darah meningkat, tekanan darah meninggi. Sudahnya, habis je Syawal, makin ramai pula yang kena penyakit itu ini. Diarrhea? Tak perlu cakaplah..dah lumrah. Klinik 24 jam itulah yang jadi tumpuan. Tersenyum si doctor. Tak apalah tak dapat beraya pun, janji duit masuk..tula, sape suruh makan sampai tak sedar diri..hehehe.

Ini sekadar coretan di malam raya. Kejap lagi nak kemas rumah sikit, lepas tu nak tolong ummi kat dapur. Eid Mubarak! Kullu ‘aam wa antum bikhair..taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal ya kareem!

Syawal menghampiri sedang kita dibuai kemanisan beramal
dalam bulan penuh keberkatan
Meski sebak terukir di jiwa,
hakikatnya kemenangan perlu diraikan
lantaran Syawal hadir tanda kesyukuran
Ilalliqa’ ya Ramadhan
Pergimu memenuhi aturan Al-jabbar
Moga asuhan Ramadhani terus segar di jiwa

Salam kemenangan Eid-ul-Fitr
Maaf Zahir & Batin

Jemputlah berkunjung ke rumah!

Thursday, September 18, 2008

Mereka Kembali!!

Tidak! Tidak! Monyet mengganas lagi! Kali ni gerombolannya lebih besar & lagi aggresif berbanding sebelumnya. Nasib baik aku & roomates selalu berjaga-jaga sekarang selepas kami diserang kali pertama dahulu. Kalau dulu, nak tinggalkan bilik, tingkap akan dibuka untuk memudahkan pengaliran udara. Sekarang, ohho..jangan harap la. Kalau buka juga memang cari nahas namanya! Apa yang berlaku dalam serangan pertama dahulu?

1- Semua orang tinggalkan bilik dalam keadaan tingkap yang luas ternganga

2- Hanya aku yang berada di dalam bilik petang tu

3- Sedang aku berada di meja studi, sekilas pandang aku ternampak dahan-dahan dan daun-daun pokok Bauhinia variegata yang bersebelahan dengan bilikku bergerak-gerak..mula-mula perlahan, kemudian makin rancak

4- Aku dengar ada barang jatuh dalam compartment seorang roomate. Oh, mungkin dia dah balik kot!

5- Tak semena-mena, terpacullah seekor lembaga berbulu di tingkap bilikku. Aku terpaku seketika. Satu patah perkataan pun tak terkeluar daripada mulutku. Aku memang begitu, agak susah untuk menjerit

6- Huhu, nasib baik makhluk tu tak sempat melompat masuk ke bilik. Agaknya, apabila monyet tu tengok muka aku yang pucat lesi, dia pun naik seram lalu bertempiaran lari.. hehe

7- Aku terus tutup tingkap & memeriksa tingkap di compartment roomates aku

8- Oh, tidak! Telah berlaku satu pencerobohan di dalam satu compartment..habis bersepah compartment kawan aku tu. Plastik makanan berterabur!

9- Si mangsa sampai ke compartmentnya. “Monyet tu bawak lari kerepek saya! Huhu, baru je beli..banyak pulak tu”

Haha, tulah alkisahnya pada serangan pertama. Kami takkan biarkan serangan kedua menyusul! Di bawah ni gambar si monyet-monyet yang aku berjaya rakamkan semalam. Monyet-monyet tu tengah memanjat ke bumbung. Enjoy the picture! Itulah nasib budak-budak UIA Kuantan bilamana hutan-hutan di sekeliling UIA ditebang dan bukit-bukit digondolkan. Sudahnya, kami yang jadi mangsa para moyet yang dah berstatus pelarian!

Qasad Perjuangan


Malam ini aku benar-benar tersentak lantas terjaga dari lena yang membuai. Baru kutahu bahawa aku masih belum mengqasadkan niat dalam perjuangan ini semata-mata lillahi ta’ala. Betapa selama ini, aku masih mengharapkan redha manusia mengiringi langkah perjuangan yang kuhayun. Pejuang jenis apakah aku ini? Astaghfirullahal ‘azim..

Kalau betullah aku berjuang kerana Allah, sudah pasti aku tidak akan ambil hati dengan kelakuan manusia. Buatlah apa pun, aku sepatutnya tegar membawa agama kerana aku berkhidmat bukan demi mereka, tapi demiNya Yang Maha Esa.

Jika benarlah aku berjuang demi Allah, takkan mudah kumengalah dengan bisikan hati meskipun telatah manusia cukup meruntun nurani. Sifat pejuang sepatutnya tidak ambil kisah dengan dunia kerana hanya ada Dia di dalam jiwa.

Ah, dunia yang indah..
Memang dijadikan untuk menduga
Thabat sang pejuang dalam medan tempurnya
Tak pernah mengalah sebelum kalah

Bangkit dan terus bangkit
Moga terlihat syiarNya dijulang
Meski jiwa terluka sakit
Walau hancur tulang belulang

Kerna
Sang pejuang tidak berjuang kerana manusia
Sang pejuang berjuang demiNya
Hanya Dia!

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

Monday, September 15, 2008

Niat

Kenapa kalau kita puasa, tak rasa lapar sangat berbanding dengan hari yang tak puasa tapi kita tak makan? Dari segi saintifiknya, rembesan asid di dalam perut (gastric secretion) yang berfungsi untuk mencernakan makanan adalah dikawal atur oleh saraf dan mekanisme hormone. Rembesan berlaku dalam 3 fasa:

1- cephalic phase (otak)
2- gastric phase (perut)
3- intestinal phase (usus)


Cephalic phase:

Dalam fasa ini, perut akan mengeluarkan asid sekiranya terdapat makanan di dalam mulut atau kita melihat makanan, menghidu bau makanan, mendengar tentang makanan atau memikirkan tentang makanan.

Bagi orang Islam, kita diajar supaya memasang niat dalam melakukan sesuatu termasuklah berniat di malam hari / sebelum subuh apabila mahu berpuasa pada siang harinya. Sebenarnya, niat berpuasa kerana Allah itu merupakan satu persiapan bagi badan kita, samada persiapan fizikal, mental dan spiritual. Apabila kita memasang niat, otak secara automatic akan memberitahu sistem-sistem yang ada pada tubuh badan kita bahawa kita akan berpuasa. Mesej ini turut diterima oleh sistem pencernaan kita termasuklah perut. Perut akan mengurangkan rembesan asid kerana tidak akan ada makanan yang perlu dicernakan justeru kita tidak merasa sangat lapar.

Sewaktu berpuasa, kita tidak digalakkan untuk memikirkan tentang makanan yang akan dimakan apabila berbuka nanti, bahkan kita disunatkan menyibukkan diri dengan amal ibadah dan amalan-amalan sunat. Amalan-amalan ini secara tidak langsung mengurangkan tumpuan otak kita daripada memikirkan tentang makanan yang sebenarnya akan merangsang rembesan asid perut.

Keadaan sedikit berbeza apabila kita tidak berpuasa. Contohnya, kita akan terasa lapar apabila waktu untuk makan tengah hari telah tiba sedangkan kita telahpun bersarapan pada waktu pagi. Lapar kita akan terus bertambah-tambah jika perut kita lambat diisi sedangkan waktu telah menjangkau ke sebelah petang. Kenapa? Kerana badan kita tidak bersedia untuk menerima keadaan lapar tersebut. Tapi, ini tidak berlaku apabila kita sedari awal berniat untuk berpuasa, sekaligus menyediakan badan kita untuk menghadapinya. Wah, hebatnya Islam! Sebab itulah niat sangat dititiberatkan dalam Islam. Segala-galanya bermula daripada niat.

Gastric phase:

Fasa ini diaktifkan apabila wujudnya makanan di dalam perut yang menyebabkan otot-otot perut meregang, seterusnya sel-sel dalam perut akan mengeluarkan asid untuk pencernaan. Bagi yang berpuasa, semestinya fasa ini tidak aktif kerana tiada makanan yang masuk ke perut dan perut pun tidak akan berkeroncong.

Intestinal phase:

Rentetan daripada fasa kedua, rembesan asid perut dalam fasa ketiga ini dirangsang oleh regangan otot-otot perut serta kewujudan produk hasil daripada pencernaan protein di bahagian awal usus. Rembesan asid ini berlaku 1-3 jam selepas makan. Sewaktu berpuasa, fasa ini juga tidak diaktifkan kerana kita tidak makan.

Subhanallah! Banyak betul pengajaran yang dapat kita ambil daripada makhluk-makhluk ciptaan Allah. Daripada sebesar-besar benda hinggalah sekecil-kecil benda yang diciptaNya, semuanya memperlihatkan kekuasaan Allah bagi mereka yang memikirkannya. Setiap kejadian, ada tujuannya.

Allah berfirman dalam surah Az-Zariyaat ayat 20 & 21, maksudnya:
“Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memerhatikan?”

Bodohlah kita jika kita masih mahu mengingkari pencipta kita sedangkan kita tidak mampu mencipta walau satu sistem pun di dalam badan kita sendiri, selengkap sistem yang diciptakan Allah. Moga-moga puasa dan amalan kita di bulan Ramadhan kita pada tahun ini mampu meningkatkan kesyukuran dan ketakwaan kita kepada Yang Maha Agung. Ameen!

Tuesday, September 09, 2008

Alluring but Dangerous!


The moment I was introduced to this poem, I instantly felt in love with it. The words arranged by Frost are very meaningful to me and made me somewhat realized that I actually love arts and literature. That moment marked the beginning of my obsession in reading, writing and learning linguistic stuffs. I started to like reading English novels especially if the author is John Grisham, Danielle Steel, Sidney Shieldon and Ken Follet. I really enjoyed English classes particularly the literatures in KOMSAS syllabus when many science students found it very boring. That was the story back in year 2000 when I was a form 4 student in Maahad Muhammadi Lilbanat, Kota Bharu.

This morning, after congregational Subuh prayer and recitation of the first half of Chapter 9 in the Holy Quran, I read a new chapter in Stephen R. Covey’s great book, “The 8th Habit: From Effectiveness to Greatness”. The chapter begins with this Frost’s poem and it really drew my attention. Here are the Covey’s comments regarding line 18, 19 and 20 of this poem and I am absolutely agree with him.

Everyone chooses one of two roads in life – the old and the young, the rich and the poor, men and women alike. One is the broad, well-traveled road to mediocrity, the other the road to greatness and meaning. The range of possibilities that exist within each of these two destinations is as wide as the diversity of gifts and personalities in the human family. But the contrast between the two destinations is as the night is to the day.

The path to mediocrity straitjackets human potential. The path to greatness unleashes and realizes human potential. The path of mediocrity is the quick-fix, short-cut approach to life. The path to greatness is a process of sequential growth from the inside out. Travelers on the lower path to mediocrity live out the cultural software of ego, indulgence, scarcity, comparison, competitiveness and victimism. Travelers on the upper path to greatness rise above negative cultural influences and choose to become the creative force of their lives. One word expresses the pathway to greatness. Voice. Those on this path find their voice and inspire others to find theirs. The rest never do.

All of a sudden, I stopped reading as several things have strike my mind in a single blow. A nasheed from In-Team entitled Jangan Kita Lupa, a Quranic verse and a hadeeth (Bada’al islaamu ghariiban…fathuuba lil ghurabaa’).

Jangan Kita Lupa

Hai Manusia Yang Hidup Di Dalam Dunia Ini
Jangan Kita Lupa Pada Godaan Dunia
Hidup Ini Adalah Kurniaan Dari Tuhan
Dan Hidup Ini Janganlah Dibuang Percuma
Jalan Yang Sempit Yang Membawa Kepada Kehidupan
Jalan Yang Luas Yang Membawa Kepada Kehancuran
Ramai Orang Yang Melalui Jalan Yang Luas Itu
Sedikit Orang Yang Melalui Jalan Sempit Itu

Hai Manusia Yang Hidup Di Dalam Dunia Ini
Jangan Kita Lupa Pada Godaan Dunia
Hidup Ini Adalah Untuk Sementara Waktu
Apa Yang Ditanam Itulah Nanti Yang Dipetik

I found the similarity of the message between the Frost’s poem and these three different items which then made me draw this conclusion:

Don’t be easily fooled by this beautiful world! It does worth if we dive into a pool of hardship when in the end we are going to embrace the sweetest medal of success; the success in the Hereafter.